Manisan Arab

by - Thursday, September 26, 2019

Sejak aku masuk belajar kat UPM masa buat Master dulu, aku banya berkawan dengan orang-orang Arab sebab kat UPM ni ramai student Arab. Even dalam kelas sendiri, majoriti adalah orang Arab dan sikit jer orang Malaysia. 

Sejak dari situlah, aku banyak belajar tentang budaya orang Arab. Dan sejak itu jugaklah aku baru tahu pasal "SYIAH"  sebab ramai orang Syiah dalam kelas aku. Baru aku tahu, rupanya ada agama yang bernama Islam tapi Islam Syiah... 

Kalau nak tengok orang sembahyang atas batu, boleh jer tengok kat UPM ni. Ramai orang SYIAH kat sini yang solat kat surau atau kat masjid yang letak batu kat atas sejadah, dan nanti bila diaorang sujud, diaorang sujud atas batu tu. Batu tu diaorang akan carry dalam beg bawak kemana-mana. 

Mula-mula dulu aku tengok macam pelik la, tapi bila dah selalu sangat tengok, dah tak pelik dah. Dah jadi macam biasa sebab ramai sangat. Dan orang-orang syiah ni adalah dalam kalangan student-student dari IRAN dan Syria. 

Baru-baru ni, aku dapat sourvenir dari student Arab di UPM. Dia bagi manisan atau pemanis mulut atau dalam bahasa melayu dipanggil kuih.





Orang ARAB ni jenis makan banyak-banyak. Dah la makan nasi banyak, habis je makan nasi, diaorang akan makan manisan. Manisan diaorang biasanya manis-manis. Aku tak boleh makan sangat, sebab manis. So, cuma jamah je lah seketul dua dan selebihnya en.suami yang makan. En.suami hantu makanan Arab =)). So, ini ialah antara manisan yang selalu diaorang makan. Kat Malaysia ni, senang jer nak beli manisan ni. Kat kedai-kedai Arab ada jual. 

You May Also Like

1 comments