Rutin Belajar Kakak FL

in , by dorsett pink, August 02, 2021

 

Selain dari kelas Online yang memang dah wajib hadir samada kelas online Sekolah ataupun kelas tambahan (Math Class and English Class), ini ialah rutin belajar Kakak FL yang dia kena buat kat rumah. 

Banyak kan benda dia kena buat? 

Tapi jangan risau. Kitaorang chill-chill jer. Kakak FL pun enjoy jer. Tak stress-stress. Walaupun nampak banyak, tapi tak semua pun dia buat 😆. 

Cuma yang wajib dia buat hanyalah - solat, mengaji al-quran, baca buku jawi, basuh pinggan dan SOLAT (solat 1 waktu jer) dan baca buku Teroka Sains tu. 

Buku Teroka Sains tu nak baca mukasurat apa pun tak kisah, cuma 1 page jer sehari dan 1 page tu tak banyak pun. At least, setiap hari, dia dapat juga lah belajar 1 ilmu baru pasal sains.

Lepas dia baca tu, dia akan cerita semula kat mommy dan secara automatik mommy pun dapat belajar tentang fakta sains. New knowledge for me, sebab aku bukan dari background sains. Aku background teknikal. Buku Teroka Sains tu kat rumah ni ada 3 siri. Dari Siri 1 sampai Siri 3. Alhamdulillah, so far, aku sangat berpuas hati pasal buku ni. 

JAWI pulak, aku guna buku cerita pendek. Sesuailah untuk Kakak FL yang baru nak belajar membaca jawi. Aku beli buku cerita JAWI tu dari MommyHappy.

Dan benda yang Kakak FL sangat malas nak buat ialah english dan math tu. Maybe sebab dia dah banyak buat latihan kat dalam kelas tambahan.

Semoga Kakak FL membesar menjadi anak yang cemerlang dalam akademik dan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat kelak. Amin.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Dalam banyak-banyak tu part basuh pinggan tu yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Selamat belajar ye FL. slow and steady, at least banyak aktiviti takdelah bosan

    ReplyDelete
  3. serius n rajin kakak FL belajar

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE