Tuesday, 14 April 2015

Breastfeeding : Pentingnya sokongan suami

Ini stok ebm aku masa bulan Disember 2014 dulu. Masa tu heaven giler rasanya.. Masa tu FL umur  6 bulan. Sekarang FL dah umur 10 bulan dan masih lagi fully breast feeding (BF).

Macam mana nak jayakan exclusive breastfeeding? At least dapat breast feeding (bf) sepenuhnya 6 bulan pertama pun dah kira ok dah, dah cemerlang sangat dah.. Bila dah 6 bulan tu, kalau nak campur dengan FM (formula milk) pun dah ok tapi kalau ada rezeki lebih berilah susu ibu kat anak seboleh yang mungkin , kalau boleh sampai umur anak 2 tahun tapi kalau tak ade rezeki, nak buat macam mana. Its ok. Lagipun, bila baby umur 6 bulan, die dah start makan solid food, jadi badan die dah boleh absorb makanan lain selain dari susu ibu.

Ok, nak menjayakan penyusuan susu badan ni bukan benda yang mudah tau.. Mummy yang tegar BF tahu benda ni.. Sangat mencabar especially bagi mummy yang bekerja, nak dapatkan kuantiti susu yang sama setiap hari bila pam, huh! bukan senang..

Kalu kite stress ke, atau penat sikit ker, atau busy dengan kerja (tak sempat nak pam), susu boleh drop. Kalau makan tak banyak, minum air pun kurang, susu pun akan drop jugak... 

So, yang penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni, Sokongan suami tu lah yang sangat penting sebenarnya.. So, macam mana en.suami nak bagi sokongan sebab die sendiri pun tak pernah pam susu apatah lagi nak bagi direct feeding kat anak sebab depa tak da susu.

Sebab apa aku kata penting sedangkan depa tak ada susu? Sebab nya suami lah yang paling rapat dengan si isteri. Kalau isteri nak mengadu domba pun, kat si suami lah diluahkan perasaan nya. Tapi macam mana suami nak tolong? Caranya, en.suami pun kene ada banyak ilmu tentang breast feeiding ni. Sekarang ni internet kat hujung jari jer, just tanya je kat pakcik gugel, banyak giler ilmu yang korang dapat. Buku pasal BF pun banyak jual kat kedai-kedai buku and kelas BF pun dah banyak sekarang.

So, masa si isteri tengah preknen tu, apa kata si isteri ajak suami gi kelas BF sama-sama. Walaupun bukan suami yang nak susukan anak, tapi suami pun kene tahu jugak pasal BF ni. Kadang-kadang kite ni para isteri bila stress atau penat, kita mudah give up and mudah lupa apa yang kite tahu/belajar dulu. So, kat sini, si suami boleh tolong ingatkan dan tolong apa yang patut.

For the first time parents, mencabar jugak ni.. Experience aku dulu, masa mula-mula FL lahir, susu aku tak keluar walhal aku tahu susu aku banyak sebab masa mengandung, susu aku dah keluar sejak preggy 5 bulan.. Masa tu aku stress sangat sebab baby asyik menangis jer. Nurse pulak duk suruh aku bagi FM kat anak aku. Lagi lah aku punya stress... Nurse tu nurse baru die tak ade pengalaman langsung. Padahal masa preknen dulu, aku dah pergi kelas BF 3 kali. Tapi bila anak depan mata ni, nahhh! ko sendiri rasa macam mana. Tak sama langsung dengan teori. (But at least, u gain some knowledge already dari langsung tak tahu apa-apa). So, en.suami lah calm kan keadaan aku masa tu. Dia terus panggil lactation kat hospital tu untuk consult kitaorang macam mana nak bf baby. Rasanya sejam jugak lah consultation hour tu.. Dan Alhamdulillah, lepas tu aku dah dapat susukan anak aku dengan tenang.

Tapi hujan kat tengah jalan. Stok susu aku tak selamanya banyak. Banyak  hari yang susu aku drop. Masa tu en. suami lah yang ingatkan  untuk buat power pumping and makan milk booster. Masa aku tengah penat dengan kerja-kerja hari-hari (bila penat, susu drop), en.suami tolong aku untuk buat kerja umah.

Nak handle stok ebm pun kene ade ilmu jugak.Dalam rumah tangga ni kene saling tolong-menolong, barulah bahagia rumah tangga tu. Jadinya, en.suami pun kene tahu jugak macam mana nak handle stok ebm ni. Sebab ada ketikanya si isteri langsung tak cukup masa nak handle ebm sebab duk asyik susukan anak dan nak masak lagi, nak gosok baju lagi dan bla-bla-bla...

So, nasihat aku pada 1st time parents to be, timbalah ilmu sebanyak mana. Lagi banyak dapat, lagi bagus. Breast feeding is a natural  but not always easy as we tough.

Good luck!

11 comments:

  1. huuurm boleh tahan yeee cabaran nak BF ni.. CT belum ada pengalaman lagi..
    tapi betul tu.. skrang ni infomation banyak.. klik saja semua boleh dapat dah..
    ramai mommies kongsi cerita n pengalaman.. tips pun banyak..
    antara nk n xnak cari je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT, walaupun ct tak ada pengalamna. tapi baguslah Ct ambik tahu jugak pasal BF ni.. senang, untuk persiapan di asa akan datang =))

      Delete
    2. hihik.. akan datang ? hihik.. malu titeeee..
      tapi CT slalu je tengok spupu2 pam susu.. somehow tahu la sikit2..
      cara n tools yg diorang guna.. mcm ne nak simpan n panaskan..

      Delete
    3. Amboi, CT...malu2 biawak pula dia :)

      Delete
  2. Definitely not easy, I was not able to breastfeed both of my kids but still. Alhamdullilah, they grow up big and strong.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun tak bf, at least anak-anak farah membesar dengan sihat.. takpe, rezeki masing2...

      Delete
  3. alhamdulillah..saya pun ada suami yang support saya..saya 2 minggu ni memang stress susu drop teruk. dah siap beli FM untuk stand by..tapi alhamdulilah, minggu ni saya mula pam 2 jam sekali, buat power pumping..alhamdulillah, ada hasil walaupun tak banyak sangat lagi macam dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur anis.. kalau baby yang bf, biasanya tak semuanya baby senang nak adopt dengan fm sebab dieorang dah biasa dengan rasa susu badan ibu dieorang.. fm ni tak sedap sangat and manis...

      Tapi Alhamdulillah, susu awak dah kembali ok.. teruskan usaha semoga awak masih dapat beri yang terbaik untuk anak awak

      Delete
  4. Betul tu. Nak BF bukan mudah. Kena kumpul sebanyak mungkin ilmu. Sokongan suami sangat penting. Alhamdulillah...qhalif masih BF even dah 3 tahun. Ntah bila nak stop pon tak tau lah tu.

    Good luck babe. Smoga dapat capai 2 tahun penyusuan susu ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh! qhalif dapat bf 3 tahun?? hebat.. hebat!.. tahniah fiza

      Delete
  5. Memang utk bakal parents, elok join kelas apa yg ada. At least ada pendedahan especially tentang BF ni.

    ReplyDelete