Leeya's Favourite Cartoon

by - Thursday, March 14, 2019

Leeya ni aku tengok berbeza sikit dari Kakak dia. Aku baru perasan sikit jer. Maybe ada banyak lagi differences dan similarities , tapi tak nampak banyak lagi. Ye lah, Leeya pun baru umur setahun, tak banyak benda lagi yang dia boleh buat.

Tapi satu yang aku perasan ni. Dia ni orang yang 'auditory people' - suka pada musik. So, dia suka pada alat musik dan toys yang ada bunyi. Dia suka dengar lagu - nursery rhymes. Berbeza dengan Kakak FL yang jenis 'Kinesthetic people'. Kakak FL tak suka dengar lagu (dia cuma suka lagu Frozen jer.hahaha), tak suka pada alat musik. Dia tak kisah main toys apa pun, dia main jer, even toys tu tak ada buny, dia suka bergerak - suka lari-lari, suka panjat-panjat. Tapi Leeya nak toys yang ada bunyi. Kalau toys tu tak ada bunyi, dia boleh main sekejap je. Leeya suka dengar lagu - suka dengar nursery rhymes. 


Macam Kakak FL dulu tak suka tengok TV, even gajet pun dia tak suka tengok. Dia start suka tengok gajet ni masa umur dia 2 tahun lebih. Itu pun boleh tengok sekejap-sekejap jer, sebab fokus dia ialah lagi suka pada benda sekeliling rather than fokus pada gajet dan handphone. Tapi sekarang, dia memang suka kat gajet, pantang offer dia tengok handphone / tab, pasti dia akan terima offer tu. hahaha. 

Tapi Leeya ni jenis suka tengok cerita TV dan kartun. Tapi dia suka tengok cerita kartun LARVA jer. So far LARVA je lah dulu yang dia interested, yang lain-lain tu tak pandang lagi. Belum sampai waktunya lagi. hehehe. 


Kalau pagi-pagi tu , bila mommy bukak TV, bila ada LARVA kat kaca TV, diam jer dia duduk kat depan tu. Sambil dia tengok LARVA tu, mommy suapkanlah breakfast kat dia. Sebab kadang-kadang dia pun tal nak makan. Tapi bila ada LARVA depan mata, automatik pulak mulut boleh terbukak. hehe..

You May Also Like

4 comments