Hari Pertama Sekolah Darjah 1 Tahun 2021

Hari Pertama Sekolah Darjah 1 Tahun 2021.

 1 Mac 2021 - Hari pertama anak-anak Tahun 1 dan 2 kembali ke sekolah. 

Kakak FL baru tahun 1 tahun ni, terujanya dia sampai tak tahu nak cakap apa. Seminggu sebelum sekolah, daia dah prepare semua barang-barang dai, dah siap-siap masuk dalam beg. Nasib baik semuanya dah beli awal sejak Disember hari tu lagi. So, minggu lepas mommy just gosok baju sekolah je lah dan siapkan labeling buku-buku.

Baru hari ni baru sempat aku nak update blog. Al-maklumlah, rutin harian tetiba dah berubah, so perlukan masa untuk dapatkan rentak tu. Pastu pulak, ini tahun pertama pengalaman DP ank bersekolah rendah. 




Ini gambar-gambar hari pertama sekolah hari tu. Nasib baik dia boleh bangun awal. Jam 6. 15 pagi bangun. Kalau masa PdPR hari tu, jam  8 pagi baru celik mata. Alhamdulillah!. So dapatlah Kakak FL solat subuh sama-sama ngan kami. Lepas solat Subuh, terus breakfast. Jam 7 pagi keluar rumah. Sampai sekolah dalam jam 7.20 pagi - 7.30 pagi, awal. Sebab sekolah dia start jam 8 pagi. 

Alhamdulillah dah 3 hari tepat waktu 7.30 pagi masuk kelas. Antara yang terawal sampai. Aku tak nak gerak lambat, takut jalan jem. Sebab tu keluar rumah jam 7 pagi tu, sebab masa tu jalan tak jem lagi. 

Hari pertama breakfast roti. 
kakak FL tak bawak bekal pergi sekolah, sebab sarapan dan lunch dah disediakan di sekolah termasuk dalam pakej makan. Nasib baik macam tu, kalau tak, memang kelam-kabut lah mommy nak masak pagi-pagi tu. 

Jam 8.15 pagi, Kakak FL akan bersarapan di sekolah dan Jam 12 tengahari akan makan lunch. 


Ini gambar hari ke-2 sekolah. Jam 7 pagi keluar rumah. Langit masih gelap. 




Ini suasana di sekolah hari pertama persekolahan. Parents dah tak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah. Hanya boleh hantar di luar pagar jer. Alhamdulillah semua ikut SOP yang ditetapkan. Good job pihak sekolah (thumbs-up).

Beg dan Kasut Kakak FL. Dia nak sangat Beg Frozen. Semua nak FROZEN. Botol air, pencil box, bekas makan semuanya FROZEN. FROZEN fever sangat!


Balik sekolah dia kata lapar. So kami pun bawaklah dia pergi makan kat kedai =)).


Dari hari pertama sekolah sampai hari ke-3 ni, tak henti-henti dia cakap - 'Mommy, best lah sekolah ni, Kakak suka sangat. Kakak nak sekolah sini sampai besar ya mommy'.

Alhamdulillah! Nasib baik kakak suka. Memang Kakak kena sekolah sini sampai sekolah menengah nanti 😅. Mommy tak nak kakak masuk asrama, sebab nanti mommy rindu kakak. hahahhaha. 

Start dari hari pertama, macam-macam benda dia cerita. Even nak tidur malam pun tak habis lagi cerita pasal sekolah 😅. Pergi sekolah pagi-pagi pun cerita lagi. Bagus, teruskan bercerita kakak, Mommy setia mendengar segala luahan dan isi hati kakak 😊.

Dia bagitau, dia angkat tangan nak jadi Penolong Ketua Darjah, dan ramai lagi orang lain angkat tangan. Pastu Cikgu buat undi. Dan undi tu tak dapat kat dia dan dia redho - katanya 😅😅.

Semoga kakak terus bercerita kat mommy macam ni k sampai Kakak Form 5 nanti.hihi. 

Alhamdulillah, masa balik parents semua ikut SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. So, semua berjalan lancar tika waktu pagi dan petang. 

Sekolah kakak FL 1 sesi jer, dari pagi sampai petang, so tak perlu tukar baju untuk ke KAFA. Senang untuk mommy - tak penat sangat. 

Comments

  1. Selamat menempuh alam persekolahan kakak FL

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wak WP. Semoga kakak FL berjaya belajar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat

      Delete
  2. comeynya kakak selamat belajar dgn rajin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Bila awal-awal dan cakap suka sekolah itu satu yang sangat melapangkan dada dan fikiran.Cinta sekolah. Cinta ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PC. dengar dia kata seronok dan best, lega mommy

      Delete
  4. suka dgn cara pakaian tu, anak perempuan pun seluar juga . lebih selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. senang sikit pakai seluar. sebba budak-budak lagi kan, lasak sangat, dan suka berlari. Berlari guna seluar senang sikit

      Delete
  5. Comeynya dia! Selamat belajar.. Bagus yaa sekolah satu sesi. Amat memudahkan.
    Semoga terus jadi bff mama nya sampai dewasa. Aamiinnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak nina sudi baca coretan saya yang tak seberapa ni. Harapnya macam tu lah. terima kasih atas doa

      Delete
  6. Awal bangun tu nasib baik dia senang bangun ye..happy dapat pergi sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah! Nasib baik dia senang bangun pagi, tak mengamuk dan tak meragam

      Delete
  7. akhirnya dapat gak gi sekolah tentu seronok dpt kawan2 baru kan. cuma kena patuhi sop la ye jaga didi bebaik

    ReplyDelete

Post a Comment