Raya 2019 OOTD

by - Thursday, June 13, 2019

Ini gambar OOTD Hari raya pertama kami. Pilihan warna - pink belacan. Biasanya setiap tahun, memang en.suami yang decide warna tema. Kitaorang ikut jer. Lagipun dia yang keluarkan belanja beli baju semua =)). 

Lokasi shooting gambar raya ni kat Cyberjaya. Kat Tamarind Square. Kitaorang raya di KL jer. Nak kemana-mana tak jem. So, dari KL ke Cyberjaya, 30 minit dah sampai. Dekat je kan? hehe



 Baju - Tak de jenama. Beli kat PKNS 

Ini di Masjid Fisabilillah, Cyberjaya.


Baju Leeya - Lovely Lace.


 Tahun ni aku pilih untuk pakai Jubah. Sebab kalau beli Baju Kurung, aku tak pakai sangat. Pakai sekali jer masa raya. Membazir la. Kalau beli jubah , selalu pakai. Sebab aku lagi prefer jubah dari baju kurung. Lagi selesa dan bebas nak bergerak. Boleh jalan laju-laju. Kalau baju kurung, kena jalan sopan-sopan macam gadis melayu. Jubah tu tak de jenama. hehe. Beli kat kedai jual jubah (kedai tu memang jual jubah jer, tak de jual pakaian lain).




 Tudung - BOKITTA


Untuk masukkan dalam album =)). Baju en.suami dari Jakel.


P/S : Gambar OOTD mampu ambik raya pertama jer. Raya ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya nan hado sebab macam-macam hal (biasalah anak dah 2, macam-macam lah ragam. Antaranya, ialah makan ice cream tertumpah atas baju). hehe..

P/S : Aku rasa kan, untuk anak-anak, raya pertama pun dah kena standby baju 2-3 pasang. Sebab macam-macam hal terkena kat baju tu sebelum gambar yang cantik dapat diambil. huhu. #learnformexperience ..

You May Also Like

17 comments

  1. Wahhh jarang-jarang berlaku suami yang decide warna baju raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tapi memang ada suami kat luar sana yang pilih warna dan dekorasi rumah. (not just my hubby)

      Delete
  2. comel2 je ibu dan anak2 nih, baju takde jenama takpe yang penting cantik dan selesa kan. Akak pun suka pakai jubah tapi tahun ni kena beli baju kurung sebab langsung takde baju kurung hehehe kadang2 bila ada majlis ofis kena pakai baju kurung.

    selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa kan pakai jubah, selamat hari raya kak azra

      Delete
  3. Selamat hari raya DP.

    Tak kisah jenama, asal selesa esp for the kiddos.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya. Cantik baju raya pakai jubah. Soft je warna

    ReplyDelete
  5. I suka juga Tamarind Square tuh..sebab sana ada kedai buku yg best and ada Village Grocer. Anyway! memang port lawo kalau nak photoshoot kat situ kan? And yes! banyak jer baju takder brand tapi lawo2 dan harga lebih berpatutan. Yang penting..kena pandai pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan. saya suka lepak kat book xcess kat situ. baju tak de jenama takpe, janji cantik dan selesa, paling penting harga murah.hehe

      Delete
  6. cantiknya!! selamat hari raya!

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/05/leaving-without-saying-goodbye.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga, tq sebab sudi baca

      Delete
  7. wahhh.. hubby yg decide ye.. akak this year, campur aduk. memacam kaler ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur aduk pun takpe, itu namanya tema- wonderful colourful. hehe.

      Delete
  8. aida pernah pink belacan.
    at first, asben x nak.
    aida hasut jugak le cara halus.
    dia pakai jugak tau, dp.
    pagi raya, dah pakai semua org pink belacan sedondon, asben terus kata, cantik lah kita thn ni :) ha ha ha ha...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Halah..halah..anak dua orang tu..geram tengok awak..

    ReplyDelete