JUNE - It's Our Birthday

by - Monday, June 17, 2019

11 JUNE 2019 , minggu lepas, birthday anak sulung kesayanganku - Kakak FL. Dah 5 tahun usia dia. Tahun depan 6 tahun, tahun lagi 1, dah masuk sekolah rendah. Sobs.. Sobs.. Time flying too fast. Rasanya baru bersalinkan dia semalam. huhu.

Dia lahir seminggu sebelum my birthday. My birthday is tomorrow - 18 JUNE 2019 , yang ke 3XXX. EH! Dah tahu kan yang ke berapa... Post-post sebelum ni dah pernah tulis.Tapi untuk post ni sengaja tulis XX. hehe.. 

Kami belum sempat celebrate lagi. En.suami baru jer balik dari Jerman. Masih lagi jetlag. Tunggu lah hujung minggu ni baru buat small celebration - buat kecik-kecik sudah, enough for our family's memories, boleh letak dalam photo album =))..

5 tahun
Dah pandai matematik (belajar kat Kumon). Dah pandai bercakap, sangat petah. Sangat banyak tanya, especially dia tanya banyak pasal syurga & neraka dan banyak tanya pasal Allah - errrrmms, tricky sangat mommy nak jawab sebab banyak soalan yang mommy tak tahu jawapan. Contohnya, soalan - 'Allah buat manusia dari tanah, so macam mana terjadinya darah dan nerves ?'.. Errmm.. Soalan lain - macam mana Allah gerakkan lidah manusia dalam mulut ni?, Allah tekan butang apa-apa ker?eerrrmm. Soalan lain - 'kalau Allah tu baik, kenapa ada orang yang jadi miskin dan tak boleh makan? kan Allah baik, mesti Dia bagi semua orang jadi kaya-kaya, tak ada orang miskin atas dunia ni'. errrmm..  

Bedtime story -  sampai sekarang masih lagi berminat tentang 'Kisah-Kisah Nabi'. Alhamdulillah, dah banyak kisah nabi yang dia tahu. Mommy pun turut belajar jugak, sebab banyak yang mommy lupa. So, the best teacher is Holy Quran. Mommy bukak balik Al-Quran (Terjemahan Quran), dan baca balik cerita-cerita nabi dalam Quran, dan explain balik kat dia. Good for mommy as well =)). 


Kenangan Terindah
So, ini gambar-gambar kenangan Kakak FL. Nanti bila dia dah besar dan pandai bukak internet, semoga entri ni dapat membuktikan kasih-sayang mommy for you Kakak. Mommy Loves you till Jannah.




Ini masa umur dia 3 tahun





Ini gambar-gambar di hari terakhir dia bersekolah kat Little Caliph. 
Sekarang dia dah tak ke tadika tu lagi.. Dah tukar masuk PASTI. 


Pesan untuk Kakak FL :
Semoga kakak membesar menjadi anak solehah, yang berbakti pada agama, bangsa dan negara. Semoga cita-cita kakak untuk masuk universiti 1 hari nanti tercapai . Semoga Kakak sentiasa taat dan patuh pada ajaran Allah dan Rasul dan sayangkan & cintakan Allah melebihi segalanya dalam dunia ni. Semoga ikatan kasih-sayang antara kita sekeluaaga -  pinjaman sementara dari Allah ini berpanjangan hingga ke Syurga nanti. Mommy, daddy and Leeya love you so much sayang because of Allah. 

You May Also Like

7 comments

  1. selamat hari lahir kakak FL, moga jd anak solehah dan berjaya...

    juga untuk mummy FL, selamat hari lahir in advance ... moga sentiasa dlm lindunganNYA

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to both of you.

    She is is a smart girl alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you puan hazel. Alhamdulillah, saya dikurniakan anak yanh sihat walafiat dan sentaisa happy

      Delete
  3. Selamat hari lahir!
    Bagusnya dia, belajar kt Kumon. Dulu pernah survey Kumon ni.

    ReplyDelete
  4. moga kakak FL membesar dgn sihat, cerdik dan sempurna agama nyer ye :)

    ReplyDelete