Sehelai Tudung Merah

by - Tuesday, July 02, 2019

Jumaat hari tu , 28 Jun 2019 - ialah Hari Jadi Arwah Kak Zaleha. 
Sememangnya aku sentiasa ingat birthday dia, sebab hanya beza 10 hari dari birthday aku. 

Siapa Kak Zaleha ? Baca kat sini - 'DAMAILAH KAMU 'DISANA' WAHAI SAHABAT'

birthday dia tahun ni aku rasa sedih sangat. Sebab dia dah tak ada kat atas muka bumi ni. huhu. Dia pergi sebelum ketibaan Syawal dan sebulan sebelum birthday dia.. Adduuuhhaii. Tapi yakin, pasti takdir itu adalah yang terbaik untuk Arwah. Allah sangat sayangkan dia.



Tudung merah ni aku pakai hari Jumaat hari tu. Tudung ni (pashmina) ialah hadiah hari jadi pertamaku dari kak Leha. Dia pun tak pernah lupa birthday aku. Tudung ni dah lama dia bagi, adalah dalam 10 tahun lepas kot.

Setiap kali aku pakai tudung ni, mesti aku teringatkan dia. Setiap kali!Walaupun tudung ni dah nampak macam pudar, tapi aku tetap sayang dan tetap pakai sehingga ke saat ni.

Pernah jugak terdetik nak let go tudung ni.. Tapi setiap kali terdetik perasaan tu, pasti tudung akan tersimpan semula kat dalam closet. Last-last tak jadi pun nk let go tudung merah ni.

Rupa-rupanya, Allah nak aku simpan sedikit kenangan bersama Arwah. Allah Maha Mengetahui.

Al-Fatihah untuk Arwah sahabatku... Damailah kamu disana wahai sahabat =(( 

You May Also Like

5 comments

  1. CANTIKNYA TUDUNG KENANGAN MOGA DAMAILAH SHBT DI SANA BERBAHAGIA DI SISI-NYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. semoga urusannya di alam sana dipermudahkan. Amiin

      Delete
  2. Tudung ni boleh jadi pengubat rindu dan kenangan satu masa silaturahim pernah terjalin..

    ReplyDelete
  3. Kenangan yg indah kita akan simpan hingga ke mati... masih elok lg tudung merah nih

    ReplyDelete
  4. bila rindu, sedekah kan al-fatihah.
    rezeki arwah krn hadiahkan awak dgn tudung ni.

    ReplyDelete