Saturday, 8 July 2017

Bekas Kerongsang Yang Praktikal Untuk Travel.

Kalau baca tajuk - 'Bekas kerongsang yang praktikal untuk travel', so mesti ini bekas kerongsangvyang aku guna untuk bawak gi travel, kan? Ya betul. Tapi kalau tak travel pun, aku memang guna bekas ni gak kat umah hari-hari untuk letak kerongsang.



Bekas ni tak lah cantik tahap kelas mak datin, sesuailah dengan tahap aku sebagai rakyat marhaen ni - guna je bahan terpakai.

Aku ni pengguna tegar NIVEA skin care sejak dari zaman sekolah lagi. Kulit muka aku ni sensitif, sensitif sangat, jadinya aku kena pakai skin care yang sesuai je dengan kulit aku. So nivea la jawapannya. Hanya nivea je yang sesuai. Selain tu, aku pakai gak skin care Dermalogica tapi skin care tu mahal sangat, so, nak jimat duit pakailah nivea. Tapi ada gak lah 2-3 barang aku guna Dermalogica tu.

So far, 2 jenis ni je yang sesuai dengan aku. Yang lain-lain say NO je. Loyal gitew kan..



So, untuk selamatkan bumi, aku rasa better aku reuse, recycle semula bekas-bekas krim Nivea ni. Dan aku jadikannya sebagai tempat letak kerongsang kat rumah..Bekas ni kecik je dan ringan, so senanglah nak bawak masuk beg. Sangat praktikal bila bawak gi travel. Kalau ada banyak kerongsang, boleh buat 2-3 bekas.



Tapi kerongsang yang kecik je la, yang besar-besar tak muat. Dan nasib baik kerongsang aku semua comel-comel dan simple. Aku tak suka pakai kerongsang besar gedabak macam Mak Datin pakai, sebatu dah nampak lip-lap-lap-lap kerongsang ko.

Ok lah. Nak cerita tu je. Selamat berhujung minggu korang. Pergi bertandang open house tu, berpada-pada la makan, ingat perut tu.

23 comments:

  1. Baguslah idea DP jadikan bekas kosong tempat isi kerongsang. Siqah nak buat jugaklah nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good siqah. Teruskan usaha. Memang praktikal nak bawak dlm hendbeg buat pergi mana2

      Delete
  2. betul, reuse je kan kak.. karang kalau beli fancy-fancy tapi tak practikal pun membazir je.. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau lelaki boleh buat tempat simpan butang baju melayu kot ... tapi bukan utk travel la, untuk senang nak simpan dan cari semula raya tahun depan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah .kalau orang lelaki boleh buat letak baju melayu...

      Delete
    2. ye ke? nanti tanya wife jugak.haha. jangan marah ewan..

      Delete
  4. bagus jugak re-use compartment yang ada . Tapi, nadia pin semua letak dkt beg crochet yg digunakan utk letak hp. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo... Ok jugak kalau beg tu memudahkan nadiah

      Delete
  5. nway, Selamat hari raya , DP =)

    ReplyDelete
  6. kerongsang besar mak datin tu gi kenduri oklah kan..kalau bawak gi travel memang tak praktikal dan menarik perhatian. Kak dp macam saya gaklah, bukan boleh tukar-tukar skincare. Nivea ni memang brand legend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh! Sama ya kita - kulit sensitif.. Tu la, nivea tu memang legend, since sekolah lagi pakai

      Delete
    2. too bad tak jumpa lagi my suitable brand..huhu.Masalah saya jerawat dan inflammation, so rasanya jaga makan yang penting. tapi tulah..haha

      Delete
  7. good idea juga ni ...dan bagusnya senang nak bawa ke mana mana, tak ambil ruang dan senang nak cari kerongsang bila nak guna :)

    ReplyDelete
  8. selamat hariraya aidilfitri cik kak dorsett tuu.,

    .. butang baju aku mana pah., hahar2

    ReplyDelete
  9. Nak ucap jugak selamat hariraya Aidilfitri buat DP mohon maaf zahir dan batin :-)
    Baguslah idea ni ltk kerongsang dalam bekas tu lagipun bekas nivea tu tahan Mrs. A ltk dalam bekas souvenir yg dapt kat rumah org kahwin tapi lelama tanggal sebab bekas tu kan kertas

    ReplyDelete
  10. Saya guna bekas org bagi kenduri kawin ..

    ReplyDelete
  11. wajib ada jugak ni hehe.. kadang bawak pegi jalan ada 10 bijik.. balik tinggal brapa ja hahaha..

    ReplyDelete
  12. Eyda pun wajib ade.. hehehe.. tp letak dlm bekas2 hiasan yg slalu dpt doorgift org kawin tu..hehehe

    ReplyDelete
  13. sungguh kreatif.
    aida ada 1 big box. ke hulu ke hilir bwk.
    sebab brooch byk.
    anak2 plak dah sama2 bertudung.
    kalu guna bekas nivea gini, alamat nyer 10 bekas la :)
    but tu la kan, travel kena sesuatu yg praktikal.
    bwk sekotak kedabak gitu bukan praktikal nama nyer :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. Kita pon pakai bekas-bekas kosong jugak letak kerongssang. Jimat ☺

    ReplyDelete