Lepasan SPM STPM Patut Ambil 'Course' Apa?

by - Monday, June 08, 2020

Student Lepasan SPM STPM Patut Ambil 'Course' Apa? Ini soalan wajib yang ditanya dikalangan pelajar-pelajar lepasan SPM atau STPM.

Bukan jer pelajar yang bertanya, tapi parents pun turut sama bertanya. Bertanya untuk bantu anak-anak diaorang sambung belajar kat U nanti. 


Jawapan aku untuk adik-adik yang di dalam dilemma nak sambung belajar - aku suggest better korang ambik course yang korang minat / passion.

Ada orang nak sangat jadi pilot atau doktor. So, better korang fokus sahaja untuk sambung dalam course-course tu. Sebabnya kalau kita belajar apa yang kita minat dan passion, kita akan jadi seronok nak belajar. Sebabnya proses belajar kat universiti ni mencabar / susah. Tak sama macam belajar kat sekolah dulu. 

So, kalau tak de minat, mungkin agak susah untuk nak maintain semangat menuntut ilmu tu. Pastu akan cepat down. Tapi ada jer yang boleh survive sampai dapat grad walaupun tak minat. Macam aku - tak minat pun, tapi dapat jugak belajar sampai PHD =)). Tapi lepas habis belajar PHD ni, malaslah nak kerja dalam bidang yang aku belajar tu sebab tak ada passion.

Tapi sekarang ni disebabkan Covid19, peluang kerja sangat terhad. Even orang yang dah kerja bertahun-tahun pun kena buang kerja.

Lately, kat berita-berita utama di televisyen bagitau yang sekarang ni , (walaupun keadaan ekonomi tengah teruk), ada beberapa post kerja yang sangat diperlukan oleh majikan. Kalau tengok kat Jobstreet atau website Job Vacancy ni memang banyak ada kerja kosong dalam bidang ni -  iaitu bidang IT (Information Technology).


So, aku rasa better student-student lepasan SPM / STPM atau yang bakal ambik SPM/STPM tahun depan, fokus untuk sambung belajar dalam bidang IT ni. Sebab peluang kerja dalam bidang IT sekarang ni (dan masa hadapan jugak) sangat tinggi, sebab dunia sekarang dah mula ke arah 'digitialization'. Semuanya bergerak dan bekerja dalam digital. Even online shopping pun mendapatkan permintaan yang sangat hebat waktu ni.

Bidang IT ni luas. Ada banyak skop. Antara skop kerja IT yang sangat mendapat permintaan sekarang ialah :

- System Developer (Application Developer, Web Developer, Stack Developer)
- Network Engineer
- System Analyst
- System Administrator
- Software Developer
- Software Engineer
- IT Specialist Engineer
- IT Programmer
- Technical Project Manager
- Data Scientist

Aku rasa ada banyak lagi skop kerja IT ni. Korang bolehlah google sendiri.

Gaji bidang IT ni besar jugak. Pastu boleh kerja dari rumah - work from home.




Ada beberapa orang ahli keluarga aku yang kerja dalam bidang IT ni. Umur baru 30 tahun dah gaji RM 10 K. Banyak tu.. Pastu pulak, diaorang ni kerja kat rumah jer. Sesekali pergi office untuk meeting atau ada kerja-kerja yang perlu disiapkan di office. Kalau tak ke ofis, buat kerja dari rumah jer lah. Sejak sebelum PKP lagi, bekerja cara macam tu.

So, kalau korang minat pada komputer atau minat main game. Better ambik Course IT ni. Peluang kerja tu dah tersedia bila grad nanti. Tak yah susah-susah dah.

Jadi buatlah keputusan yang bijak. Jangan menyesal di kemudian hari =)).

You May Also Like

10 comments

  1. Betul tu
    Kadang tak tahu hala tuju lagi. Jadi tak tentu arah amik course mana

    ReplyDelete
  2. Banyak peluang pekerjaan dalam bidang it

    ReplyDelete
  3. teringat zaman amik stp nak sambung masuk pendidikan ehhh alih2 belajar arkitek plak hahahah

    ReplyDelete
  4. betul, setuju... amik kos bidang macam ni cerah peluang masa depan

    ReplyDelete
  5. Banyak kos boleh ambil.. Ikut kata hati.. Betul. It bnyk membantu..

    ReplyDelete
  6. Info terbaik untuk lepasan spm dan stpm

    ReplyDelete
  7. Betul tu saya setuju. Apa pun, teruskan dengan apa yang kita minat :)

    ReplyDelete
  8. Ya sekarang bidang IT tengah laris macam goreng pisang panas.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya peluang kerja bidang IT sekarang

    ReplyDelete
  10. Dulu zaman belajar follow apa yg ayah suh ambik. Sebab sendiri pon tak tau minat bidang apa. Hihi

    ReplyDelete