KOnvokesyen Tamat TADIKA

by - Monday, December 28, 2020

 Banyak benda nak update, tapi mood kelaut tambah pulak dengan kesuntukan masa. huhu.. Memang tak terupdate blog ni. Berhabuk!.. Memang aa tanda-tanda nak bersara ni πŸ˜….

******************************************************************

Hari tu Kakak FL konvo di tadika dia. Dia belajar kat TADIKA PASTI. Alhamdulillah ada konvokesyen tahun ni. Acara ni ialah perayaan untuk meraikan anak-anak tamat tadika. 

Konvo hari tu dibuat secara tertutup je kat PASTI dia belajar. Parents tak boleh join, sebab SOP penjarakan sosial. So, acara konvo dilangsungkan secara online , parents boleh tengok kat FB LIVE. 




 
So, semua gambar yang mommy ambik ni ialah kat Umah. Tak ada langsung gambar masa acara berlangsung.

Bila tiba waktu konvo ni, mommy yang sedih dan sebak. Rasa sekejap jer masa berlalu. Dulu ingat lagi hari pertama Kakka FL masuk tadika masa umur 4 tahun. Ni tup-tup dah tamat tadika. Pastu next year , bulan depam dah masuk Darjah 1. Wahh! Kejap nya. 

Kalau mommy tak coretkan kenangan ni kat sini, tak adalah catatan memori masa zaman kanak-kanak Kakak FL. Ini waktu yang sangat-sangat manis untuk kita abadikan. Zaman kanak-kanak ni sekali jer seumur hidup. Dan konvo ni pun sekali jer seumur hidup. 


Masa hari tu, Kakak FL dapat banyak hadiah, Tadika bagi. Dan salah satu hadiahnya ialah - duit tunai RM 100 pihak sekolah Kakak FL bagi kat semua orang. Waahahhh! Rezeki tak terduga.

Dia pun tak sangka dapat 'duit raya'. Bila mommy tanya Kakak nak buat apa dengan duit ni? Dia cakap 'Kakak nak sedekah, sebab kakak nak Allah bagi lagi banyak duit kat kakak'.πŸ˜….

Ya Allah! Sebak mommy dengar. Terkejut mommy. Tak sangka itu jawapan dari kakak - nak sedekah. 

Dia suruh mommy yang uruskan duit sedekah dia tu. OK, nanti mommy sedekahkan ya sayang. 



You May Also Like

11 comments

  1. WAH DAH KONVO FL TAHMIAH COMEYNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak PI. Dah konvo. kejap je masa berlalu

      Delete
  2. bestnya , anak un tk ada yang tadika this year..semua from home je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. saya memang masukkan kakak fl ke tadika sebab tak mampu nak ajar sorang-sorang. hihi. kena ada bantuan cikgu juga.

      Delete
  3. mmg sebak bila tgk ank dh konvo tadika..thn dpn dh nk darjah 1...tahniah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah kakak FL , rezeki dapat duit lagi ye :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. tu lah, tak sangka dapat duit

    ReplyDelete
  6. wah tahniah Kakak FL dah nak masuk darjah satu dah dia

    ReplyDelete