"Mommy, Nabi Yunus Pakai Baju Apa?"

by - Saturday, March 02, 2019

Aku pernah cerita , yang salah satu rutin kami anak-beranak sebelum tidur ialah 'bedtime story'. Dan sekarang (sejak 2019), our bedtime story ialah tentang kisah-kisah para Nabi. Boleh baca kat entri ni - "OUR BEDTIME STORY".

Kalau mula-mula dulu, aku duk cerita tentang kisah Nabi Muhammad saw jer. Sebab aku nak dia kenal betul-betul siapa Kekasih Allah yang satu ni. Dan sekarang, aku dah mula ceritakan tentang kisah-kisah Nabi-Nabi lain pula. Macam tentang cerita Nabi Yaakub, Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Nabi Yunus, Nabi Sulaiman, Nabi Nuh dan yang lain-lain. 


To tell you honestly, aku seronok sangat bila ceritakan tentang kisah nabi ni kat Kakak FL. Dia pun excited nak dengar. Macam-macam soalan dia tanya kita pulak. Dan bila siang hari, dia recapp balik cerita-cerita tu dan cerita semula pada kita tentang cerita tersebut. Good job my dear! 

Setiap cerita pasti ada soalan 'killer-question' dari Kakak FL yang buatkan mommy rasa nak pening jer nak cari jawapan untuk soalan tu. Ni wajib. Biasalah budak-budak kan - curious nak tahu. 


Dan bila masuk tentang cerita Nabi Yunus, ini soalan dia:

FL : 'Mommy, Nabi Yunus pakai baju apa masa kat dalam perut ikan?'

Mommy : 'eerrrmmmmmm'.

FL : ' Dia pakai baju apa mommy?'

Mommy : 'Baju apa, apa?'

FL : 'Ye lah, dia pakai baju swimming ke baju biasa ?'

Mommy : Nak tergelak pun ada.. Tapi control dulu... 'Baju biasa jer'.

FL : 'Kalau pakai baju biasa, macam mana dia swimming?'

Mommy : 'Dia duduk dalam perut ikan tu gelap. Gelap-gelita. Tak boleh swimming sebab tak nampak apa-apa. Lagipun perut ikan tu tak besar macam swimming pool yang kita swim tu'.

FL ; 'ooooohhh. macam tu..'

Mommy : Fuhhh! Lega.. berjaya juga mommy menjawab soalan tu dengan cemerlang. Bravo mommy!. 


You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah .Sedari kecil dengar kisah para nabi. Input yang sangat-sangat berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully dia membesar menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat kak PC

      Delete
  2. FL YG BIJAK BUAT MOMMYNYA TERSENTAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak. selalu saya tersentak dengan killer question dia tu

      Delete
  3. comel sangat soalan tu :D

    ReplyDelete
  4. bagusnyaa mommy.. mommy rujuk guna buku @ mana2 website ke kisah nabi? Nak baca jugak laa, boleh refresh balik kisah nabi ni... lama tak membaca.

    ReplyDelete