Monday, 14 August 2017

Pertama Kali Dalam Hidup Tengok Wayang

Semalam, aku bawak FL pergi tengok wayang - Her first movie experience. Since my husby tak ada -outstation. So, aku bawak dia keluar la, at least tak lah bosan sangat duk rumah. Kitaorang pergi kat TGV D'Pulze Cyberjaya, ambik 'Family Friendly Package'.

Family-friendly Package ni ada kat TGV Cinema jer. Tiket masuk RM5 per kid, dan RM 10 utk sorang orang dewasa.

Pakej ni sangat children-friendly. Kitaorang tengok cerite 'The Nut Job 2'.




Sebelum masuk panggung, macam biasa beli pop corn & segala macam makanan. Mula-mula FL takut.. So dia duduk atas riba mummy jer, tak nak duduk kat seat dia walhal seat dia tu berbayar. Dia tak nak duduk sendiri, sebab dia takut. Gelap katanya.. Takut gelap, pastu dewan pulak besar.. Kalau terjadi apa-apa, tak sempat dia nak lari kat mummy.. Tapi last2 dia berani la berjalan sana-sini.



So , seat FL tu jadi tempat letak makanan je lah.

Sepanjang 2 jam cerita, FL tak meragam,tak tantrum, tak bising, dia makan jer dari awal movie sampai habis -makan hot dog.. Pop corn tu dia tak makan pun, mummy je yang habiskan.


Iklan yang disiarkan pun iklan kartun yang sangat sesuailah untuk tontonan budak-budak.

Masa kitaorang pergi semalam, ramai gak yang datang. Bising gak la. Biasalah budak-budak kan suka bercakap dan bertanya.. Pastu hall ni sangat kids-friendly. Kids are free to do what they want including crying, running,jumping and making noise. Tak ada orang marah.

Kalau rasa nak marah, sila lah beli tiket biasa, jangan ambik family package ni.




Cerita 'Nut Job 2' ni memang sangat enjoy. Orang tua pun terhibur apatah lagi kanak-kanak sebab part kelakar. Watak yang paling best ialah watak 'Mr. Feng', si tikus yang pandai kungfu, suara latar Jackie Chan.

Lepas dah enjoy tengok movie, FL pergi bersuka ria kat syurga kanak-kanak - 'Molly Fantastic' (macam Kidzoona kat Aeon) kat dalam D'Pulze. Then, lepas dia dah penat, kitaorang pun balik rumah dengan wajah gembira,pastu dalam phone tak habis-habis cerita kat daddy pasal tengok movie.. First time kan, mestilah seronok.




P/S: Note to FL: My dear, when u're growing up and know how to read,  remembered that the first movie u had watched in your life time was 'The Nut Job 2 :Nutty By Nature'. hehe.. Mummy wont forget this moment. Love u my darl! 

25 comments:

  1. NAMPAK ENJOY SGT FL TENGOK WAYANG BERSAMA MUMMYNYA...PENGALAMAN PERTAMA YG AKAN JADI KENANGANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak pi sebab sudi baca.. Hopefully dia ingat kenangan pertama ni lepas dia baca entry ni. Hehe

      Delete
  2. Tak pernah try lagi tgk wayang TGV yang kids friendly. Macam best jer review filem terbaru ni, boleh la huda bawa anak2 tengok nanti.

    blogwalking here. =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mama huda sebab sudi singgah sini. Anyeay, filem nut job tu mmg best sgt. Enjoy habis

      Delete
  3. Anak saya 1st time dulu nanges meraung dlm wayang. huhuu.. mcm menarik cite The Nut Job 2. kena bawa la gegirls ni p tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul best kak citer tu. Budak2 suka

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. mommy-daughter bonding sangat! 😍😍😍

    ReplyDelete
  6. memang seronok pengalaman pertama bawak anak tengok wayang. Qa'id pun sama. seronok tengok wayang. makan popcorn kemain. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kan.. Org tua pun suka tgk wayang, apatah lagi budak2

      Delete
  7. saya dulu 1st time masuk wayang pun masa lepas SPM je.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu.. Tu namanya budak kuat study. Hehe

      Delete
  8. selalu singgah tgv dekat dpulze cyberjaya tu gak. mana lah tahu kowt2 terserempak. :D

    ReplyDelete
  9. best tak ? rasanya takde kat MBO sini :(

    ReplyDelete
  10. budak budak macam tu la...akan lalui banyak 'kali pertama' dlm setiap fasa umurnya... kita sebagai parent yang kena bersedia handle keadaan.

    ReplyDelete
  11. hehehhe comelnya taknak duduk seat sendiri sebab takut gelap.
    Kalau dia dah reti membaca nanti, show him this entry kak. Mesti terharu dia baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Nanti sy bagi dia baca bile dia dah pandai baca nanti

      Delete