Monday, 28 September 2015

Melbourne :: Sovereign Hill

Trip : October 2014
 
Dah setahun trip aku ke Melbourne.. Tapi baru sekarang nak update.. Duk buat pekasam jer kat dalam laptop.. Dah ade 2 entry pasal Melbourne aku post sebelum ni... Boleh baca kat sini :
 
Salah satu tempat yang aku pergi  ialah Sovereign Hill... Sovereign Hill ni Pekan Koboi... Kiranya, geng-geng koboi duduk kat sini lah suatu ketika dulu... ini kampong koboi yang real punya... Bukan macam Cowboy Town kat A'Famosa Resort tu.. Koboi-koboi punya pekerjaan kat Sovereign Hill ni ialah melombong emas... Dieorang cari emas, then dieorang process buat jadi jongkong emas atau duit syiling emas atau barang-barang kemas yang lain...
 
Sovereign Hill ni terletak kat Pekan Lama Ballarat, di Bradshaw Street. Kalau nak datang sini, senang jer, drive car ikut Western Highway lebih kurang 1 jam setengah. Bile dah sampai Ballarat, follow jer sign board ke Sovereign Hill.. Kalau korang pakai "Google Map", just follow jer direction pakcik google tu...
 
On the way to Ballarat. 1 hour and half from Melbourne City or an hour from Melbourne Airport. Western Highway - permandangan yang sangat indah...

Tiket masuk - AUD 49.50 seorang..
 Children umur 5 tahun -15 tahun separuh harga..
Bawah 5 tahun Free of Charge ..
Tiket masuk ni sekali dengan tiket masuk ke Gold Museum,
 kiranya kita bayar untuk masuk ke 2 tempat la...
Gold Museum kat depan Sovereign Hill jer..



Post Office Sovereign Hill

Ni die tunjuk demo macam mana nak guna senapang tu..

Ni salah seorang penduduk di Sovereign Hill (yang pakai baju putih tu, baju purple tu interframe je lebih)... Memang pakaian dieorang pakai hari-hari macam ni..

Tong Sampah - Recycle

Bank kat dalam Sovereign Hill

N hotel.. Hotel ni sekarang dah tak berfungsi dah.. Cuma dijadikan bar je lah tempat "minum-minum"

Signage

Lorong belakang antara bangunan
 
Ni tempat melombong emas.. Actually, emas nya dilombong bawah tanah. Emas yang dikorek dari bawah tanah, akan lalu benda alah ni, dan akan dibawa ke tempat pemprosesan. Maksudnya, bukan manusia yang bawakkan, mesin tu yang gerakkan sendiri
 

 Tourist boleh naik sampai ke atas tu.. Actually, tourist boleh masuk ke bawah tanah untuk tengok sendiri macam mana emas dilombong di bawah tanah tu... Tapi kena bayar lain, AUD 30 seorang untuk setiap trip ke bawah tanah tu..

Tempat pembakaran kayu-kayu untuk dijadikan arang.. Mesin-mesin kat sini, masih guna mesin lama.. Yang ditempah khas dari Jerman sejak Perang Dunia ke-2 dulu..
 

Tempat tidur pekerja. In case kalau pekerja lombong nak 'nap' jap..

Setiap "khemah" ni ada macam-macam fungsi.. Ada "khemah" utnuk kafe, ada khemah untuk tidur, ada untuk "minum-minum", ada khemah untuk lepak-lepak jer..
 

Ni rupa rumah dieorang dalam "khemah" ni
 
Tempat mendulang emas

Salah satu "khemah" untuk rehat


Pakcik ni sedang mendulang emas... Pakcik ni dari Malaysia.. Sangat pandai dalam mencari emas... Dia datang sini sebab anak die duduk di Melbourne.. Kalau korang pandai mendulang, korang boleh mencuba nasib cari emas kat sini.. Emas yang korang dapat tu, boleh simpan bawak balik ke Malaysia.. Free..

ni perkampungan pekerja lombong emas ni...

Sistem paip untuk bekalkan air masa zaman dulu.. And yet, masih kekal guna system paip tu sampai sekarang

Ni café untuk pekerja makan & minum

Ni salah satu 'rumah' dieorang masa waktu siang (waktu bekerja)

Perigi ni digunakan untuk angkutemas dari bawah tanah... Ada perigi yang tourist boleh naik, and dibawak turun sehingga ke bawah.. Siap ada air-cond lagi..

Ni sisi lain rupa perkampungan dieorang

Me and FL


Kat sini tak ada tempat solat, so we all just solat kat tempat parking jer..

Ni permandangan kat highway, masa on the pergi & balik dari Ballarat...
 
 
For your information, kat dalam Sovereign Hill ni jugak ada tempat bowling.. Tempat Bowling masa zaman dulu-dulu.. Since masa Perang Dunia ke-2.. Bola bowling pun guna bola dari bijih timah, berat giler, Lane die pun dari bijih timah.. Tak ada system computer lagi.. Tourist boleh main bowling kat sini. Kalau korang nak rasa macam mana rasa main bowling guna bola bijih timah, boleh la dating sini. Tapi sorry aku tak ada gambar kat tempat bowling ni sebab masa tu tengah susukan FL, tak sempat nak ambik gambar...
 
Bila malam, ada night show, tapi tu kena bayar lain pulak..
 
Pendek kata, kalau korang nak tengok sendiri pekan koboi, dan nak tengok macam mana nak cari emas, boleh lah datang sini.. Aku rasa berbaloi la jugak bayaran fees dia tu..
 
Kalua nak tahu lebih detail, boleh layan website dieorang :

Ok, TQ for reading!

16 comments:

  1. Ade nmok sovereign hill ni klu x silap dlm running man...hehe... lma btl nk kluar entry melbourne dorsett...hehe. . Saya x prnh ke melbourne lg. Mcm mnala die org tu blh berbaju gitu hr2...

    ReplyDelete
  2. Ade nmok sovereign hill ni klu x silap dlm running man...hehe... lma btl nk kluar entry melbourne dorsett...hehe. . Saya x prnh ke melbourne lg. Mcm mnala die org tu blh berbaju gitu hr2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lagipun kat sana kan sejuk Farikicaa.. Jadi, selesa la kot dieornag pakai baju macam tu hari2

      Delete
  3. hai Kak DP.. memang diorang tinggal eh kat Sovereign Hill ni ? i tot diorang macam dah tukar untuk jadi
    tempat tourists.. and yang duduk situ macam pekerja.. ke they still work there mendulang emas ? at first CT nak masukkan tempat ni dalam itinerary CT tapi kena buang keluar.. time constraint.. hehehe boleh jadi reason for me to go back to Melbourne =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Dik CT. Dah pasang impian nak kembali ke Melbourne nampaknya :)

      Delete
    2. Farrah, kalau pergi Melbourne, for sure rasa nak dating Melbourne lagi... sebab tempat die best sangat...

      Delete
    3. Ct, dieorang dah jadikan tempat ni sebagai tempat pelancongan... pekerja dah tak duduk sini dah, tapi dieorang ada lagi pergi gali emas kat situ. means that dah tak ramai pekerja dah la kat S.H ni... tinggal berapa kerat je

      Delete
  4. Seronoknya tengok pekan koboi life depan mata begini! Experience yang priceless :)

    ReplyDelete
  5. Wah, menariknya tempat ni Saya memang teringin nak tengok pekan koboi yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. jom simpan duit kite pergi sana. hehe

      Delete
  6. kenapa saya tak tahu pun tempat ni ... macam best je... saya pun ada lagi story pasl melbourne yg dah jd pekasam dalam laptop ni...awak pergi mana lagi kat melbourne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jalan banyak tempat pun nilam...

      Delete
  7. baca entry nih teringt saya kat Cheonghakdong,a village in Korea that untouched by modernity!Kat Australia pon ada..ahjumma tuh siap pakai lagi baju gaun diorg pg jalan ke hulu ke hilir..hehheheheheh....


    saya kagum gila...walaupon pg travel tempt yg majority non-muslim,tetap utuh mendirikan solat walau tempat kalau dilihat seolah2 tak mengizinkan...Syabas!

    ReplyDelete