Sunday, 2 July 2017

Benda Yang Wajib Ada Bila Travel

Bila travel oversea, kita tak tahu weather kat sana macam mana. Hari ni ok, mungkin esok sejuk tahap negatif celsius. Hari ni sejuk, mungkin esok pulak warm je, sampai tak perlu pakai baju sejuk.. So, tak boleh nak expect lebih-lebih. Bolehlah get prepared apa yang patut based on pada ramalan suhu yang kita tengok di accuweather tu. Tapi itu cuma ramalan jer, suhu yang sebetulnya tak tahu.

Macam pergi New Zealand hari tu, ikutkan weather forecast, suhu di South NZ lagi sejuk compare to North NZ. Memang bawak baju banyak baju sejuk sebab aku ni jenis yang tak tahan sejuk. Sebab masa tu dah awal autumn, so takut sejuknya macam kat Osaka dulu (Autumn season), ya Allah sejuknya sampai tak sanggup nak keluar. Masa tu pulak tak bawak thermal wear.. Sobs. Sobs. Sobs..

Tapi bila kami sampai di Christchurch, New Zealand. Cuacanya tak sejuk. Esokkannya pun sama -tak sejuk, sampai tak perlu nak pakai baju sejuk. Pakai tshirt sehelai pun dah ok. Compare to North NZ, memang kena pakai sweater. So, bab cuaca ni kita boleh nak jangka. Kena get prepared je all time.

Aku ingat lagi masa aku pergi Hongkong dulu (tahun 2012 kot), masa tu cuaca kat Hongkong tetiba sejuk semacam, tambah plak windy, memang sejuk la. Aku tak tahan sejuk. Pastu terus kena selsema.. Aduuuss.. Terus rasa tak selesa. Perjalanan masih jauh sebelum nak pulang ke Malaysia.

Masa tu aku tak prepare ubat selsema. Aku cuma ada panadol jer. Panadol untuk demam, aku tak makan panadol kalau selsema. Aku biasa guna inhaler ni kalau selsema 👇.



Tapi hari tu, aku tak bawak benda alah ni masa trip tu. So, bangun pagi tu aku pergi al cari farmasi.. Aduuss.. Sekian hal plak nak cari farmasi, bukan semua tempat ada farmasi. Tanya lah orang 'kat mana farmasi? ' , nasib baik kat Hongkong guna english medium, kalau kat China, parah! Diaorang tak cakap english. Tapi kat sana, walaupun cakap english, diaorang tetap tak faham apa tu 'farmasi', diaorang ingat aku tanya 'klinik', so diaorang tunjuk la jalan ke klinik.. Huhuhu.

Lepas aku cakap 'drugstore', barulah diaorang tahu yang sebenarnya aku maksudkan ialah 'farmasi'.. Huhuhu.

Masuk je farmasi, terus pergi cari inhaler tu. Mak aaiiii! Mahal giler! Kalau convert dengan duit kita memang mahal la, aku rasa lebih kurang RM15-RM20 kot.. Huhuhu.. Dah lah duit pun sendu je masa tu,perjalanan masih jauh, nak pergi ke Tanah Besar China lagi, nak pergi Shanghai lagi, nak stay kat Beijing lagi.. Huhuhu.. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak aku terpaksalah pejamkan mata beli je inhaler. Made in Hongkong la katakan.

Sejak dari tu, bila aku travel oversea, aku akan pastikan aku bawak inhaler ni dalam beg. In case takut aku atau family terkena selsema kat negara orang, tak ada lah mengagau duk cari drugstore sana sini.

So, moral of the story - GET PREPARED BEFORE YOU TRAVEL!

9 comments:

  1. sy pun suka ada satu beg kecil dgn ubat2an :) especially plaster, panadol, ubat utk muscle pain.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Ohh bagus eh Hurix ni, nanti nak try cari lah

    ReplyDelete
  3. we should bring this with us.. mana2 pun pegi mmg ada inhaler ni.. CT mmg ada sketul dalam handbag.. kalo x ni minyak cap kapak n yoko2 must have too..

    ReplyDelete
  4. samala, saya pun ada kit yntuk emergency utk travel

    ReplyDelete
  5. cakap pasal travel ni, lame nau dah tak travel.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Take note...bagus kongsikan pengalaman sejuk di luar negara...mcm julia tak ada pengalaman langsung utk brg2 cuaca sejuk luar negara...inhaler hurix rupanya...kecik tp bermanafaat rupanya. TQ dear !

    ReplyDelete
  7. Elok sangat tu sediakan payung sebelum hujan, rindu pula nak travel!

    ReplyDelete
  8. Biasa redah ja kalau travel ni sebab travel dekat-dekat ja hahaha.
    Tapi good sharing ni kak.
    Selamat Hari Raya btw! :D

    ReplyDelete
  9. ubat selsema dan ubat demam adalah sangat wajib kan .. saya mesti bawa minyak angin

    ReplyDelete