My PhD Convocation

by - Saturday, November 30, 2019

My PhD Convocation was held at Universiti Putra Malaysia on November 16, 2019.

Alhamdulillah Itu menandakan pegembaraan aku dalam menuntut ilmu demi sebuah Sijil Doktor Falsafah TAMAT sudah.

Ya aku happy hari tu. Hari keramat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua graduan yang dah tamat belajar. 

Aku sebenarnya tak de lah suka sangat pergi konvo ni. Konvo pun ramai orang, crowded, sesak. Aku tak suka bersesak-sesak. Masa Master dulu aku tak pergi pun konvo. PhD ni pun macam 50-50 nak pergi ke tak. Tapi bila fikir dan fikir, eloklah aku pergi. Lagipun ni event sekali jer seumur hidup, lepas ni dah tak merasa nak konvo pakai 'Bonnet'. Jadinya, aku buat keputusan untuk hadir Convocation UPM 2019. 

Aku konvo hari pertama, sesi ke-2 - petang. So, tak dapat ambik skroll dari  Tuanku Canselor - Sultan Selangor. Hari konvo hari tu my big family datang. My Ummi datang masuk dalam dewan. Anak-anak aku - Kakak FL & Leeya lepak kat Kidzooona, IOI City Mall, Putrajaya dengan en.suami. Lepas aku keluar dewan, diaorang baru datang ke UPM. Anak-anak aku tak boleh nak lepak kat dewan tu - ramai orang. Nanti diaorang bosan. 





 Ini anak pertama - Kakak FL. Kakak FL lahir masa aku di tahun pertama buat PhD. Lepas habis pantang, aku pergi fakulti bawak Kakak FL jumpa supervisor (Arwah supervisor). Masa tu Arwah SV cakap dia baru lepas mengurut, pastu dia sakit. So, tangan dia masa tu berbalut dengan kain anduh. 

Seminggu atau 2 minggu lepas tu, aku dapat berita dia masuk hospital - admit. Dan tak ada sesiapa yang dibenarkan melawat dia kecuali family dia jer. Masa tu aku pun tak tahu SV sakit apa. Staff kat fakulti cakap tak boleh reveal lagi sakit apa. So, aku terpaksa berserah je lah tak ada SV nak guide masa tu dan masa tu jugaklah aku sebenarnya nak 'defend proposal'. Sebulan lepas tu, aku dapat berita Sv aku meninggal dunia - sebab sakit kanser darah. 

Then, lepas tu bermulalah episod 'mencabar' aku nak mencari supervisor baru. Memandangkan tiada yang pakar dalam bidang aku dan faham sangat dengan research yang aku buat tu (kecualiti Arwah SV), aku bercadang nak tukar universiti. Tapi bila aku discuss dengan en.suami, dia kata kalau nak tukar universiti, maksudnya start baru semula - dari ZERO. Dan segala yuran yang dah dibayar kat UPM kira burn la. 

Dan tak senang jugak nak cari supervisor yang betul-betul boleh faham dengan research kita di universiti yang sama. Sebabkan aku duk nak kejar masa untuk defend proposal, jadi terpaksa aku pilih jer SV yang 'aku rasa' dia boleh faham dengan research aku. 

Tapi sebenarnya tak. Dan banyaklah 'drama' sepanjang tempoh aku bersama 'SV' tu. Dan aku decide untuk tukar SV, sebabnya kalau aku terus stay dengan SV tu, chance aku nak grad tu tipis, mungkin boleh grad tapi ambik masa dalam 10-12 tahun. huhuhu.. 

So, aku pun tukarlah SV. Dan proses nak tukar tu bukan senang. Macam-macam episod drama yang aku kena hadap. Hadap jer lah. itulah asam-garam buat PHD ni - banyak kenangan suka duka. Nasib baik last sekali aku dapat SV yang sangat baik dan sangat supportive. 


Dulu Kakak FL selalu ikut Mommy jumpa SV kat fakulti. Kalau tak duduk dalam stroller, aku guna carrier =)) 

 Ini anak kedua yang lahir sepanjang aku buat PhD. hehe.. Farah Aleeya nama diberi. Masa aku preggy dia, aku tengah buat final writting untuk printing. Final draft dah dihantar pada SV sebelum bersalin. So, lepas bersalin (lepas berpantang baru aku sentuh tesis), aku pulun siapkan final writting untuk printing. Masa tu emosi pun duk huru-hara. Aku exclusive breastfeeding Leeya, so masa aku banyak habiskan kat Leeya dan writting. 

Aku jugak jaga Leeya sendiri (sambil buat tesis), Kakak FL pergi tadika. Memang aku langsung tak sempat nak buat kerja-kerja rumah, segala urusan rumah diuruskan oleh en. suami. Makan pun aku tak masak sangat, banyak tapau jer. Kalau sempat dan ada masa terlebih jer aku masak. 

Nasib baik Leeya ni jenis budak baik. Baik jer sepanjang mommy belajar, tak banyak nangis dan tak cranky sangat kecuali waktu dia demam atau sakit. Alhamdulillah! Allah mudahkan urusan aku tang tu.  

Sebabkan terlalu penat nak menyusukan, jaga baby dan buat tesis, ada jugak aku rasa down. Down sangat-sangat. 'Masa tu' aku pun macam hilang konfiden - boleh ke aku hantar tesis ni. huhu.. So, masa tu aku pun mencarilah kursus-kursus motivasi yang boleh kembalikan semagat dan motivasi aku semula untuk grad.










Sepanjang buat PhD, ada rasa macam-macam. Aku pernah depresi rasa macam nak bunuh diri pun ada sebabkan terlalu tertekan. Masa tu aku tengah preggy Leeya. Dan masa tu jugaklah my Mother In Law meninggal dunia. Aku ada cerita pasal depresi tu kat blog ni.

Masa tu aku mintak dengan e.suami nak pindah rumah. Aku nak berhijrah. Dan en.suami tunaikan permintaan aku. Lepas dah pindah, aku rasa tenang. Betullah kata orang - BERHIJRAH tu sebenarnya bagus.. Bagus untuk diri sendiri dan bagus untuk orang sekeliling. 

Bila dah berhijrah tu (pindah rumah baru), aku dapat workstation yang kondusif. En.suami setup 1 bilik di rumah kami khas sebagai 'bilik study' - untuk aku study dan buat tesis. Alhamdulillah, sejak ada bilik study yang sangat best dan cantik (bagi aku cantiklah.... hehe), aku dah tak ke library UPM lagi. Sepanjang masa, pagi-petang-siang-malam aku habiskan masa di bilik study tu. Dah tak keluar rumah dah kecuali untuk hal-hal penting jer =)). 

Kalau nak tahu lebih banyak stori lagi, korang skroll je entri-entri lama aku diblog ni. Banyak yang aku cerita kat blog dorsettpink.com. ni. hehe.. 


Hari konvo tu hujan lebat, so tanah lecak.. Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak hari tu, hujan lebat giler, semua orang lari menyelamatkan diri dari terkena hujan. hahahha. Siap ada ribut dan kilat lagi hari tu. Tengok kain aku tu basah sebab tanah basah. Lepas gambar ni diambil, terus hujan turun lebat giler.. Cepat-cepat lari ke kereta =)). 


************

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada kalian semua yang sudi baca blog dorsettpink.com ni. Blog ni lah pengubat hati aku, untuk lari dari stress buat tesis dulu. hehe.. Melalui blog ni aku dapat ramai kawan, dan ada diantara kawan-kawan tu yang dah jadi kawan di alam realiti. Thank you so much my friends. 

Terima kasih untuk yang sudi tulis komen-komen kat ruang komen kat bawah setiap entri aku. Maaf ada kala aku tak sempat nak reply semua komen-komen tu. Maaf ya.. Kekangan masa dan antara nak balance kepentingan anak-anak, tesis dan blog sangat susah untuk aku penuhi semua. Maaf sakali lagi. 

Dan terima kasih juga pada yang sudi emel aku untuk minta pendapat. Aku sangat hargai korang. Teruskan emel, InshaAllah aku akan reply. Terima kasih juga untuk PR atau owner company yang sudi bagi job kat aku melalui blog ni. At least, selain berseronok tulis-tulis blog, dapat juga aku tambah duit poket beli data internet.. hehe.. 

Last but not least, terima kasih kerna sudi baca entry ni sampai habis =))


Entri berkaitan :


* PhD in Urban Planning
* Research Tittle : Land Use Planning In The Provision of Affordable Housing For Middle Income Households In Kuala Lumpur, Malaysia

You May Also Like

7 comments

  1. Wahh tahniah! Sangat inspirasi untuk eyqa. Teringin sampai PhD. InsyaAllah, one day!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah, berjaya menggenggam scroll PhD..perjalanan yg penuh pancaroba..mmg kena hadir konvo nih..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah segala pahit manis dah terbayar. Again, congrats DP. U are such an inspiration

    ReplyDelete
  4. Fuh!! Alhamdulillah..yang baca ni rasa kagum and wow sangat dengan kejayaan habis buat PhD. Nany ada baca juga few experiences orang yang buat PhD ni...memang perjalanan yang sangat sangat mencabar dan penuh ranjau dan duri. Tahniah sekali lagi! confirm lega sangat kan? hehehe..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah kepada suami yang sentiasa beri izin kepada isterinya terus menuntut ilmu..keluarga yang sentiasa mendoakan dan anak-anak yang memahami..akhirnya..setiap keperitan Allah hadiahkan manis yang paling nikmat.

    ReplyDelete
  6. Congratulations! What an amazing achievement!

    ReplyDelete