Azam 2020

by - Monday, January 06, 2020

Azam 2020 | Tajuk klise sangat. Bila masuk tahun baru jer orang akan cakap pasal 'azam'. 

Aku ni selalu buat azam tahun baru , setiap tahun buat, tapi azam tu tak semua tercapai. 

So, tahun 2020 ni still nak buat azam ke?? errrmmm.

Ya, tetap jugak nak buat azam tahun baru. Orang kata azam ni seolah-olah macam PLANNING kita untuk tahun tu. So, kalau tak ade 'planning' lagi teruk la. Sebab nya macam pepatah inggeris kata 'If you are fail to plan, then you are planning to fail'. 

So, maksudnya, biarpun azam atau planning tu berjaya atau tidak, janji kita ada pasang niat dan plan untuk buat sesuatu tahun tu , untuk achieve matlamat kita tahun tu. Dalam erti kata lain azam ialah matlamat. Matlamat untuk tahun tersebut. 

So, ada 3 matlatmat tahun 2020 yang aku tetapkan untuk achieve tahun ni , iaitu :


1. Nak konsisten exercise
Tahun ni aku nak cuba kembali kepada original lifestyle aku selama ni , iaitu kuat bersukan. Tahun 2018 dan 2019, aku tak banyak bersukan. Bila ada masa free dan rajin baru aku akan pergi jogging atau swimming. Alasannya ialah sebab aku busy dengan study. 

So, tahun ni aku dah habis study, bolehlah aku luangkan masa free aku untuk exercise, samaada jogging ke, swimming ke, skipping jer atau join zumba atau aerobik. Janji ada keluarkan peluh. Dan targetnya, aku nak buat secara konsisten at least 3 kali seminggu. 

Dan aku jugak nak konsisten masuk running event sekali sebulan. So far Alhamdulillah, dah register participate dalam running event untuk Januari - Mac. Hopefully, dapatlah join. Objektif aku nak exercise ni ialah sebab aku nak jadi makin sihat. Almaklumlah, umur dah makin meningkat, kalau tak jaga kesihatan dari sekaran, takut banyak pulak penyakit yang datang nanti. 

Alhamdulillah, so far, sejak masuk tahun baru ni aku dah jogging selang sehari. Hopefully, bolehlah istiqomah sampai masuk Disember 2020 nanti =)).
Ni gambar masa joined Flamingo Run 2019 Disember hari tu


2. Nak kurangkan minum manis

Salah satu cara nak sihat, ialah kena kurangkan pengambilan gula. Aku banyak minum air manis. Kalau dalam makanan, aku memang tak suka letak gula. So, bab minuman tu lah yang aku susah sikit. Memang banyak jugak aku minum air kosong, tapi air manis pun banyak jugak. hehe. 

So, tahun 2020 ni aku nak kurangkan minum air manis, especialy bila makan/minum kat luar.Sebab biasanya kalau makan kat luar, aku selalu minum air manis. Jadi harapnya lepas ni, no more minum air manis. Banyakkan air suam atau air mineral jer. Orang yang pernah ada history GDM (diabetic masa pregnant), ada possibility untuk dapat diabetic pada masa akan datang.. Huhu. So, nak elakkan dari dapat penyakit kencing manis ni, aku kena tukar eating lifestyle aku dari sekarang.


3. Nak bangun awal pagi
Dulu masa buat phd, aku sealu bangun jam 4 - 5 pagi setiap hari even hari cuti pun. Sebab masa tu anak-anak tengah lena tidur. So, aku dapatlah fokus buat tesis pagi-pagi sebelum anak-anak bangun. 

Sekarang bila dah habis belajar, aku tak bangun lah seawal 4-5 pagi tu. Huh! teruk betul. Dan lagi teruk, lepas subuh, tidur balik. Kononnya sebab nak qada tidur yang banyak miss masa belajar dulu. hahahhha.. 

Harapannya, tahun 2020 ni, aku dapatlah bangun awal balik seperti sebelum ni - jam 5 pagi setiap hari. Orang kata, kalau bangun pagi, rezeki mudah masuk. Betul la tu, sebab pagi-pagi waktu produktif, otak pun tengah segar, so ada banyak idea dan banyak tenaga yang kita boleh gunakan masa awal pagi tu. 


Itu jer 3 azam aku untuk tahun 2020 ni. Harapnya azam tu berjaya lah dicapai tahun 2020 ni. Dan semoga aku terus istiqomah berusaha dan buat sampai tahun 2020 nanti. Amiiinn..

You May Also Like

12 comments

  1. Moga apa yang diingini Allah permudahkan ya..dan tercapailah..aamiin.InshaAllah selagi mahu,ada usaha Allah bantu.

    ReplyDelete
  2. arap tercapai sume azam tu.. insyaAllah..


    sy tiap tahun pon ade azam.. capai ke x blakang kira la kan.. jnji ade azam.. haha

    ReplyDelete
  3. semoga azam dp berjaya. bangun pagi niat nak qiamulalail pula

    ReplyDelete
  4. sama, saya pun azam yg sama jugak. harap azam kita dipermudahkan oleh Allah Taala. aamiin

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru semoga semua azam menjadi..

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru 2020. Lebih kurang sama azam kita. Harap kita bolehlah lebihkan exercise dan kurangkan manis dalam minuman tu.

    ReplyDelete
  7. Semua tu nampak achievable, moga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  8. MOga segala perancangan yang dibuat berjalan lancar, akak pun berazamlah sikit2 untuk lebih menjaga kesihatan sebab umur pun dah 40an ni

    ReplyDelete
  9. Semoga tercapai ketiga-tiga azam tu.
    Azam yang mudah nak buat cuma kena disiplin tinggi nak maintain tu

    ReplyDelete
  10. betul tu, janji kita ada azam baru kita akan ada tekad dan usaha untuk capai azam tu... apa pun moga semua azam tu tercapai... amin

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang sama je azam kita. Harap berjaya lah laksanakan. Hehe..happy 2020 awak.

    ReplyDelete