Leeya - 1 Year Old

by - Wednesday, March 27, 2019

Leeya dah genap berumur 1 tahun pada 10 Mac yang lalu, macam yang aku cerita pada entri lepas - 'Leeya Turns 1 year Old'.. 

Umur 1 tahun ni, berat dia 8.2 kg. Tak naik berat banyak sangat, sebab banyak demam sejak 2-3 bulan yang lalu. Bia demam, tak de selera makan. Pastu ada balik selera dia, pastu tak de semula. Macam chipsmore.. huhu.. Ni baru selera makan dia datang balik sebab tak demam lagi bulan ni. hehe. So apa jer yang disuap, semua dimakan (kecuali bubur).



Perkembangan Leeya

Berjalan
Umur 1 tahun ni, perkembangan dia biasa-biasa je, OK jer, lebih kurang macam Kakak FL dulu.

Leeya belum boleh berjalan lagi, cuma mampu berdiri jer, dan boleh berjalan sikit-sikit sambil pegang-pegang furniture atau apa-apa objek sekeliling dia.

Bercakap
Dah boleh bercakap sikit-sikit. Dah tahu panggil Kakak, mama (mommy). Even bercakap ni lagi awal dah nampak dia ringan mulut. Sejak umur 6 bulan dah boleh panggil kakak (dia sebut tatak-tatatk). Sama macam kakak FL dulu, sejak 6 bulan dah boleh mula bercakap dan pronounce simple words. Sangat suka bercakap di telefon kalau daddy dia call. Atau sesiapa saja yang call, dia la paling sibuk nak pegang phone dan bercakap.

Makanan Kegemaran
Dia suka makan benda yang orang lain makan. Kalau makanan dia sendiri, agak memilih la jugak. Tapi dia paling suka makan buah-buahan. Apa jenis buah semua dia nak makan.Tapi yang paling dia suka ialah jagung (walaupun jagung ni masuk dalam kategori sayur). Dia boleh habiskan sebatang jagung tu, nak pegang sendiri, tak nak mommy suapkan. errrmm. Biasanya mommy masak jagung rebus jer bagi dia makan. Tapi jagung ni hanya sebagai snack jer. Waktu makan biasa , dia makan nasi/mee/pasta. Dia langsung tak suka makan bubur.

Banyak Ragam?
Leeya ni easy baby. Senang nak jaga. Tak banyak ragam. Menangis pun bila nak susu atau lapar atau bila keadaan tak selesa (poo-poo). Tapi tak boleh lawan kakak FL. Kakak FL lagi tak de ragam langsung masa kecik-kecik dulu. Even kalau dia lapar pun, dia tak menangis, sebab tu kakak FL boleh travel pergi oversea seawal usia 4 bulan. Dengan Leeya ni..errmm, nantilah dulu nak travel oversea, takut dia bising pulak dalam flight. hehe.

Hobi
1. Memanjat - Paling suka panjat tangga. Kerusi , sofa pun dah boleh panjat dah sekarang.

2. Membaca - Sangat suka membaca compare than bermain. Kalau bagi dia pilihan antara toy dan buku, dia akan pilih buku, toy tu dia pandang sipi-sipi jer, ataupun kalau pegang pun, pegang sekejap jer pastu campak. Kalau kakak dia buat homework atau buat colouring, dia akan duduk kat sebelah kakak dia nak buat benda yang sama, kalau tak dapat menangis. hahahha. 

3. 'Mengemas' a.k.a suka-punggah-barang - Ini paling win. Dia tak suka main toys, tapi suka 'kemas-basket toys'. Errmm. Benda yang paling dia suka 'kemas' ialah almari baju dan semua kabinet dalam rumah ni.. Aduussss.. Nanti tak lama lagi 'berkemas' peti ais pulak macam kakak dia dulu-dulu. Tunggu masa jer tu.


Cheeky girl


Farah ALeeya - kesayangan mommy, daddy dan Kakak FL. Dia ni BFF Kakak FL. Apa je yang kakak buat, pasti dia nak buat jugak, even bila Kakak masuk toilet pun, dia turut sama nak masuk juga. Apa yang kakak makan, dia nak semua. Malam-malam diaorang tidur sama-sama. Diaorang jarang bergaduh. Rasanya tak pernah kot. Mungkin belum masanya lagi. Selalu mommy pesan kat kakak - adik kecik lagi, dia tak faham apa-apa lagi, so kakak jangan marah atau buli dia. Alhamdulillah, kakak dengar pesanan mommy.

Baguslah tak gaduh-gaduh, semoga berterusan begini sampai bila-bila. Semoga ikatan kasih-sayang adik-beradik ni kekal utuh sampai ke Jannah.

Leeya, mommy, daddy dan kakak sayang Leeya sangat-sangat. Semoga Leeya pun sayang kami jugak. Mommy doakan semoga Leeya membesar menjadi anak solehah, taat pada Allah, sayang pada Rasulullah saw, hormat pada orang tua, cintakan pada alQuran, menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat dan boleh jaga mommy & daddy bila kami dah tua nanti. We love you till Jannah my dear!

You May Also Like

7 comments

  1. Happy belated birthday leeya.. semoga mejadi anak yg solehah.. berjaya di dunia dan akhirat.. amiinn.

    ReplyDelete
  2. HB Leeya, moga jd anak yg solehah n berjaya ya...
    teringat anak buah yg baru msk setahun jgk.. mmg keletah sgt

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Leeya.
    March baby saing anak saya yang ke-dua juga. Ragam pun macam lebih kurang je.
    Hihihi. Acik doakan semoga Leeya membesar jadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang.
    Aamiin.

    ReplyDelete