Thursday, 2 November 2017

Susah Nak Travel Dengan Anak Kecil??

Dulu-dulu masa aku belum kahwin , aku selalu duk dengar orang-orang tua (orang dah kahwin) cakap :

'payah nak berjalan ngan anak kecik ni'. 'Banyak barang nak kena bawak', 'susahlah nak usung stroller kesana-sini', 'susahlah bila anak buat perangai (meragam)', 'susahlah bila anak nak tidur', 'susahlah nanti anak nak makan'. 

Walaupun banyak keluh resah aku dengar pasal travel dengan anak kecik ni, aku tetapkan bulatkan hati - 'one fine day, kalau aku ada anak, aku nak bawak anak aku tu travel kemana saja'. - Sebab aku rasa bila bawak anak pergi travel, bonding antara kita dengan anak akan jadi lagi kuat dan rapat sebab kita masa travel, kita akan bagi sepenuh perhatian pada orang yang berada disekeliling kita especially pada anak-anak.



Dan Alhamdulillah, aku berjaya tunaikan hajat hati aku tu. Sejak baby dalam perut lagi, aku dah bawak FL travel. Masa babymoon, aku travel ke Europe. Seawal usia FL 3-bulan, FL ke Melbourne. Boleh baca entry tu KAT SINI. 

 Ni masa first time dia travel

Sebab apa aku berani bawak anak aku yang masih kecik tu pergi melancong? Sebab masa aku bujang dulu, aku tengok Mat Saleh rilek jer bawak anak-anak diaorang travel merata dunia. So, kalau diaorang boleh buat, why not me? 

Sebelum berangkat ke Melbourne, memang hari-hari aku study macam mana nak travel dengan baby - banyak baca blog dan tengok Youtube - baca banyak TIPS pasal Travel dengan baby. Apa yang perlu dibawak , apa yang perlu diprepare, etc.

Alhamdulilah, the trip was smooth. FL tak meragam. Even sampai sekarang pun, FL tak meragam / tantrum bila waktu travel. Dia cuma get tantrum masa kat rumah jer (agaknya sebab bosan kot tak keluar rumah). 

Macam mana kalau baby/kids meragam masa travel?? - Jawapannya ialah - korang kena prepare dulu baby tu sebelum berlepas. Seminggu sebelum travel, dah bagitau baby (even masa tu baby belum boleh bercakap lagi, tapi InshaAllah diaorang boleh faham apa yang kita cakap) yang korang akan pergi melancong jauh , nak naik flight. So, talk to your baby -  'please behave when you are on board and when you reach at the destination. Dont ever cry or make me angry, if you do it so - u will never  have a chance to travel again after this'. 

 Dalam flight, dia tidur je. Minum susu - tidur -minum susu - tidur.


My husband and I always repeat that sentence to FL before she travel to Melbourne 3 years ago. And Alhamdulillah, dia langsung tak menangis dan meragam masa dalam flight & masa kat Melbourne tu. Alhamdulillah bersyukur sangat. So, dia ada chance untuk travel ke tempat lain pulak.

So, kalau orang kata travel dengan anak kecil ni susah, bagi aku tak susah. Cumanya, ada banyak cabaran. Yang penting, kita sebagai parents kena prepare dulu mentally sebelum travel tu. Dan prepare keperluan dan kelengkapan baby sebaik mungkin sebelum travel. Dan yang penting, mummy or daddy kena banyak bersabar dan always think positive. 

Kalau korang fikir susah, akan susahlah jadinya. Kalau korang fikir senang, senanglah jadinya. Kalau korang fikir nak usung stroller kesana-sini tu susah, maka end up ia akan jadi susah. Kalau tak fikir tentang kesusahan tu, and just fikir nak enjoy je masa travel nanti, InshaAllah korang anak-beranak akan enjoy trip tu nanti. And even, korang akan rasa seronok tahap dewa, rasa nak travel lagi lepas tu, nak bawak anak pergi negara lain pulak. Percayalah! Inilah yang korang akan rasa.

So, nasihat aku, sebelum travel , banyakkan baca TIPS-TIPS Travel dengan Baby / Toddler / Kids . InshaAllah, korang nanti boleh prepare mental korang untuk travel nanti.


ANTARA TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL

So, untuk menjawab persoalan-persoalan parents sebelum ni tentang travel. Ni antara jawapan aku (ni based on my experience jer, lain orang lain experience nya) :

'payah nak berjalan ngan anak kecik ni' - Tak payah kalau korang sentiasa berfikiran positif. Word Payah tu tukar kepada CABARAN. Lebih banyak Cabaran, lebih banyak yang korang akan belajar.

'Banyak barang nak kena bawak' -  Bawaklah beg besar yang boleh sumbat semua benda. Diapers beg pun carilah yang travel-friendly. Aku suka bawak diapers bag yang jenis bagpack. Aku guna jenama JUJUBE - BE Right Bag. So, senang gantung kat belakang, 2 tangan lagi boleh pegang anak.

Ini stroller & diapers bag yang aku guna bila travel - Aprica Flyle Stroller & Diapers Bag Jujube - Be Right Back.

'susahlah nak usung stroller kesana-sini', - Carilah stroller yang ringan ( 5 -6 kg) dan senang nak fold. Boleh baca TIPS tu KAT SINI.

'susahlah bila anak buat perangai (meragam)', - Anak tak buat perangai kalau dia tak letih dan tak lapar. So , pastikan waktu makan dan nap dia dijaga. Bila tiba waktu makan tu, stop dan bagi dia makan kenyang-kenyang. Kalau tiba waktu nap pulak, bagi dia nap dalam stroller.

 'susahlah bila anak nak tidur', - Bila dia nak tidur, bagi dia tidur dalam stroller. So, bawaklah stroller yang boleh recline habis supaya anak selesa untuk tidur.

'susahlah nanti anak nak makan'. - Makanan HALAL diluar negara memang agak susah nak cari especially di negara yang tak ramai Muslims. So, mummy or daddy kena bawak bento makanan untuk anak bila keluar berjalan. Sediakan makanan kegemaran si anak sebelum keluar dari hotel. So, you have to bring some of the food from your hometown. Macam aku, aku wajib bawak spageti dan macaroni dari Malaysia sebab FL suka makan pasta. 

Itu jelah yang aku boleh tulis hari ni. Nanti Inshallah (kalau aku rajin), aku share lagi TIPS-TIPS travel lain. So, hopefully, perkongsian dari aku yang sedikit ni dapat membantu korang untuk rasa selesa bila nak bawak anak kecik pergi berjalan.  *Peace . XOXO

7 comments:

  1. sebenarnya kalau ajar dari kecik .. budak tu pun pandai adjust kan.. yg penting ajar dia apa yang dia patut tgk bila travel.

    ReplyDelete
  2. Saya mmg respect orang yg travel bawak anak kecil ni. Harap kalau ada anak nanti sy mampu buat gitu.nanti kena tanya kak dp la tips. Hehehe.

    P/s: x apa travel ngan budak kecik dari dengan kawan yang perangai bebudak. Rasa nak cepuk je. Haha

    ReplyDelete
  3. Kan....siyanlah pulak, bila anak kena tinggal, kita syok syok jalan..
    Hihi...nasib FL sporting, agaknya sebab dah biasa travel sejak dari dlm perut..

    ReplyDelete
  4. menarik tips. bgs gak utk masa depan..

    ReplyDelete
  5. Saya pun kerap travel with kids! Cabaran yessss memang mencabar especially masa atas plane. Haha. The furthest was gi Umrah la... Huih mencabar.. saya bawa 2 orang anak :D

    ReplyDelete
  6. good read here. ray follow sini. #234
    jom followback

    ReplyDelete
  7. setuju dgn DP, nak bawa anak travel, kita as a parents memang kena rajinkan diri buat research how to travel with kids ... dah nama pun travel, mmg byk la brg kena bawa kan ... tak susah mana pun nak travel dgn anak, asal kita bersedia fizikal mental ...

    ReplyDelete