Holiday at Hilton Hotel Kuala Lumpur

Lama kan aku tak update blog? 

hahahha.. 

Tak sempat nak update (jawapan cliche sangat). 

Sebab aku busy melayan anak-anak. Al-maklumlah cuti sekolah kan. 

Kitaorang spend this school holiday dekat Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Alangkah bestnya kalau dapat rentas negeri kan. So, sebabkan masih lagi PKPB, jadinya spend our holiday dalam Klang Valley ni je la jawabnya. 

Sambil aku seronok-seronok berholiday kat Hilton tu, sambil-sambil melayan cerita sensasi Neelofa. ooopppsss. hahahhahaa. Tahniah! akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang walaupun berdepan dengan macam-macam dugaan. Biasalah, nak kahwin ni, ada banyak dugaan, nanti bila dah kahwin, dah bahagia lagi banyak dugaan yang datang.hihi... So, hadap jer lah dengan tenang dan sabar. Giteeewwww.. 

So, inilah dia kisah percutian kami selama 4 hari 3 malam di Hotel Hilton. Htel ni en.suami yang pilih dan book as usual. Kami ikut jer dengan hati terbuka.. Gitttuuew.

Aku pun tak pernah check-in kat hotel ni. so, aku sangatlah teruja dapat tidur kat sini.

Kitaorang memang fully spend masa kat dalam hotel ni. Ada sekali keluar pergi Bird Park, dan sekali lagi keluar sebab hantar Kakak FL pergi english class, dan yang selebihnya memang spend dalam hotel jer. OK lah, sebab pool boleh guna. Jadi, anak-anak tak bosan, dan masa diaorang pun occupied stay kat sini. 





Pool kat sini boleh guna tapi sorang limit masa hanya 45 minit saja. 




Dan kat sini tak ada kids pool. Ada pun cetek macam ni jer lah, ngam-ngam jer Leeya boleh buat kuk lentang 😅. So, parents kena sentiasa swim dengan anak-anak untuk keselamatan diaorang.

Surprisingly, memang ramai orang kat hotel ni. Aku rasa semua tu warga KL Selangor jer. Cuti sekolah kot, sebab tu ramai. Hotel fully booked tau.

Dalam bilik ada bathtub. Itu syarat untuk book hotel. hahaha. takut pool tak boleh guna, so at least ada juga alternatif untuk kids mandi dalam bathtub.

Ni interior bilik yang kitaorang stay. Katil tu terus menghadap bilik air. Tapi bilik air tu luas, ada 2 pintu, cuma tak ada lock la. 






Clean!  Everything has been sanitized. 

Ini makanan ringan kat dalam bilik hotel. Makan roti dengan serunding. Sejak dulu lagi, aku memang akan bawak roti, serunding dan chocolate spread kalau pergi bercuti mana-mana even kat dalam Malaysia. 

Sebab anak-anak aku selalu lapar especially bila lepas swimming, so mesti kena standby makanan kat dalam bilik - makanan ringan jer. kalau diaorang nak makan nasi atau makanan berat, tu tunggu waktu breakfast / lunch / dinner . Selain dari waktu-waktu tu, makan je lah apa pun yang ada dalam bilik tu. 

Serunding tu ialah ROYAL FLOSS Serunding. Kalau nak beli, boleh beli kat website - www.serundingdelivery.com  atau kat online store ni - https://yzza.io/kml3d . 



Breakfast dah boleh buffet kat restoren, cuma staff hotel kena served untuk kita. Lunch dan dinner pulak diberi dalam bento. So, depends pada kita la nak makan bento tu kat mana. Nanti aku update pasal Bento Hotel Hilton ni. 

Overall, aku suka hotel ni. Nanti bolehlah aku repeat stay sini lagi. 

Comments

  1. wah terbaik ccuti kat hotel mewah hepi ja dua beradik tu

    ReplyDelete
  2. Memang kalau bercuti hotel cari bathub dengan swimming pool..hehee..Bestnya tengok

    ReplyDelete
  3. Tak dapat merentas, cuti-cuti dalam negeri pun best juga.

    ReplyDelete

Post a Comment