Friday, 14 July 2017

Sambutan Hari Raya di Tadika

Hari ni playschool FL buat sambutan hari raya. Ni dah tahun ke-2 FL sambut hari raya kat school dia. FL suka aktiviti macam ni. Semangat dia, dari semalam lagi dah bagitau nak pakai baju apa.



Sambutan konsep potluck, so semua orang kena bawak makanan masing-masing.




Aku bawakkan dia kek lapis dari Sarawak (my bff belikan kat Kuching hari tu), kuih semperit my ummi yang buatkan sendiri dan biskut cheese (my bff tu juga yang bagi).

Ok lah, rasa dah banyak dah tu.


Pastu masa nak keluar rumah pagi tadi, dia ternampak kurma kat atas meja, terus cakap nak bawak sebab nak makan kurma kat school nanti. Huhuhu..

FL ni pencinta kurma. Kurma medjool pilihan dia. Dia memang suka makan kurma. Kurma ni dah jadi snack dia, makan sambil tengok tv, atau kalau pergi travel pun aku bawakkan kurma ni untuk kitaorang sekeluarga. So sebab tu lah dia nak bawak gak kurma hari ni. Ok lah, bawak jer, nanti mummy beli lain untuk restock stok kurma kat rumah..

Selamat Hari Jumaat korang.
Selamat berhujung minggu!

13 comments:

  1. FL ada majlis ya...acik PC minta sebiji kurma boleh sayang...hihi...bagus tu,sunnah..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. bagus bila sekolah tadika terapkan konsep potluck ni.. boleh ajar anak2 berkongsi..

    ReplyDelete
  3. Cantik baju raya fl....seronok la dia beraya kat sekolah dengan kawan kawan...teringat zaman sekolah dulu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Seronok dia makan ala2 'buffet', makanan kena ambik sendiri

      Delete
  4. bagusnyaa suka makan kurma.. kalo anak2 buah CT jangan harap. tapi yang lembik2 YuTa tu makan la jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah CT, nasib baik FL suka

      Delete
  5. baguslah suka makan kurma, makanan sunnah. simple je jamuan raya tadika, biskut gery pun ok dah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan Sal. Budak2 ni bukan makan banyak pun

      Delete
  6. comel FL berbaju kurung. Bagus dia makan kurma. jarang budak suka kurma ni. Orang tua pun ada yang tak makan. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah IQ, saya dulu tak makan kurma. Langsung tak suka makan. Sejak kawin baru suka..

      Delete
  7. Ok gak bawak kurma. Selalu orang makan time puasa je. Bagus kecik-kecik suka makan kurma makanaan Sunnah

    ReplyDelete