Pakai Spek ke Tak Pakai Spek?

by - Friday, February 28, 2020

Ramai yang tanya aku soalan ni, 'Sebenarnya Awak ni Pakai Spek ke Tak Pakai Spek?'. 


Aku senyum bila dapat soalan ni. Ye lah, dioarang tengok aku kejap pakai, kejap tak pakai. So, confius, dia ni pakai spek ke idak. hehe. Jadi, aku jawablah dengan jujur. Tak perlu selindung.

Sebenarnya, aku ni rabun jauh. So, memang aku pakai spek dan memang wajib pakai spek. Tapi aku tak suka pakai selalu. Sebab aku kan rabun jauh, so bila tengok benda dekat-dekat, aku OK , dan boleh nampak jelas. 

So, aku hanya pakai spek bila drive atau bila belajar dalam kelas atau bila nak tengok benda-benda jauh. Tapi bila drive tu memang wajib pakai. Kalau tak de spek, aku tak bawak kereta, sebab tak nampak. 

Aku pakai spek ni sejak dari sekolah lagi. Tapi On-OFF. Masa tu power tak banyak lagi. Tapi sejak masuk universiti, mata aku makin teruk menyebabkan aku dah kena serious pakai spek especially masa time belajar dan drive. Agaknya sebab bila masuk universiti tu hari-hari duk tengok laptop, sebab tu la buatkan mata jadi rosak. Masa sekolah tak bergelumang dengan komputer lagi. 

Power aku sekarang 200 ++ , campur pakej dengan silau sekali. huhu.

Last week, spek mata aku tercabut kanta. Masa tengah drive, tetiba cermin jatuh , cari-cari tak jumpa, tak tahu ke mana. Spek tu dah 3 tahun guna. So, jawabnya kena beli spek mata baru la. 




Lepas spek tu rosak, esokkannya terus aku gi buat spek mata baru. So, inilah dia spek baru. Ada 2 spek aku buat. Tapi spek 1 lagi tu tak sempat nak ambik gambar. hehe. Senang beli 2 - 1 letak dalam kereta, 1 lagi pakai kat rumah. Yang spek mata ni , kanta dia anti silau dan multi-coated. Kalau duduk depan komputer guna spek ni, mata tak terasa penat. 


Pernah gak ada orang tanya - ' kenapa tak pakai contact lens'. Aku tak pakai sebab aku ni penakut - takut sangat bila ada benda masuk dalam mata. Sebab sis fobia bila habuk masuk mata, pedih!. Jadi, bila nak pakai contact lens pun aku takut. Lagipun pakai contact lens ni leceh. huhu..

You May Also Like

6 comments

  1. Wow beli 2 sekali. Nice idea. Senang kan tak payah kalut nak cari kalau hilang haaa. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah senang bila ada 2 spek . 1 pakai kat rumah, 1 lagi kat dalam kereta. Kalau terhilang pun, at least masih ada lagi 1 lagi

      Delete
  2. tu la kak pun fobia dengan contact lens. orang lain yg pakai tp kak yg seriyau bila tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama kak, risau jer tengok orang lain pakai. Kadang-kadang saya tanya jugak kat yang pakai contact lens - 'sakit tak pakai'. hehe

      Delete
  3. Mudah juga bila beli dua siap-siap..kalau terlupa dalam kereta dah ada kan..

    ReplyDelete
  4. cantik spek mata baru, akak pun spek satu untuk pakai pergi kerja dan keluar kat rumah pakai spek lama... yang jenis tahan lasak punya...

    akak dulu-dulu masa awal kerja tak pakai spek, time tgk tv dengan drive je baru pakai tpi makin lama selalu sakit kepala, pastu terus la pakai spek setiap masa walaupun rabun jauh... skrg akak cuma buka spek time mandi dan tido je lain tu memang pakai...

    ReplyDelete