Jam Tahun Baru 2020

by - Sunday, January 12, 2020

Masa cuti sekolah hari tu, Kakak FL duk sibuk mintak ayah dia belikan alarm clock. Dia nak jam warna pink. Katanya sebab tahun depan (Tahun 2020), dia nak masuk tadika 6 tahun, so dia kena lebih rajin belajar dan rajin pergi sekolah sebab nanti umur 7 tahun dah masuk kena sekolah agama (sekolah rendah). So, masa umur 6 tahun ni kiranya persediaan untuk masuk sekolah rendah kelak.  Errrmm...

So, hari-hari lah duk usha website Lazada , duk tercari-cari jam loceng pilihan hati. Hari-hari duk berzekir kat ayah dia  minta belikan jam loceng. hahahaha.

And finally, ayah dia pun belikanlah alarm clock yang dia nak sangat tu.Tak beli kat Lazada pun, beli kat Kedai Cash & Carry, kat Taman Melawati. Harganya tak sampai Rm 5. 

Inilah jam loceng 2020 milik Kakak FL.


Bila dapat jer jam ni bukan main seronok Kakak FL. Masa tidur, wajib dia letak jam ni kat sebelah dia. Sebelum tidur, dia akan mintak jam ni - 'nak clock'. Sampai si adik pun dah pandai jugak mintak 'yok - yok' (clock-clock) sebelum nak tidur. hehe..

Kiranya macam dah jadi rutin pulak, bila nak masuk tidur jer, wajib ambik clock. 

Alhamdulillah, so far sejak ada 'alarm clock' ni, Kakak FL dapat bangun dengan senang. Sebab bunyi bising kan, so, senanglah terjaga. 

Mommy jugak berterima kasih pada alarm clock ni kerna menyenangkan kerja mommy pagi-pagi nak bangun dan nak kejutkan Kakak FL =)). Bunyi jam ni kuat jugak. Aku rasa jiran sebelah pun boleh dengar. hehe. 


P/S : gambar diambil menggunakan Kamera Canon EOS M10. 

You May Also Like

5 comments