Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 2 : Labour Room

by - Tuesday, April 24, 2018

Sambungan dari entry - " Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 1 : Hari-Hari Sebelum Bersalin ".

Jumaat (9 Mac 2018) - 37 minggu 5 hari
Masa buat VE oleh Dr.Zalina, cervix dah terbuka 4cm. Dr Zalina cakap aku dah kena masuk labour room, tapi aku mintak nak masuk 2 jam lagi sebab nak g lunch dan solat dulu. Aku request kat Dr yang aku nak epidural.  Pastu aku tanya Doktor jam berapa agak-agaknya aku akan bersalin. Pastu Dr buat birth plan.


Kata Dr, mula-mula ambik epidural, pastu masukkan pitocin, pastu masukkan antibiotik (sebab aku ada GBS), mungkin dalam jam 10 malam akan bersalin.


Aku masuk labour room jam 4 petang. Aku siap-siap solat jamak Zuhur & Asar sebab nanti bila dah ambik epidural dah tak boleh turun katil.

Labour room bilik no.3 Hospital KPJ Ampang Puteri
Masa tu aku tak rasa sakit contraction lagi. Just rasa macam period pain biasa-biasa jer.

Masuk ke labour room, buat ctg dulu, pastu nurse bagi ubat buang air besar. Ubat tu dimasukkan kat bontot. Lepas masukkan ubat tu, aku terus rasa nak membuang. Tak tahan ooooo. Rasa macam cirit-birit. So, cepat-cepat aku beralan masuk toilet. Nasib baik toilet dalam bilik jer.


Masa buat ctg tu, nampak contraction (through bacaan dari ctg) datang setiap 30 minit.

 
 Ini alat-alat untuk menyambut kelahiran baby


Dalam jam 7 macam tu, nurse datang kata Dr.Zalina cakap yang dia masih dalam OT selesaikan kes bersalin czer seorang patient dia. Dah 3 jam operation tu masih lagi belum selesai. So, Doktor cakap labour procedure tak dapat dibuat malam ni. So Dr proceed untuk akubersalin esok pagi. Anaest, Dato' Dr.Azhar akan datang jam 7 pagi masukkan epidural.

Jadinya, malam tu aku tidur dalam labour room.Nasib baik boleh layan TV dalam bilik ni. Siap boleh layan cerita Angelina Jolie.


Sambil layan TV, sambil baca Surah Maryam. So, x de lah rasa bosan. Aku suruh En.Suami balik tido rumah. Sebab kat rumah lagi best tido atas katil. Aku tak sakit sangat masa tu, tu sebab aku confident suruh en.suami balik rumah, teman Kakak FL. Kalau tetiba sakit, anytime jer dia boleh datang. 5 minit jer drive ke rumah.


 Benda wajib yang dibawa masuk labour room - air kosong, quran & kurma.

Dinner kat dalam labour room

Kalau bosan sangat, aku buat squat, buat jalan itik keliling katil. Nak keluar dari bilik ni segan, sebab ada juga lelaki-lelaki (suami-suami pesakit lain). So, mampu jalan-jalan keliling katil je la.


Jam 9 malam, Dr Zalina datang bilik pakai baju OT. Kesian sangat aku tengok dia. Macam penat sangat-sangat. Mana taknya, lama berdiri kat OT tadi.  Pastu Dr kata :

 "Esok, masuk Subuh awak terus solat tau, pastu nurse masukkan drip (sebab nak masukkan epidural), then jam 7 pagi, Dr Azhar datang terus masukkan epi, mungkin jam 10 - 11 pagi awak akan bersalin".
Dr Zalina seorang yang sangat well-planned. Dan realitinya pun, urusan bersalin aku tempoh hari memang ikut sebijik perancangan Dr Zalina. 

Dr tanya siapa paed yang aku nak? Masa tu aku langsung tak study pasal paedtrician Ampang Puteri. So aku blurr. Aku cakap nanti aku akan bagi jawapan.

After 10 minutes, aku bagitau nurse yang aku nak Paed Melayu. So, nurse assign Dr.Nomee Ashikin sebagai Paed Baby FL. Alhamdulillah, Dr.Nomee tu sangat-sangat baik dan cakap pun lemah-lembut jer. 

 The hallway of labour room. Kat KPJ Ampang Puteri ni, ada 6 bilik bersalin.

Jam 9.30 pm -  Bacaan contraction pada CTG tunjuk contraction datang setiap 5 minit. Tapi aku masih tak rasa sakit lagi. Tapi cuma kerap kencing, setiap 10-15 minit.


Jam 12 malam, nurse datang tanya 'OK tak?'. Aku cakap 'rasa sakit ni'. Masa tu aku rasa sakit macam segugut yang teruk tu, tapi still boleh bertahan. Contraction tu pun aku tak rasa lagi. Cuma rasa segugut teruk tu je la. Maksud aku, contraction yang datang sekejap-sekejap pastu hilang, pastu datang balik. Masa ni aku kencing lagi kerap, setiap 5 minit.

Pastu Nurse call Dr Zalina bagitau yang aku sakit. Then dia tanya nak tak pain killer? Pain killer yang cucuk kat bontot sebelum datang epidural pagi esok. Aku cakap tak nak, sebab boleh bertahan lagi sakitnya.

Jam 12.30 malam -  aku tido.
 
I love writting. Sempat buat nota ni sebelum tido

Sabtu (10 Mac 2018)

Jam 4 pagi aku tersedar sebab dengar bunyi bising, ada ibu menjerit kat bilik sebelah nak beranak. Pastu terus aku tak boleh tido dah. Nurse datang buat VE, masa tu bukaan cervix masih lagi 4 cm.

Masuk je Subuh, aku terus mandi dan solat.  Lepas solat, nurse masukkan ubat buang air besar lagi. Pastu terus je aku macam cirit tak tahan nak membuang. Then, masukkan drip air. En.Suami sampai sebelum jam 7 lagi. Anaest, Dr.Azhar sampai jam 7.30 pagi untuk cucuk epidural.

 
Mesin Epidural. Aku sejenis yang tak tahan sakit. Sebab tu aku request epi.

Lepas masuk epi, masukkan pitocin (ubat induce yang melalui tangan untuk cepatkan bukaan cervix). Nurse buat VE, masa tu cervix aku 5 cm.

Jam 10 am, buat VE - bukaan cervix naik ke 6cm. Jam 10.50 am - bukaan cervix 9 cm. 

Pastu, jam 11 am, cervix masih lagi 9cm. Midwife datang tanya 'ada rasa contraction tak?', aku cakap tak rasa. Pastu dia tanya 'ada rasa berat tak kat bontot?' aku cakap 'Tak'.  Tapi aku rasa gatal merenyam kat badan aku. huhu. Tak tahan gatal tu.. 

Aku bagitau nurse yang aku rasa gatal. Pastu nurse call Dr Azhar. Then, Dr suruh inject ubat gatal kat bontot. Aku rasa tu ubat eczema kot sebab penangan mengantuk dia YaAllah! Macam rasa makan pil tido. Aku tahu ubat eczema mengantuk giler sebab ku pernah makan dulu-dulu.

Masa tu aku duk dengar-dengar bilik sebelah duk menjerit. Aduss lagi cuak aku bila dengar orang duk menjerit. Tak salah aku, masa tu ada 2 bilik lagi bersalin masa tu.

Jam 11.30 am (kot), bacaan jantung baby kat CTG tak cantik. Midwife datang tengok, then dia terus kata 'ni kena vakume ni.. sebab baby dah terbelit tali pusat', pastu dia berlari pecut 100m gi call Dr Zalina. Masa tu Dr. ada kat bilik dia.  Dan masa tu jugak aku rasa mata aku tak boleh nak bukak. Mengantuk Ya Rabbi.. Tapi paksakan jugak untuk buka.

Macam kilat Dr Zalina dah sampai kat dalam bilik aku. laju giler. Agaknya Dr pun pecut 100m macam Usain Bolt kot.

Pastu terus Dr suruh aku push sekuat hati. Cubaan pertama push, Dr tepuk tangan sambil cakap 'bagus'. Pastu dia terus push lagi. Dr cakap 'awak push macam awak sembelit teruk'. 

Masa tu aku mengantuk giler. Pastu kena 'push' pulak. Aku rasa macam nak putus nyawa, tak cukup oksigen. Aku pun tak sedar berapa kali aku push, sedar-sedar, baby dah atas perut.  Ya Allah!, Terus aku menangis, tak sangka sekelip mata jer terlihat baby yang aku kandung selama ni.



Alhamdulillah, bersyukur Ya Allah. Baby selamat dilahirkan pada jam 12.26 tengahari. Nama diberi - Nur Farah Leeya yang membawa maksud Cahaya Kegembiraan & Sangat Mulia. 

Dr. Zalina suruh aku berehat dulu kat  dalam labour room untuk 3-4 jam. Then, jam 5 petang, aku ditolak masuk maternity ward. Masa tu aku rasa mengantuk lagi. Ya Allah! kuatnya penangan ubat gatal tu. Jam 8 malam, baru penangan mengantuk tu hilang & masa tu baru aku dapat mandi. 

After all, I'm blessed! Thank you Allah!

And thank you for reading as well.

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah syukur....syukur...syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur. alhamdulillah. kurniaan yang tak ternilai

      Delete
  2. Seronok baca pengalaman DP, lain ibu lain pengalaman... Mcm mrs pip dulu, 2nd baby bukaan dah 8cm, tp perut tak reti nak mengeras .. Lembut jer, so nak push pun tak dpt .. End up masuk ubat la juga baru dpt push baby ... Counting my weeks till August for 3rd baby ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah mrs pip atas kelahiran your new borm

      Delete
  3. alhamdulillah..tahniah sis..semoga sy pun dpt merasa pengalaman tu nnt..amin2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. saya doakan yang terbaik untuk awak

      Delete
  4. salam, tahniah di atas kelahiran baby kedua 🤗 . nak tanya, sy skrg pn tgh pregnant anak kedua, n tgh survey2 hosp bsalin.boleh bgtau brp kos u bsalin kat sini ye? y stay brp mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya stay 2 malam kat sini. semalam di labour room dan semalam lagi di ward. Hari tu saya bayar RM6k

      Delete