Sunday, 13 August 2017

Pertama Kali Makan Nasi Bambu kat Sungai Klah, Perak

Ni sambungan dari entry percutian aku kat Hot Springs Sungai Klah, Sungkai,Perak last weekend. Sebelum kitaorang gerak balik KL, kitaorang singgah makan tengahari kat Restoren Nasi Bamboo Sungai Klah.

Kalau dah datang Sungkai, rugi tak makan nasi bambu yang famous kat wilayah ni. Ni first time lah dalam hidup kitaorang semua makan nasi bambu...


Nasi bambu ni ialah nasi dalam bamboo (buluh). Nasi ni dimasak kat dalam buluh. Ni makanan tradisional masyarakat tempatan kat sini.. Zaman dulu-dulu kan mana ada periuk nasi,elektrik semua, so diaorang masak dalam buluh, guna bara api.


Restoren selalu penuh. Kalau weekend lagilah penuh.. Nak datang sini senang je. Keluar Plaza Tol Sungkai, terus belok kanan kat simpang traffic light, restoren ni betul-betul kat sebelah kiri roadside..



Parking pun penuh.. Tapi jangan risau, ada je kereta keluar masuk, sure dapat parking walaupun kat tepi jalan..


Ramai giler customer sini. Aku agak meja kat kedai ni ada dalam 50 bijik kot. Tapi tu pun penuh. So kalau penuh tu, tunggu la kejap, nanti ada lah tempat kosong. Sabar je.

Makan kat sini konsep layan diri.


Pilih je nak lauk apa, pastu terus bayar. Ada macam-macam jenis lauk untuk dipilih. Minuman pun ada macam-macam. Ada ABC, Cendol, Air Kelapa, macam-macam lah. Semuanya layan diri..


Inilah rupa nasi bambu bila dah letak lauk semua... OK lah. Aku tekak melayu, jadi sedaplah.. Highly recommend la tempat ni kalau korang nak rasa nasi bambu..

Lepas habis makan, kitaorang terus shoot balik KL..

4 comments:

  1. Tak pernah pegi sini lagi tapi sungguh selalu ramai orang. Selalu lauk kedai macam ni memang sedap. yang kat tasik raban pon besar macam ni and ramai orang. lauk kampung biasa tapi sedapppppppppppp.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  2. Wow ramainya orang.. confirm sedap ni tengok lauk2 Tu alahaii

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak.. busyra tak penah makan nasi ni.. teringin jgkk

    ReplyDelete