Pedicure For Hari Raya

by - Monday, June 03, 2019

Hari Raya dah nak dekat. Hari tu aku pergi potong rambut. Actually dah lama sangat berhajat nak potong rambut tu, tapi sebab masa tak mengizinkan, jadinya asyik bertangguh je dari hari ke sehari. Bila ada anak kecik ni, memang susah sikit (banyak sebenarnya) nak cari 'Me-Time' tu. Tapi apa boleh buat - redha je lah. Pahala jugak tu menjaga anak-anak.

Hari tu, kebetulan ada masa free, en.suami pun free juga, jadi bolehlah dia jaga Leeya kejap, dan aku pergi ke salon. Kakak FL ikut sekali. Dia mesti ikut punya lah. Mana bisa dia tinggalkan mommy keluar sorang-sorang. hehe.

Macam biasa, aku ke Salon Capello By Nina - my favourite salon. Sebab situ ialah Salon Muslimah - lelaki tak dibenarkan masuk. 

Masa aku tengah potong rambut, Kakak FL ternampak ada orang tengah 'buat-kuku', lalu terus je dia request dengan mommy nak colour kuku. Al-maklumlah, dia kan memnag suka 'benda-benda gini'. Satu lagi, maybe boring kot tunggu mommy. So, aku ON kan ajer permintaannya tu. Tapi cuma dibenarkan buat pedicure dan colouring kat kaki jer, sebab faktor masa. Tangan dah selalu buat dah. Kaki tak pernah buat lagi.




Dan...... Inilah hasilnya..  =)) Bling-bling lagi tau 😃😃

You May Also Like

2 comments

  1. Tak pernah dengar saloon ni. Boleh lah I google jap lagi, tengok apa yang menarik. :)

    ReplyDelete
  2. saloon kepunyaan isteri jovian mandagie

    ReplyDelete