Wednesday, 11 October 2017

Tak Boleh Telan Kimchi

First time aku jejakan kaki di Korea Selatan ialah masa aku Form 4. Masa tu aku ke sana dengan kawan-kawan, join World Taekwondo Festival. Memang Korea Selatan ni tempat asal usul taekwondo dan mana-mana atlit taekwondo yang betul-betul cintakan sukan ni, memang akan pasang angan-angan nak menjejakan kaki ke Korea Selatan ni. 

Masa tu - first time aku pergi Seoul, first time pergi ke Kukiwon, dan first time tahu apa itu KIMCHI.

 https://www.bbcgoodfood.com/sites/default/files/styles/recipe/public/recipe_images/cropped-kimchi.jpg?itok=IDG9W1kh

Seriously ni, sebelum tu aku tak pernah ambik tahu pasal makanan Korea, apa segala pasal Korea semua aku tak tahu lah. Aku cuma tahu bahasa Korea je sikit-sikit. Masa tu Korea tak lah sefamous sekarang. So, kalau sebut pasal Seoul - orang akan tak pandang pun..Apatah lagi kalau nak sebut pasal Jeju ke Busan ker - lagilah orang tak tahu...

Masa tu belum lagi Drama Winter Sonata masuk Malaysia. Autumn in My Heart lagi lah tak wujud. Nami Island pun orang tak pandang masa tu. Masa tu mak-mak jemah kat  Malaysia duk gilakan drama Jepun. Tapi aku pun tak layan drama Jepun.. hahahahahaha...

Masa pergi sana, time makan memang ada dihidangkan KIMCHI. Pagi petang siang malam ada kimchi. Kimchi ni sayur. So, baguslah makan sayur. Dah hidang depan mata siang malam pagi petang, aku pun nak gak lah cuba. First time sumbat kimchi masuk mulut, aku nak termuntah.. bluueekkk..

Kali ke-2, tetap sama. Aku tak boleh telan kimchi tu. Rasa dia masam.. huhuhu. Aku tengok kawan aku selamber je telan kimchi tu.. So, since then, aku dah tak sentuh kimchi dah..sampailah sekarang aku tak pernah lagi sentuh kimchi. Fobia!

http://d3pah2c10lnl36.cloudfront.net/sura_wp/wp-content/uploads/2015/10/SUra-Korean-Cuisine-Koreas-Greatest-Food-Kimchi-Blog.jpg


Sekarang ni, banyak restoren Korea tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat Malaysia ni. Aku ada lah try satu dua, tapi tak boleh masuk la ngan tekak aku. Tapi setakat nak lepak-lepak, chit-chat ngan kawan-kawan , boleh je aku lepak... Tapi untuk kimchi - seriously NO! Walaupun skrang dah ada kimchi yang telah diadunkan dengan bahan-bahan lain supaya kena dengan lidah Melayu - aku tetap tak boleh! hehe

But, Aku salute la pada orang Melayu yang boleh makan kimchi ni... Gua tabik spring la beb..

7 comments:

  1. Huhuu mama pun X boleh telan kimchi ni

    ReplyDelete
  2. saya suka kimchi tapi tak semua. macam kalau kimchi dekat dubuyo dan seoul garden mmg suka sangat. sebab ada setengah kimchi sedap ada yang tak

    ReplyDelete
  3. Sy pun tak tahu camana terjebak dengan kimchi ni, but for me, sy rasa kimchi ni mcm makanan sihat sbb adunan dia pun dari paste lada bgtu, bila makan dia rasa mcm masam2 skit. hehe. sedap boleh la telan utk bukan penggemar sayur mcm saya hehehe

    ReplyDelete
  4. busyra tak pernah rasa nak rasa kimchi ni.. sbb busyra makanan korea kurang sikit. ada sesetngah ja yg boleh telan.. kalau ke sushi king pun makan nasi dia ja..

    ReplyDelete
  5. Masam nau ye? Akak belum pernah rasa lagi

    ReplyDelete
  6. tak pernah rasa lagi kimchi. dok dengar orang kata sedap sedap, tapi takde perasaan nak cuba pun haha

    ReplyDelete
  7. Kimchi wajib order kalau ke mana restoran2 korea. Suami Ana yg tak reti makan makanan korea pun boleh jatuh suka. Bagi ana kimchi sedap bila makan dgn nasi panas2. Tp masa ke jeju tahub lepas, ana try kimchi dekat sana. Tak boleh nak masuk sebab rasa dia lain. Tp Kimchi di seoul sama macam dkt restoran korea di Malaysia. So boleh telan byk2. Hehe

    ReplyDelete