Hadiah Hari Guru

HADIAH HARI GURU.
 
Hari Guru hari tu 16 Mei 2021, semua duduk kat rumah - sekolah tutup.

So, tahun ni tak ada sambutan hari guru. 

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia walaupun hanya menjadi guru di rumah. 


Masa Menteri umumkan sekolah akan dilaksanakan secara PDpR hari tu, aku cepat-cepat siapkan Hadiah Untuk Cikgu Kelas Kakak FL.


Ini jer yang aku mampu fikir untuk Hadiah Hari Guru hari tu, sebab dalam keadaan kelam-kabut, nak cepat. Hari ni siapkan hadiah ni, petang tu terus Menteri umumkan kena pdpr. So, esokkannya Kakak FL terus bawak pergi sekolah untuk beri kat Cikgu. Andaikata kalau hari tu Kakak FL tak bawak pergi sekolah, memang tak sempat pun nak pass pada cikgu. 




Inilah isi kandungan kotak hadiah ni - coklat. 


Aku beli kotak hadiah tu kat kedai hadiah / kedai party birthday, beli sekali dengan kad ucapan.
 Dan coklat tu beli kat Speedmart dan Elews Mart. 

First time jugak aku rasa Kit Kat GOLD tu - sedap rupanya. Tak macam rasa KIt Kat merah biasa tu, yang Gold ni lagi sedap , macam ada rasa milky creamy sikit-sikit.

Aku harap cikgu-cikgu Kakak FL suka lah dengan pemberian yang kecik ni. 

Apalah sangat pemberian ni dengan jasa dan budi baik cikgu-cikgu semua mendidik anak-anak aku, tak ternilai jasa mereka. Aku harap diaorang happy, bila cikgu happy , secara tak langsung diaorang akan doakan yang baik-baik untuk anak kita. Itu yang penting tu - doa GURU tiada hisab. 

Walaupun anak kita tak pandai mana (macam aku dulu), tapi kerana doa seorang guru, ilmu tu sangat berkat dan mampu buatkan anak-anak berjaya suatu masa nanti. InshaAllah!. 

Seboleh mungkin jagalah hubungan baik dengan cikgu-cikgu. Itulah pesan yang aku sellau cakap kat Kakak FL. Berkat doa Guru tu tak ternilai dengan wang ringgit. 

Akhir kata, Selamat Hari Guru untuk Guru-Guru di Malaysia dan di mana jua korang berada.

 

Comments

  1. Replies
    1. =)). thank you Kak PI, sudi baca dan komen my post.

      Delete
  2. Mesti seronok sangat cikgu dapat hadiah coklat! Idea yang menarik ni.

    ReplyDelete

Post a Comment