BENTAN Masa Dalam Pantang

by - Wednesday, January 31, 2018

Jujurnya, Sebelum ada anak, aku tak pernah dengar pun perkataan 'BENTAN'. Masa family aku bersalin dulu-dulu pun tak pernah pun dengar diaorang duk sebut perkataan 'bentan' ni. Even Arwah Tok Wan dulu pun tak pernah sebut perkataan 'Bentan'. Maybe istilah yang digunakan oleh orang Terengganu lain kot.
 
Masa aku bersalin anak sulung , FL 4 tahun dulu, itulah pertama kali aku dengar perkataan ni. Kawan aku dan CL (confinement lady) duk cakap - 'jaga diri baik-baik masa pantang ni, nanti takut BENTAN'. Adduuss.. First time dengar tu, aku duk garu-garu kepala - 'apa ke bende tu?'. eerrrmmm

FL masa dalam pantang dulu


Nak gugel, memang tak de mood nak pegang handphone langsung. Tanya lah kat kawan-kawan , diaorang cakap 'bentan tu langgar pantang'. errmmm.... lagilah kepala aku bingung duk pikir ... Last skali, malas aku nak fikir apa ke benda tu.

Sampailah pada 1 malam, aku kena demam. Masa tu aku kalau tak salah baru seminggu kot aku berpantang. Demam tu sebab aku duduk dalam toilet lama sangat sebab terkena cirit-birit (dek makan laxative - untuk elakkan sembelit) jam 9 malam. Habis basah seluar semua. huhu.

Sejam lepas keluar toilet, aku demam. Aku ingatkan sama jer demam macam orang normal lain. Tapi Subnallah!! Tak sanggup dah aku kena demam macam tu... First time seumur hidup rasa macam tu.

Rasa demam tu menggigil teruk sangat sampai rasa ke tulang-tulang. Orang kata sampai rasa ke tulang hitam, tapi aku pun tak tahu tulang aku warna apa.. Kalau duk tengok gambar-gambar anatomi badan manusia, nampak tulang kita ni warna putih jer, tak pernah nampak tulang warna hitam. Tapi aku bukan doktor, jadi tak penting aku nak tahu tulang aku warna apa.. errmm.

Menggigil tu pulak dia datang macam contraction nak beranak, datang kejap, pastu hilang. Pastu datang balik - then hilang. huhuhu... 

Masa tu aku dijaga oleh CL, aku panggil dia. Then, dia bagi aku panadol. Alhamdulillah, lepas makan panadol, demam tu sembuh bit by bit. Tapi yang penting dah tak menggigil bila makan panadol tu. huhuhu..

Ini my-to-do-list masa preggy FL dulu. 
Tahun ni tak ada to-do-list, checklist hanya lebih pada study jer..
Aku pun dah lpa apa benda yang kene 'copy-paste' tu. hahahha


Taubatlah, aku dah tak nak rasa 'demam' tu lagi. Rupanya itu lah BENTAN.. huhuhu.. 

Masa check-up post natal, aku bagitau kat doktor yang aku demam masa dalam pantang, dia cakap "kenapa tak terus ke hospital masa tu?". Aku tak terfikir pulak nak ke hospital masa tu, sebab aku rasa itu demam biasa jer - takut nanti hospital tak nak terima kes orang demam ni. 

Apa-apa pun, lepas ni nak berpantang lagi, ingat-ingatlah :

- jangan duduk dalam toilet lama-lama.
- jangan makan / minum benda sejuk
- jangan tidur dalam airkond atau dalam suhu yang sejuk
- jaga makan dengan sebaik-baiknya.

You May Also Like

9 comments

  1. wanita lepas bersalin mmg kena jaga semua tuu..elak bentan hehe

    ReplyDelete
  2. Comelnya baby FL.. bentan adalah perkara yg amat ditakuti ibu berpantanng kan. tq for sharing info ni

    ReplyDelete
  3. seksanya nak kena pantang semua nih.. fuh..

    ReplyDelete
  4. wahh terima kasih bagi ilmu ni.. doakan yg tbaik untuk yanie jugak tau..

    ReplyDelete
  5. owh tak leh duduk dalam bilik air lama2 yer?
    sebab sejuk kan?

    ReplyDelete
  6. penting nya pantang ni kan. tak mau la bentan sampai tak tertengok baby

    ReplyDelete
  7. tula nasib ayu dulu tak merasa bentan
    tapi demam bengkak susu pon sakit juga ktauu

    ReplyDelete