Thursday, 21 January 2016

Tips Bergaya dgn Koleksi Gaun Dinner

Korang pernah dapat tak invitation ke dinner atau wedding reception sebelah malam? Of course pernah kan.. Same like me as well.. Sebab aku sekarang ni suri rumah (eh! Suri rumah ke.. huhu) kadang-kadang, aku macam BLURRR nak pakai apa untuk dinner tu.. Almaklumlah, aku kan muslimah melayu sejati (konon!), so mestilah nak pakai something yang patuh syariah - menutup aurat and at the same time, still vogue de vas giteeew....
 
So, untuk tak memeningkan kepala aku di masa akan datang& at the same time, aku jugak boleh share dengan korang yang kepala ting-tong blurrr macam aku – duk pikir nak pakai apa bila pergi dinner .. Aku nak share la beberapa tips untuk tampil bergaya walaupun kite ni “si pemakai tudung” a.k.a “Hijabista”..
 
 #1. Pilih Gaun Dinner
Gaun Dinner ni of course la kena pilih yang menutup aurat& longgar & tak menjolok mata. In a simple word – PATUH SYARIAH!.. So, nak senang, pilih je yang warna hitam.. Hitam tu kan menawan.. And bila pakai warna hitam , kita akan nampak lebih langsing & elegan. Tak caya?? Cubalah dulu. Butik ZALORA ada macam-macam pilihan gaun dinner atau maxi dress. Korang just scroll jer Koleksi Gaun Dinner kat website ZALORA & pilih jer mana yang berkenan..

 
#2. Pilih tudung yang glamour
Kalau pakai dress yang cantik yang vogue de vas gitew, mestilah pulak nak kene pakai tudung.. So,kalau nak nampak glamour & lebih bergaya, korang pakai la shawl dari material satin atau chiffon. Sebab 2 material ni adalah corporate style (for hijab) ..
 
 
#3. Pilih accessories yang simple

Bila dah pakai tudung, ada certain accessories yang tak sesuai nak digayakan dengan hijab. So, pilihlah accesori yang minimal & simple jer supaya tak nampak “crowded” & “sarat”, nanti takut jadi pengkhianat fashion pulak. So, pilih la antara rantai (necklace) yang simple atau cincin yang sesuai.
 
 
#4. Handbag
Last but not least, handbag jangan lupa bawa ok! Barulah lengkap penampilan korang nanti. Lagipun handbag & wanita kan tak boleh dipisahkan. Mana nak letak handphone nak berselfie & upload kat instagram nanti, mana nak letak lipstick, mana nak letak compact powder – tak kan lah nak letak dalam poket (ada poket ke kat gaun korang?), tak pun tak kan la nak pegang tangan jer… Sooo not classy. So, kalau nak glamour, bawaklah clutch jer sudah a.k.a beg kepit.. Macam- macam koleksi clutch korang boleh pilih macam kat bawah ni..
 
p/s :: Hopefully entry ni dapat la membantu korang untuk membuat pilihan yang tepat bile pergi dinner nanti.. Kita nak bergaya, nak enjoy & at the same time, nak patuh hukum Allah.. hehe

TQ for reading anyway.

9 comments:

  1. Bagus tips yang Intan kongsi ni. Memang kena bijak sikit nak bergaya, kalau tak nampak sarat dan terlebih berat.

    ReplyDelete
  2. Yang penting tutup aurat, kita selesa dah nampak presentable. Takdelah seperti beruang berhias ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza farrah. yang penting tutup aurat!

      Delete
  3. Replies
    1. lawa kan. boleh la ardilla beli satu nanti

      Delete
  4. gaun memang gojes2 semua.. tapi ceq la x gojes nak pakai wakakaka..

    ReplyDelete
  5. 'Pengkianat fashion'... Statement terbaik. Heh.

    ReplyDelete
  6. Betul DP, bila undangan malam untuk dinner ni lain sikit pemakaiannya. Dress memang pilihan yang bagus. Tudung satin pun selalu akan nampak classy sikit :)

    ReplyDelete