Short Vacation 4D3N at Avillion Hotel Port Dickson

by - Wednesday, August 28, 2019

Short Vacation 4D3N at Avillion Hotel Port Dickson | Aku baru je balik dari short vacay 4 hari 3 malam kat Avillion Hotel, Port Dickson (tak de lah baru sangat, Jumaat lepas balik KL. hehe). Best giler wooo... Confirm nanti nak pergi lagi sana. Tak puas stay 4 hari jer. Aku rasa duduk seminggu baru puas kot. Anak-anak lah paling excited, sampai langsung tak nak keluar hotel. 

Actually en.suami pergi outstation 2 minggu berturut-turut. Dia balik sekejap hari tu masa Hari Raya Aidiladha ,sebab nak berhari-raya bersama-sama. Then, raya ketiga fly balik pergi Australia. Balik Malaysia semula Hari Isnin last week. Sebabkan dah lama tinggalkan anak-anak, jadi en.suami pun bawaklah kitaorang bercuti kat Avillion ni sebab nak ganti balik bonding time dengan anak-anak. Hari weekdays, bilik banyak jer kosong. 

Hari Selasa kitaorang pergi PD. Check-in hotel pun dah 11 malam. Hari Rabu lah baru boleh enjoy permandangan kat hotel tu. Dapat bilik tengah laut. Jauhnya la nak berjalan dari Lobby ke bilik penginapan. Kena naik lift, turun tangga, jalan-jalan, then baru sampai bilik =)).




Pool kat sini besar. Syok budak-budak main. Kat Avillion PD ni ada 2 pool dewasa, dua-dua saiz olimpik dan dua-dua pun cantik. 



Kusyuk buat rantai kat Kids Room.

Dua beradik enjoy main kat Kids Room ni.




Kat sini ada KIDS SPA. Ada massage, ada facial, ada pedicure & manicure. Kalau nak buat rawatan , kena book dulu dan bayaran dia sangat mahal. Mostly harga lebih dari RM 50 untuk 1 sesi rawatan. 


Bestnya dapat tengok laut =))




Besar sangat hotel ni. Jalan-jalan dalam hotel pun dah kira buat exercise, boleh kurus...eh!






Kat Avillion PD ni ada 2 pantai. So, boleh pilih nak main/lepak kat pantai mana. Even nak buat wedding atau beach party pun boleh. 




Kat sini ada petting zoo. Setiap hari, kids atau orang dewasa boleh bagi makan kat haiwan -haiwan kat sini setiap jam 10 pagi setiap hari. Makanan disediakan oleh pihak hotel. Ada macam-macam - ada arnab, ayam, burung, kura-kura. Memang bestlah #flsisters main kat binatang tu, sambil bercuti, sambil belajar pasal haiwan =))

Ni bilik penginapan kitaorang. Ada dua katil.  Hari-hari housekeeping datang kemas sampai diaorang dah kenal muka kitaorang ni. hehe



 Ni view dari balkoni bilik. Kalau petang-petang air surut.

Kat balkoni ni bnyak burung. So Leeya suka la dapat tengok burung-burung berkicauan depan mata dia =))


 Ini bilik air dia. Besar. Siap boleh tengok air laut lagi dalam bathroom ni. Nasib baik takde orang skodeng =))


 Ada playground. Hari-hari Leeya dan Kakak FL main kat sini


Melayan perasaan sambil melayan ikan koi =))

 Avillion Hotel waktu malam. Pak guard sentiasa ada di mana-mana. So, memang tak takut kalau berjalan sorang-sorang waktu malam..


Ni bekas banglo pengasas Produk Zaiton. Betul-betul sebelah Avillion Hotel.Sekarang dah dijadikan parking lot untuk hotel guest. 


Bagi aku, best la stay kat sini. Nak stay lama-lama pun best. Sebab semua fasiliti lengkap - ada sauna, ada jakuzzi, ada steamroom, ada SPA, ada pool, semualah ada, kecuali takde microwave dalam bilik. Kalau kat oversea, semua hotel 5-star pasti ada microwave dalam bilik, tapi kat Malaysia tak. 

For sure, aku akan datang sini lagi. Hotel ni macam kids-heaven la. Memang betul-betul kids-friendly hotel. So, highly recommended untuk sesiapa yang nak bercuti dengan anak-anak kecik yang tengah mencari tempat percutian kat Port Dickson. Kids confirm enjoy stay sini sebab anak-anak aku pun enjoy =)).. 

By the way, thank you for reading =))






You May Also Like

10 comments

  1. Bila suami outstation lama, harus sang isteri bijak atur vacation...puas hati menginap sini ye, siap ada petting zoo free lagi haa...seronok bila suami balik jauh2 terus pi holiday, terubat sikit rindu tu bila berjauhan. One day fine boleh kami datang sini nanti...dah lama wishlist tak sampai2 hahaha

    ReplyDelete
  2. BESTNYA.. TAK PERNAH STAY LAGI KATSINI .

    ReplyDelete
  3. besar hotel ni..best bawa anak2 kan

    ReplyDelete
  4. FL dan Leeya happy..alhamdulillah mommy apatah lagi..alhamdulillah sangat-sangat.

    ReplyDelete
  5. menarik.
    aida lom pernah stay sini. lalu lalang jer.
    sebab rumah mak sgt dekat dgn pd.
    so faham faham jer lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham. faham. hehe. kalau umah dekat, better stay kat umah jer

      Delete