My Meal Plan

in , , by dorsett pink, September 01, 2015
Assalamualaikum wbt..
 
Masih dalam blues?? hahaha.. Almaklumlah cuti lama... Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Merdeka korang. Kalau merdeka, aku suka gi tengok perbarisan Hari Merdeka tapi sekarang ni tak boleh lah nak pergi, panas.. Tak sesuai bawak baby. So, we just watched it through TV only.. Aku dulu masa sekolah, tiap-tiap tahun wajib masuk perbarisan tu.. So, memang teruja la bangun pagi-pagi bersiap-siap nak pergi berbaris.. hahaha.. Aku dulu join Brass Band.. Tapi itu semua kenangan.. Sekarang ni hanya mampu tengok jer la.. Apa pun, kite kene tanamkan semangat patriotic kat jiwa anak-anak sekarang supaya dieorang tahu erti "KEMERDEKAAN". Merdeka!
 
*******************
Ambooiii.. Panjanglah pulak intro nya..
Ok.. Sebenarnya aku nak share pasal "Meal Plan". Macam mana aku masak untuk keluarga aku hari-hari.. Sempat ker? Sempat tak sempat, kena sempatkan jugak - dan inilah caranya..
 
Aku ni jenis yang tak suka makan luar. Bukan aku tak makan di luar ye.. Jangan salah faham pulak.. Tapi, aku kalau boleh seboleh mungkin , akan cuba untuk makan di rumah, unless kalau dah memang terpaksa makan di luar (sebab tak sempat nak masak, atau anak sakit meragam jer), so aku makan lah jugak makanan yang dibeli kat kedai tu. Tapi setiap minggu pun, (at least seminggu sekali), kami anak-beranak akan spend time sama-sama makan kat luar. Tapi kami akan pilih kedai yang terpelihara kebersihan nya. Hygiene tu penting ..
 
Kalau nak makan kat luar hari-hari, kopaklah. Lagi pun bila makan kat luar, kita tak tahu yang makanan kite tu mungkin diletak msg (ajinomoto), atau terlebih minyak.. Kan dah tak sihat dah. So, the best way is masak sendiri...
 
Aku ni jenis yang tak cekap kat dapur. Kalau masuk dapur, mahunya sejam baru makanan siap dimasak, tu belum masuk bab basuh-membasuh lagi.. Jadinya, aku rasa kelam-kabut, bila petang-petang balik umah penat-penat, nak kena masak lagi.. penat sangat..
 
Tapi, bila aku dah start buat "meal plan" ni, aku dah tak rasa memasak tu satu bebanan lagi.. Setiap minggu aku akan buat meal plan ni. Biasanya aku buat hari Isnin. So, aku piker lah apa yang nak dimasak untuk tempoh 7 hari seterusnya. Jadinya, bila balik umah jer, aku dah tak perlu piker dah, terus start masak. Pagi sebelum keluar umah, aku dah keluarkan bahan mentah dari peti ais macam ayam ker, ikan ker, untuk dimasak pada belah petang.
 
Selepas buat  meal plan ni, aku buat meal prep. Nanti aku cerita pulak pasal meal prep kat entry lain. Jadinya, kerja memasak aku sangat mudah dan aku hanya perlukan 30 minit saja untuk masak. Ni contoh-contoh meal plan yang aku buat.  Aku gunakan "weekly planner", beli kat kedai Typo. Harga Weekly planner ni kalau tak salah aku tak sampai pun RM 20
 
 
Kat dalam plan ni, aku stated makanan untuk kami (mummy daddy), and makanan untuk anak sekali. Sebabnya aku kena masak asing makanan kami dengan makanan si anak sebab anak aku jenis perut orang Itali, tak makan nasi..

Aku gunakan "washi tape" untuk d├ęcor meal plan ni.
Sebab nak bagi nampak berseri sikit, barulah semangat nak masak..
 
Yang column belah kiri tu , aku tulis "what-to-buy", maksudnya benda-benda yang nak dibeli minggu ini, tapi untuk di masak minggu hadapan. Biasanya, aku akan membeli bahan-bahan mentah tu hari minggu, so sebab tu aku tulis siap-siap, apa nak dibeli pada hari minggu akan datang ni..

Zoom sikit

Biasanya, hari weekend kami makan di luar, jadinya kat dalam plan ni dah tulis siap-siap - makan luar.. Kalau ada hal-hal diluar pun ketika weekdays, kami tak makan di rumah juga, jadinya kat dalam planner ni, akan ditulis - makan luar..

Bila dah siap, tampal lah kat dinding dapur tu, hari-hari tengok lah apa nak masak..
 
Percaya lah cakap aku, kalau korang buat meal plan ni, kerja masak-memasak korang sangat-sangat senang sebabnya korang dah tak perlu nak Tanya diri sendiri hari-hari "hari ni nak masak apa erk?".. Pikir tu pun boleh buatkan stress.. Jadinya, kita kena elakkan stress. hahaha.. End up, bila tak tahu nak masak apa, "masak di kedai saja lah"..
 
So, harapnya entry ni dapat membantu golongan ibu-ibu sekalian..
 Sekian, Terima kasih sebab sudi baca ya..

SHARE 17 comments

Add your comment

  1. singgah petang...
    menarik nie....

    ReplyDelete
  2. bagus buat gini. cepat dan mudah nak sediakan juadah. saya pun dah buat :))

    Tips WAHM untuk cantik dan sihat

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Yezzza... Please try.. Lepas try semangat nak memasak tu membuak2. Hehe

      Delete
  4. Bagus idea Intan ni. Bila dah plan takdelah kita pening tak tahu nak masak apa. Sangat sesuai utk ibu2 yang bekerja dan busy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Farrah. kalau busy sangat, benda ni sangat membantu supaya sentiasa dapat masak untuk keluarga

      Delete
  5. Replies
    1. Thank u Farrah sebab buat entry special utk kite

      Delete
  6. Rajinnya. Bagus jugak buat macam ni. Tak der lah terfikir2 nak masak apa hari2 kan.

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada buat meal plan ni... tapi xde la tampal mcm ni... saya tulis dlm buku hikmah saya je... hehehehe mmg jimat masa n tenaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe tak tampal nora... at least, kita tahu apa yang nak masak hari-hari. hehe

      Delete
  8. saya jrg buat meal plan.. sebab pernah buat dulu, tp Time nak beli brg masak selalu terbeli brg yg tak masuk meal plan hahahahaha

    ReplyDelete
  9. mmg terancang lah Intan...kalau sis mmg x leh plan camni sbb tiba2 je rasa nk mkn masakan yg x de dalam plan...

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE