Naik Genting Highland Guna Cable Car Baru

by - Wednesday, March 06, 2019

Merasai Cable Car Baru ke Genting Highland | Weeekend hari tu aku dan my big family (from my hubby's side), staycation kat Genting Highland. Kitaorang stay kat service apartment di Genting Midhill (tempat baru) hari Sabtu , then hari Ahad kitaorang naik Genting Highland. Sebelum ke Genting Highland, kitaorang berjimba dulu kat Genting Premium Outlet (GPO). 

Lepas dah puas menjamu mata kat GPO, then terus ke Genting Highland naik cable car / kereta kabel. 


Nak naik cable car ni senang jer. Kat GPO tu, terus naik ke aras atas sekali, then jalan kaki sikit ke Awana Sky Central Station. Ini kereta kabel baru. Bestt ooo. besar kereta ni. 1 kereta kabel ni boleh masuk 10 orang dan yang lagi best, dia terus stop kat Hotel First World. Dah tak perlu nak jalan kaki jauh-jauh dari Hotel Genting nak ke Hotel First World tu.

Sebab apa Hotel First World? Sebab kat situlah ada indoor themepark Genting ni yang baru siap tu.. Bessttt giler. Tapi nnti aku share kat entri lain. 


Genting Premium Outlet


Awana Sky Central



Inilah stesen kereta kabel - Awana Sky Central


Harga tiket - RM 8 (one-way), Return ticket - RM 16 - ini untuk kareta kabel yang biasa tu (standard). kalau nak yang premium (yang berkaca lutsinar, boleh nampak bawah), harga tiketnya RM 30 one-way.


Weekend memang ramai orang. beratur pun lama


Excited dia





Kereta kabel ni berhenti kat Hotel First World


Taman tema outdoor yang belum siap lagi.


 Best la pergi gentng hari tu. Nanti akan ada entri sambungan. Hari tu kitaorang parking kereta kat GPO tu. Harga parking - RM 3 sejam (weekday), weekend- RM 4 sejam. Maksimum 6 jam. Hari tu, kitaorang turun dari Genting Highland jam 10 malam. So, kena lah bayar parking kereta RM 24.

Indoor themepark Genting tu best giler babe. Nanti aku cerita lagi..

You May Also Like

3 comments

  1. kak ana pun baru pii bulan lepas, tapi kali ni saja try bawa kereta terus naik, nampak lah kabel car lalu lalang atas kepala hehe :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak naik kereta kabel...semakin nak siap dah tu outdoor park...hishh tak sabar nak pi sana nanti bila dah siap

    ReplyDelete
  3. teringin nak naik tapi gayata.. so far banyak kali dah naik genting, tapi ride naik moto je.. baru layan..

    ReplyDelete