Youtuber Sugu Pavithra Dah Jadi Model

by - Thursday, June 25, 2020

Hebat betul Youtuber Sugu Pavithra. Sekejap jer nama dia mencanak naik. Dalam sekelip mata jer orang kenal dia. Brand Sugu Pavithra ni 'lahir' masa PKP baru-baru ni. 

Aku follow dia sejak dia belum cecah follower 100k lagi. Aku suka tengok dia - simple dan humble. 

Aku pun tak sangka, video santai macam tu tanpa sebarang edit pun boleh meletop. Sampai PM pun boleh sebut nama dia kat TV.

Sebab aku punya persepsi sebelum ni -  kalau nak jadi Youtube mesti kena pandai dan ada masa untuk video. kalau tengok Youtube Chanel yang meletop-letop, diaorang semua edit video. Kalau tak banyak edit pun, at least ada edit sikit. Tengok video Ryan - Ryan's Toys Review - video-video dia semua edit, mak ayah dia buatkan. Sebab tu aku tak terjebak nak buat Youtube Video - sebab tak ada masa dan tak minat nak edit-edit video. 

Sekarang Subscriber dia dah 700 orang. Fuhh! Hebatnya! Sekejap jer. Kencang duit dia masuk melalui Youtube tu, sampai husband dia pun boleh berhenti kerja, sampai diaorang 1 family pun dapat pindha rumah yang lebih besar.



Baru-baru ni dia dijemput untuk jadi Model bagi Cover Majalah Pepatung. Sesi Fotografi tu berlangsng kat Sungai Siput, Perak. Dekat dengan rumah dia. Dia tak boleh nak travel jauh-jauh.

Walaupun baru-baru ni ada kontroversi pasal dia demand RM 10K untuk hanya 1 jam 1 show masakan di kaca TV. 

Bagi aku OK lah dia mintak RM 10,000, fans dia ramai giler kot kat Youtube tu. Kalau dia masuk TV, for sure ramai fans dia duk tertunggu-tunggu kat TV. Walaupun produser TV tu kata harga tu setaraf dengan Chef Wan. 

Tak kisahlah harga tu sama dengan Chef Wan ke, dengan Chef Zam ke or even dengan Chef Oliver sekalipun. Kalau Sugu V tu keluar TV, rating Stesen TV jugak yang tinggi, and end up TV jugak yang dapat untung giler-giler. 

Walaupun show 1 jam jer, tapi shooting tu berjam-jam, entah-entah shooting dari pagi sampai malam. So, berbaloi harga RM 10K tu dengan masa yang diluangkan. Sebab masa itu emas, masa itu duit. 

Apa pun, TAHNIAH aku ucapkan buat Ms. Pavithra. You have done a great job!. Keep on flying, don't ever give up, even how many HATERS hate you! Just believe in yourself. Just ignore negativity and keep spreading positive vibes. =))

You May Also Like

9 comments

  1. Moga terus maju dan berjaya..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A jarang-jarang sangat tengok you tube tapi bila viral sugu pavitra ni rajin pulak tengok dia punya youtube heheheee...
    MEmang pun dia punya video so direct takde edit langsung tapi views cecah ratus-ratus ribu. Subscribers dia dah 700k

    ReplyDelete
  3. Hebat penangan sugu, apa yg juju lihat dalam diri dia ialah buat apa pun jadi diri sendiri. Itu sebab rezeki dia murah.

    ReplyDelete
  4. Nie org cakap tuah ayam di kaki, tuah manusia kita tak tahu

    ReplyDelete
  5. Yup.. Shooting lama oo walaupun waktu disiarkan sekejap je..

    ReplyDelete
  6. Cantik sangat bila jadi model tu.

    ReplyDelete