Saturday, 1 July 2017

Tabung Ramadhan


Masa Bulan Ramadhan hari tu, Pertubuhan Ikram Malaysia ada buat Program Tabung Ramadhan. Program ni adalah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersekolah untuk MENDERMA dengan cara menabung.. Secara spesifiknya, program ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin sebab Sekolah AL-Amin adalah Sekokah kendalian IKRAM.

Apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 22 Oktober 2009. IKRAM adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. (Sumber info dari : www.ikram.org.my)



So, melalui Tabung Ramadhan ni, setiap murid digalakkan menabung RM1 setiap hari sehingga 20 Ramadhan. Duit-duit dalam tabung tu diserahkan pada Cikgu Bertugas dan kemudian Cikgu akan serahkan pada pihak IKRAM.

Pihak IKRAM pula akan menyalurkan duit-duit tersebut kepada umat Islam yang memerlukan diserata dunia. Golongan umat Islam yang dibantu ini adalah termasuk dalam kalangan mereka yang miskin, asnaf, mereka yang memerlukan, fisabillilah, mereka yang berjuang di Jalan Allah.




Bagi aku, program ni baguslah sebab ia mendidik anak-anak kita sejak dari kecil lagi kepentingan MENDERMA dan dalam masa yang sama juga mendidik mereka akan kepentingan MENABUNG.

So, aku rasa kita as a parents pun boleh ajar anak-anak kita kat rumah untuk menabung dan menderma. Bila tabung dah penuh, kita encourage anak kita untuk memberi duit-duit tabungan mereka tu kepada mereka yang memerlukan. Kalau tak jumpa orang miskin atau asnaf sekalipun, duit-duit tu boleh dimasukkan je dalam tabung masjid/surau..

Even kalau bukan Bulan Ramadhan sekalipun, bulan-bulan lain pun boleh dipraktikkan. Practices begin from home..

10 comments:

  1. aah setuju dalam bab mendidik anak kecik menderma tu :) btw camana eh nak join ikram ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadhie, awak boleh join kat website ikram - www.ikram.org.my

      Delete
  2. bagus inisiatif ni..IKRAM ni memang banyak program dia bantu saudara seislam. Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thumbs up to IKRAM Sal. Bukan utk saya... Bagi pandangan saya pun, saya rasa memang bagus inisiatif ni - nak menggalakkan anak2 kecil belajar menabung & menderma

      Delete
  3. Bagus juga IKRAM buat camni..
    Tak silap kat sekolah anak LZ pun ada tabung ni. Arief pernah cerita dia tetap nak wang saku walaupun tak makan during Ramadhan sbb nak derma masuk tabung sehari RM1.. Inilah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah LZ, program macam ni lah kot. Arief sekolah al-amin ya lz?

      Delete
  4. Such a great inisiatif. Semoga amal sedekah mereka dipanjangkan pahalanya. In shaa ALLAH :)

    ReplyDelete
  5. bagus alhamdulillah salah satu inisiatif positif =)

    ReplyDelete
  6. tabung nyer sungguh berinovatif.
    rm1. kalau ramai2 in shaa Allah byk rm nyer.

    ReplyDelete