Wednesday, 25 May 2016

Breastfeeding :: Tips untuk simpan EBM bila travel

Alhamdulillah, sebulan lagi FL akan genap umur 2 tahun.. 

AKu happy sangat sebab misi aku accomplish untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun..
Sehingga hari ni, FL masih menyusu badan.. She is so manja, tak boleh tido tanpa mummy, and i knew that's because of the milk... 

Aku punya misi 2 tahun nak menyusukan FL, and nak wean off by the time umur die 2 tahun. Tapi nampak gayanya macam tak ade pun lagi tanda-tanda die nak wean off, lagi kuat menyusu ade la.. Waaaaaa (mummy plak yang geram)..

Ni stok ebm aku dulu-dulu. 
Aku simpan kat dalam Upright Deep Freezer - jenama ELBA..  

Tips aku nak dapatkan susu yang banyak ialah - pam jer susu bile ade waktu terluang..
Biasanya baby kan banyak tido, so waktu die tido aku pam susu walaupun dalam kereta..

  
Tak semestinya hari-hari kite akan dapat kuantiti susu yang sama jer. 
Susu ni macam roller coaster jugak, ade naik, ade turun sebab banyak faktor, antaranya PENAT..
So, bile susu drop mcm ni, try buat power pumping hari-hari, at least sekali sehari..


FL dah start minum susu formula sejak umur die setahun lagi sebab masa tu production susu aku tak boleh nak memenuhi permintaan die yang sangat banyak.. Sebab baby makin berusia kan, so keinginan untuk minum lagi bertambahlah, and sebab lagi sebab FL ni jenis tak suka makan. Payah giler kalau nak suruh die makan. So sebab tu die bergantung kat susu jer.. It means that "no susu = no food". Aku bagi die susu Pediasure.. sebab Pediasure ni ade complete nutrien - semua zat mcm carbohydrat, vutamin, protein, fat, calsium semua ada... So, kalori susu ni lagi tinggi compare dengan susu lain. So, baguslah untuk baby atau kids yang tak nak makan atau picky eater..

Aku dah banyak share pasal BF journey aku kat dalam blog ni dulu. Boleh baca kat SINI.
So, Hari ni aku nak share macam mana nak bawak ebm balik umah bila pergi travel or balik kampung..

So far, paling jauh aku travel pun dalam Semenanjung Malaysia jer bawak EBM ni. Masa pergi Melbourne dulu, aku tak bawak balik ebm, aku pam kat sana, and habiskan kat sana jugak.

 TIPS / Cara-cara uruskan ebm bila travel :

#1. Bawak ice box & ice pack & garam siap-siap dari rumah.

#2. Pastikan ice pax di sejuk bekukan dalam fridge hotel.. Kalau hotel tak de fridge, mintak jasa baik staff hotel untuk simpankan ebm kite (pastikan buat label dengan betul, nanti tak pasal-pasal plak staff hotel tu minum ebm kite)..

#3. Pastikan susu dalam keadaan baik (jgn rosak). 

#4.  Bila hari nak travel, dapatkan air batu (ais) dari pihak hotel atau beli jer kat kedai.

#5. Susun ebm cantik-cantik dan kemas-dalam ice box

#6. Taburkan garam dalam ice box tu

#7. Letak ice sehingga penuh ice box tu

#8. Taburkan garam sekali lagi on top of it.. 
(Garam berfungsi utnuk melambatkan proses pencairan ais)

#9. Kalau ade towel, letakkan towel kat atas ice tu sebelum tutup ice box tu rapat-rapat.

#10. Bawak ice box dengan penuh berhati-hati & sepenuh kasih sayang

#11. Letakkan kat seat passenger . I means jangan letakkan kat dalam boot kereta sebab boot kereta panas, tak de airkond, nanti ais cepat cair.

#12. Dalam perjalanan, kalau ais mula mencair, cari mana- mana kedai yang jual ais, gantikan ais tu.. Pengalaman aku so far, pernah ketikanya kami berhenti 2 kali tukar ais. 

#13. Sampai je di rumah, terus masukan dalam freezer, jangan berlengah-lengah tau!

   
 Ni slaah satu hotel yang aku pergi - ice free jer upon request. 
So, aku mintaklah banyak-banyak untuk penuhkan ice box aku ni..








 
Ni masa dalam perjalanan - sesi menukar ais..


Selamatkan EBM korang - jangan letak ice boz kat dalam boot kereta!
Ni sesi menuai susu masa dalam perjalanan. 
Cooler beg warna biru tu sentiasa setia menemani aku kemana saja..
And together with Famous Amos cookies.. hehehe.. 
(sambil pam, sambil makan - baru hati riang gumbira.. hehe)


AKu harap perkongsian aku kali ni dapat memberi manfaat kat para ibu-ibu yang sedang menyusu... =))
Thanks you for reading ya!

8 comments:

  1. Bolehlah tiru siapa yg ada misi yg sama:)

    ReplyDelete
  2. Great sharing..😊😊
    Kena gigih untuk make sure anak fully bf hingga 2 y/o..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...dah nak tamat tempoh 2 tahun. I feel you. Lagi kina nak weaning off lagi dia galak nak menyusu. Macam anak nombor tiga dulu umur 3 tahun baru stop nyusu. Jangan paksa2 anak tau. Nanti dorang yang akan benti sendiri ☺☺

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi travel bawak ebm. paling lama kalo balik kampung seminggu ke contohnya mmg tak pam langsung. bagi anak direct je. sbb tu susu pun mcm roller coaster hehe :p

    done follow u. jemput singgah blog saya ynamazlina.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Bagus tipsnya, bertekap inshaAllah akan dipermudahkan.. untung FL dapat mama rajin dan aktif sangat dari pembacaan aunty.

    ReplyDelete
  6. memang cabaran betul kan.. tabahla mommies yang menyusukan anak2.. btw ada kawan CT kan.. dia rezeki Allah kasi milk dia bnyk.. dia siap offer jadi ibu susuan.. murah rezeki selalu..

    ReplyDelete