Kakak FL Masuk Darjah 1 - Mommy Dah Download Microsoft Teams. Yeeeeaaaayy!!

Tahun ni Kakak FL masuk sekolah rendah Darjah 1. 

Isnin hari tu, semua parents Darjah 1 dah ada briefing dari pihak sekolah secara online. 

So, persekolahan akan bermula pada esok (20 hb Januari 2021) secara online. 




Senarai nama kelas dah keluar dan Kakak FL pun dah tahu dia kelas mana. Kami pun dah berkenalan dengan guru kelas. 1 kelas ada 2 orang guru kelas. Kat Sekolah Kakak FL ni, guru kelas dipanggil sebagai mentor. 

Jadual kelas ONLINE pun dah keluar. Secara tentatifnya, kelas online ni hanya sehingga 26 Januari 2021 ni saja. Tapi kalau PKP extend lagi, so maksudnya extend lagilah belajar online ni. 

So, minggu pertama persekolahan ni, akan bermula dengan Minggu Orientasi dulu. Orientasi secara online sehingga Hari Jumaat ni. So, start minggu depan baru belajar betul-betul untuk setiap subjek.

Pembelajaran Online Sekolah KAKAK FL akan guna software Mictosoft Teams

Kakak FL nanti akan guna Samsung Tablet untuk belajar online, so, mommy dah download siap-siap  Apps Microsoft Teams dalam Tab ni. 

Pihak sekolah pun dah antar emel dan password untuk setiap pelajar guna Teams ni.

So, esoklah bermula episod baru dalam hidup Kakak FL dan MOMMY 💗. All the best anakku. 

Esok pulak nanti Mommy update - Hari pertama Kakak FL masuk sekolah 😊.

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Cabaran pendidikan anak2 di dunia penuh pandemik skrg ,semoga semua tabah huhuu

    ReplyDelete
  2. selamat bersekolah FL fokus belajar

    ReplyDelete
  3. Yes this is the software yang parents kena download, i myself pun ada. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. Thanks Kelly sebab sudi baca my entri

      Delete
  4. Tahun baru, persekolahan anak2 di rumah. Takpe kakak.. Semoga beljar dengan baik2

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE