Family Holiday at ANCASA Residences, Port Dickson

by - Saturday, August 10, 2019

Weekend minggu lepas, aku and my big family (family belah husband) pergi bercuti ramai-ramai kat ANCASA Residences, Port Dickson. Apartment kat ANCASA ni besar sangat dan selesa untuk masukkan kami seramai 10 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak =))..



Dulu sebelum kahwin, aku dah pernah pergi ANCASA Hotel kat PD ni, tapi last week pergi - Fuhh! Dah lain. Dah buat makeover rupanya hotel ni. Sekarang kat ANCASA ni nampak hotel tu selesa sangat dan cantik , compare dengan masa aku pergi 9 tahun lepas. Memang totally berbeza. 

1 unit apartment ada 3 biji bilik tidur, 2 bathroom, 1 kitchen, ada balkoni, ada dining area , ada peti ais, ada living room. Tapi cookware tak ada kat sini, so tak boleh lah nak main masak-masak. Kalau nak masak dalam apartment, bolehlah bawak peralatan memasak sendiri. 


Ni Kitchen. Sudu garfu, pinggan-mangkuk semua tak ada. Cuma ada gelas jer. So, kalau nak makan-makan dalam bilik hotel ni, bolehlah bawak pinggan sendiri. Biasanya kami kalau pergi bercuti ramairamai macam ni, kami bawak pinggan kertas. 



Ni deco dalam bilik tidue. Semua bilik sama jer. Ada 2 katil single. Kat dalam master bedroom ada toilet. 







Living room dan dining area. Spacious. Kalau tak muat tidur dalam bilik, bolehlah tidur kat living room, tapi kena bawa mattress atau sleeping bag sendiri.


Ini view dari apartment kami. Indahnya permandangan dapat melihat canvas yang menghijau. Siap dapat tengok laut  lagi =)) Kat KL mana dapat nak tengok macam ni. 

Ada orang sedang menikmati permandangan alam Ciptaan Tuhan =))

Cantiknya



Pool kat ANCASA Residences ni besar. Ada 2 pool budak-budak. Dua-dua ada gelongsor. So, selesa lah kalau nak swimming kat sini even bila ada crowd ramai. Kalau nak main-main kat pantai, boleh jalan kaki jer, sebab pantai hanya terletak kat belakang hotel ni jer. 

Kalau rasa nak manjakan diri nak buat flower bath, bolehlah terjun kat dalam private pool ni kat ANCASA SPA. 

Kalau nak buat BBQ atau sukaneka pun, hotel ni ada sediakan ruang khas. Memnag sesuai sangatlah untuk family holiday. InshaAllah next time aku akan datang hotel ni lagi untuk bercuti. 

You May Also Like

6 comments

  1. Akak tengha plan nak short vacay kat PD, tak pernah lagi sewa mana- mana hotel..nanti nak try la Ancasa ni...macam menarik..nak amik Hibiscus x mampu plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sangat hotel ni kak kalau bercuti ramai-ramai.

      Delete
  2. Maaf tumpang lalu.. Port Dickson di belah pantai barat mengadap Selat Melaka. Belah pantai timur yang mengadap Laut China Selatan. n_n

    ReplyDelete
  3. Wow pool dia mmg mengundang betul la

    ReplyDelete