Monday, 15 January 2018

Kalau Bercuti di Johor Bharu, Wajib Makan Kacang POL

Sebarang percutian tak kan lengkap kalau tak makan-makan local dish tempat tu. Kalau pergi eijing, wajib cari Peking Duck, kalau pergi Terengganu, wajib makan Nasi Dagang, kalau pergi Sarawak, wajib makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak. 

So, kalau pergi Johor Bharu, wajiblah makan Kacang Pol dan Murtabak Cheese. 

Hari tu masa bercuti kat Johor Bahru masa krimas hari tu, kitaorang pergi lah terjah Restoren Kacang Pol Haji yang sangat famous kat JB ni. Google jer kat mana lokasinya. Zaman sekarang tak susah.

Honestly, aku tak pernah pun rasa kacang pol sepanjang aku hidup kat dunia fana ni. Ni lah first time aku makan. Alhamdulillah! Tak mengecewakan. Sangat Sedap (Thumbs-Up).

 Ni kedainya - Kacang POL Haji

 Semangkuk RM 5 jer - siap sekali ngan roti. 

Ada perisa ayam/daging (lembu)/kambing

 Tak ingat dunia dah makan. Kalau tak boleh makan kacang pol ni, kat sini ada lagi makanan-makanan lain, so, korang tak yah risau kalau ada kawan/ family yang allergik makan kacang

 

 Dekorasi dalaman kedai ni


Murtabak Cheese pun makanan wajib yang kena cuba kalau berkunjung kat Johor. So, kitaorang pun ada jugak tapau murtabak cheese hari tu. Tapau jer, tak makan kat kedai. Murtabak cheese tu kitaorang beli kat depan masjid. Masjid apa, lupa ntah namanya. hihihihi (banyak sangat makan semut).

 Murtabak cheese ni, secara jujurnya kena makan masa tengah panas-panas tau. Kalau dah sejuk, dia tak rasa sangat 'uuummmppphh' dia tu.

So, kalau korang pergi JB, jangan lupa tau makan Kacang Pol dan Murtabak Cheese ni. Nani entry lain, aku share makanan lain pulak yang kitaorang makan masa kat JB hari tu.

3 comments:

  1. dulu masa Ros di Jb, kerap juga makan kacang pool dan murtabak cheese. hihi. kacang pool bomba Larkin dan murtabak di kampung melayu.. sedapnya!

    ReplyDelete
  2. syoknya. tak pernah lagi makan kacang pol. selalu tengok dalam gambo je. hehehe

    ReplyDelete
  3. itulaaaa famous kat Johor tapi ceq tak penah sampai area sini lagi x dapat nak merasa yang sedap kat sana tu. isnyallah one day =D

    ReplyDelete