Antara Pengasuh atau Taska?

by - Wednesday, July 04, 2018

Terpalit dengan kisah sedih adik Adam Rayqal pagi ini mendorong aku untuk menulis entri ini. huhu. Sedih sungguh. Air mata aku jatuh berkali-kali ketika mana membaca kisah tentang Allahyarham Adik Adam ni. 

Adam Rayqal, 1 nama yang sangat cantik. Nama ahli syurga. Adam sebaya dengan anak kedua aku - Leeya. Bila baca tentang Adam, aku teringat Leeya, Ya Allah! Pilunya rasa. Macam manalah kalau 'perkara itu' terjadi pada anak aku sendiri. huhu..


Leeya. Kini dah berusia 4 bulan


Allah menurunkan ujian seiring dengan kekuatan kita. Aku yakin Allah swt lebih mengetahui yang Ibu dan Ayah Adam KUAT untuk menghadapi dugaan hebat begini. Semoga kalian suami isteri tabah dengan ujian ini. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita berserah.

Hasil carian imej untuk adam rayqal
Moga damailah kamu di sana sayang. 


 Antara Pengasuh dan Taska? Yang mana satu yang terbaik?

Sebenarnya dua-dua ada pro and cons. Tidak ada yang perfect dalam dunia ini. Depends pada pilihan masing-masing mana satu pilihan kalbu.  

Leeya sekarang aku jaga sendiri di rumah. Aku buat kerja sambil jaga dia. Bila time menyusu, aku susukan dia atas riba aku, sambil jari-jemari runcing aku menekan keyboard.  Lepas dia susu, dia terus tidur. Leeya tak banyak ragam lagi sekarang. Sangat senang nak jaga dia. Mommy pun tak pening-pening serabut kalut antara nak buat kerja dengan jaga anak. 

Aku cadang nak jaga sendiri Leeya sampailah dia umur setahun. Tahun depan, bila genap umur setahun, antar dia masuk playschool  atau aku terus je jaga dia sendiri sampai dia besar. Tengoklah macam mana nanti.

Sekarang ini rezeki aku boleh jaga anak-anak sendiri. Tapi untuk ibu-ibu berkerjaya yang lain macam mana? Pasti berat kan nak buat keputusan untuk tinggalkan anak pada orang lain.

Antara Taska atau babysitter? Kalau ikutkan pengalaman aku sebelum ni masa Kakak FL dulu, aku prefer untuk pilih taska. Sebab apa taska?


Ada Pengalaman Buruk dengan Babysitter.
Masa umur Kakak FL 3 bulan, aku start antar FL pergi rumah pengasuh (babysitter). Mula-mula antar 2 kali seminggu, lepas umur dia 7 bulan, aku start antar 5 kali seminggu Isnin-Jumaat. Babysitter ni kawan aku yang recommend sebab dia pun hantar anak dia kesitu. Kiranya, nanny tu OK sangat lah sebab dah mengasuh anak-anak kawan-kawan aku sendiri sejak dari anak sulung lagi.

Aku pun nampak nanny ni OK. Anak-anak cukup makan-minum, bersih, mandi semua OK. 
 
 Kakak Fl masa umur dia 8 bulan tak silap


Cuma aku tak suka cara nanny ni jaga aurat dia dan keluarga. keluar ke halaman rumah tak tutup aurat, anak-anak gadis perempuan dia pun dibiarkan pakai seluar pendek paras peha di luar rumah. Anak bongsu pulak (sekolah rendah) asyik berdamping dengan ipad/handphone melayan game. 

Tapi itu hal diaorang, mana boleh kita nak orang ikut cara kita kan? Kita sendiri pun hidup tunggang-langgang, buat salah itu-ini. So, kita kena redho lah dengan segala kekurangan dia. Asalkan dia jaga anak kita dengan baik cukuplah kan??

Keadaan semua OK, sampailah pada satu saat di mana keluarga Nanny ni diuji Allah swt. Suami Nanny tu diserang penyakit jantung. Antara serangan sakit jantung atau jantung berlubang, aku pun tak pasti. Tapi suami nanny tu selalu keluar masuk hospital. Bila suami sakit, keluarga ni menjadi kehilangan punca rezeki yang selama ini ditanggung oleh si suami. 

Dan, bila selalu keluar-masuk hospital, Nanny tadi terpaksa 'bercuti' dari menjaga anak-anak asuhan sebab terpaksa menjaga suami di hospital. 

Bila nanny 'bercuti', aku pun terpaksa lah 'cuti' jugak sebab nak jaga FL. Selalu sangat cuti ni sampai kerja aku terjejsa. huhu..

Then, lebih mengeruhkan keadaan (aku rasa mungkin disebabkan tekanan emosi), nanny ni start 'marah-marah' anak aku. Mana aku tahu? Instinct aku yang bagitau. Sebab bila setiap kali ambik Kakak FL dari rumah tu, Nanny tadi cerita kat aku yang FL duk menangis-nangis, pastu dia kata Kakak FL tak nak makan, kena marah pun tak nak makan ( mungkin dia tak sedar yang dia cerita yang dia marah anak aku). Bila dah tak nak makan - 'lantak engko lah', kata nanny.

Apa perasaan korang bila dengar cerita macam tu dari mulut babysitter sendiri?

Aku masih sabar . Ok lagi.


Bab susu pulak. Kakak FL fully breastfeed. Dia minum susu EBM jer. Mula-mula masa nak antar Fl kesitu, nanny tu cakap dia terima EBM, dia dah biasa handle EBM. Tapi bila dah 2-3 bulan antar, dia duk asyik push aku top-up ngan formula milk. Ko rasa apa perasaan aku? 

Aku pun 'tanya-tanya' lah kat kawan aku yang antar anak dia ke situ. Pastu kawan aku kata 'Kakak X tu sebenarnya tak suka sangat baby minum susu Ibu. Sebab susah katanya nak jaga EBM. Tambah pulak nanny tu (ada 4 orang anak)  tak pernah bagi susu ibu kat anak-anak dia sendiri dulu, semua bagi susu formula. So, kita pun boleh faham lah kenapa dia tak support sangat breastfeeding ni. 

 Stok EBM masa Kakak FL dulu

Patutlah berat badan FL tak naik-naik sejak antar Fl ke rumah situ. Kalau naik pun, naik sikit jer. Aku pun hairan. Nak kata FL tak minum susu, habis jer susu hari-hari. Rupanya susu EBM tu dia panaskan awal-awal. So, susu yang dah dipanaskan diberikan pada anak selepas habis tempoh masa susu tu (dalam masa 1 jam). 

Kalau EBM diberi selepas 1 jam lepas dipanaskan, zat semua dah hilang. Patut ler, anak aku FL tak naik-naik berat badan sebab dia seolah-olah minum air kosong jer. huhu..

Keadaan menjadi makin teruk bila mana Kakak FL langsung tak nak duduk situ. Masa antar pagi dia menangis.. Tapi aku biar je dia menangis sebab kusangka biasalah ragam anak-anak - drama sinetron pagi-pagi. Masa tu umur Kakak FL 11 bulan kot. Masih mengesot dan tak boleh bercakap.


Masa ambik dia, aku tanya lah ' lama tak dia nangis pagi tadi?', pastu nanny tu cakap lama jugak, dalam 3 jam.  Oh 3 jam.

Esoknya, masa nak naik kereta dari rumah. FL nangis dah siap-siap. Seperti memberitahu yang dia tak nak ke sana. Hati aku pilu tengok dia menangis, tapi ku gagagkan jugak sebab sangka ku ' drama sinetron pagi-pagi. masa antar FL ke situ, FL tak nak lepas dari aku, dia pegang tangan aku kuat-kuat, seperti memberitahu 'jangan tinggalkan ku mummy'. masa tu FL masih tak mampu bercakap lagi.

Hati aku pilu, tapi ku gagahkan diri juga. Aku dengar tangisannya dari luar rumah dan aku pulak menangis dalam kereta. Hati aku tak keruan. Aku msg kawan baik luahkan perasaan aku. Aku tanya dia, pernah tak anak dia menangis and jawab dia 'of course pernah'. 

Aku call en.suami bagitau dia FL duk nangis tanpa henti. En.suami suruh aku ambik dia awal hari tu.

Jam 2 petang, aku datang ambik Kakak FL. Masa tu dia tengah tidur dalam buaian. Nanny bagitau yang FL tak berhenti menangis sejak dari pagi, ni baru dia tidur. Suara dan raut muka nanny menampakkan yang dia tak happy dengan FL, seolah-olah dia marah kat FL seperti FL dah menyusahkan dia. 

Ok, aku terus ambik FL buat balik walaupun dia tengah tidur. Sepanjang perjalanan, muka dan kata-kata nanny tadi berlegar dalam kepala aku.

Sampai di rumah, masa nak mandi FL, aku nampak telinga FL lebam-lebam. Sebelum ni tak pernah terjadi macam tu. maksudnya telinga FL ditarik atau dipulas dek kerana 'FL tak mendengar kata - duk asyik menangis jer'.

Tapi kenapa dia menangis selama beberapa hari ni? Budak-budak tak kan menangis kalau tak ada apa-apa. Mesti ada something berlaku kat rumah tu, kalau tak dia tak kan menangis. 

Malam itu, aku dan suami buat keputusan untuk stop antar FL ke rumah babysitter tu dah. Final decision!

Since then, kami dah serik dengan babysitter dan jadi macam fobia. Sejak itu, kami memilih TASKA sebagai pilihan untuk menempatkan anak-anak sepanjang waktu kami bekerja. 



Bukan apa, sebab TASKA ada SOP dan ada perakuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Boleh mintak tengok sijil JKM sebelum memilih taska. kalau babysitter tak ada SOP, so ikut cara diaorang macam mana diaorang jaga.  

TASKA yang bagus akan ikut rules JKM tetapkan - 1:3 - 1 pengasuh menjaga 3 baby sahaja. Kalau lebih dari ratio ini, maksudnya Taska tu 'mungkin' tak berkualiti.

So, segalanya terletak di tangan parents. Buatlah solat istikharah dulu sebelum memilih babysitter atau taska yang sesuai , yang selamat untuk menjaga anak-anak kita. Biar kita membayar mahal dari nyawa anak melayang. 

Hanya sekadar perkongsian dari aku yang dengkel. 

Terima kasih kerana membaca. semoga Arwah Adik Adam Rayqal tenang di Syurga. Amiin.
 

You May Also Like

14 comments

  1. Assalamu'alaikum, Intan. Maaf lama tak singgah ke mari.
    Memang kisah arwah adik Adam sangat menyentuh hati dan buat parents yang bekerja jadi runsing nak letak anak di bawah jagaan orang asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks farrah sebab datang sini, ingatkan dah lupa kita. Hehe

      Delete
  2. this is surely is hard to decide. in shaa Allah semoga dipermudakan semuanya for me someday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul raydah. Susah nak buat keputusan, tambah pulak skrang macam2 cerita tak elok kita dengar baik anak di umah pengasuh atau di tasKa. Huhu..

      Yang penting, raydah kene buat solat istikharah dulu sebelum buat keputusan. Biar Allah 'menjaga'anak kita dengan sebaik2 nya

      Delete
  3. Kalau nak cari pengasuh, kena cari yang kita kenal sungguh dia tu macam mana, sayang dan suka budak serta minat.. bukan terpaksa, taska pon ok juga.. sebab berdaftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ahmad. Kalau taska yang berdaftar ok lah, kalau ak berdaftar tu bahaya

      Delete
  4. SEDIH SGT KISAH SIKECIL ADAM RAYKAL..ANAK MLANG DI DUNIA KINI DI SYURGA...MUJUR DP SEDAR MASALAH FL DGN PENGASUHNYA KALAU TIDAK ENTAH APA JADI..MESTI BERINGAT INGAT KALA MEMILIH PENGASUH ANAK2 KITA...SETELAH MRK BSR SDIKIT HNTAR SAJA KE TASKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak PI kerana memberi pandangan yang bagus

      Delete
  5. Akak pernah hantar anak² kat pengasuh dan taska jugak, dua² memang ada pro cons. Kalau nak antar pengasuh better yang jaga anak kita sorang je, itu lebih baik. Nak taska pulak better dah besar sikit macam umur 6 bulan ke atas. Itu ikut pengalaman akak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak mas sebab sudi share pandangan akak kat sini. Hopefully membantu untuk membuat keputusan yang tepat

      Delete
  6. Takziah buat adik Adam..
    Nanti bila kin dah ade baby sendiri pun mesti dalam dilema nak letak anak dalam jagaan siapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang oenting buat solat istikharah dulu kin. Semoga urusan shikin dipermudahkan nanti, inshaAllah

      Delete
  7. Pengalaman LZ bila start kerja lepas pantang terus hantar anak ke taska berdaftar sebab kalau ada sebarang kecuaian melampau LZ boleh ambil tindakan Mahkamah. Selain itu taska berdaftar dipantau oleh JKM, LZ lebih yakin. Dari segi cuti semua ikut jadual jadi tak mengganggu kerja harian.. Alhamdulillah tiada pengalaman buruk sepanjang hantar anak ke taska berdaftar.

    Itu sekadar pendapat LZ, parents lain tentu ada pendapat / cara yang berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerna sudi membaca dan memberikan pandangan

      Delete