Leeya Dah Minum Susu Formula

by - Tuesday, June 25, 2019

Leeya skrang umur 1 tahun 3 bulan. Dia masih lagi breastfeeding. Alhamdulillah dapat exclusive breastfeed selama setahun. Syukur sangat-sangat. Sama macam Kakak FL. 

Aku sekarang dah tak pam susu dah. Dah lama dah, boleh baca kat entri ni - "SECARA RASMINYA DAH TAK PAM SUSU". 

So, Leeya minum susu secara direct feeding jer lah. But, sejak beberapa bulan yang lepas, nipple aku crack. Crack teruk sampai aku rasa sakit yang teramat-amat sangat. Sampai berdarah-darah. huhu.. So, sejak tu terfikir nak wean-off. Tapi tak boleh simple wean her off macam tu jer. Kena bagi dia praktis untuk minum susu formula dulu. 

Kakak FL dulu masa umur dia 10 bulan, kami dah start try bagi dia formula milk, tapi semua dia reject. So, nak tak nak, terpaksalah aku pump jugak breastmilk walaupun sangat struggle, sebab masa tu Kakak FL stay dengan babysitter. Cuma Leeya sekarang ada rezeki untuk aku jaga dia sendirian berhad.

Masa Kakak FL dulu, masa umur dia setahun, start bagi dia fomula milk, lepas kami introduced Susu Pediasure. Susu tu je dia tak reject, maybe sebab ada perisa Vanilla, so rasa dia sedap sikit la compare dengan susu-susu lain. 

Yang Leeya ni, masa dia turned 1 hari tu, kami start bagi dia formula milk. Mula-mula try bagi dia Susu Lactogen, tapi dia tak nak. Pastu belikan dia Susu Dutch Lady, pun sama dia tak nak. Tapi kalau freshmilk dia nak minum pulak. Tapi, kami prefer untuk bagi dia minum formula milk rather than fresh milk, sebab fresh milk tak ada banyak nutrien yang ada dalam formula milk, yang sangat-sangat diperlukan oleh seorang toddler. Fresh milk tu cuma bagi as a snack jer la.

Last skali, try bagi Leeya minum susu Kakak FL (yang kakak tengah minum sekarang) - Susu Dugro Sure. Malas dah nak main try-try beli, sebab end-up membazir jer, sebab dia tak minum pun. Susu Dugro Sure ni pun murah, hanya RM 28.00 jer untuk 600g. 


Bila bagi dia minum susu Dugro ni, ehh nak pulak dia minum. Sampai habis pulak tu. So, sejak tu, dia minum susu Dugro ni. So far, dia minum susu botol 2 kali sehari jer, pagi dan malam. Atau kalau dia kena tinggal stay dengan daddy dia, so terpaksalah dia minum susu botol ni. Waktu-waktu lain, melekap kat mommy la kalau mommy ada kat rumah. 

You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah memudahkan juga..bf dgn mommy on..susu formula on.

    ReplyDelete
  2. susu syafi dulu dugro juga sedap hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh ye ke. sedap la kot kak, sebab tu budak2 suka. hehe

      Delete