My Milk Booster

by - Sunday, July 22, 2018

Breastfeeding Tips | My Milk Booster.

 Leeya sekarang dah 4 bulan. Sehingga ke saat ini, aku masih lagi breastfeed dia secara exclusive. Walaupun aku stay kat rumah dengan dia, menjaga dia sepenuh masa sian dan malam tapi aku tetap pam susu juga. 

Sebab ada kalanya, aku perlukan 'me-time' atau ada urusan persendirian yang lain yang memaksa aku untuk tinggalkan dia pada orang lain, dan so far hanya daddy dia je lah akan jaga Leeya kalau aku keluar. Biasanya 'urusan  tu' ialah 'shopping'. hahahhaha.Even hanya shopping shampoo di Watson. hehehe.


Ini hasil pumping pada 14 Julai hari tu from both side. Kebiasaannya, sekali pam untuk 1 sesi memang akan dapat banyak ni, atau paling banyak dapat 12 oz sekali pam. So, i am thinking untuk beli botol lagi besar, so that tak payah nak tukar-tukar botol masa pam. Biasanya aku pam ni dalam 30 minit la.


Inilah milk booster yang aku amalkan sejak dari preggy hari tu. Masa preggy makan 1 biji sehari jer, even sampai sekarang pun aku just makan sebiji sehari.  Milk-Up-Candy ni, lactation hospital yang bagi trial. So, lepas bagi sampel percuma tu, aku beli sendiri. Boleh beli kat kedai atau melalui agent sah. Boleh cari kat IG agent yang jual ni. Hari tu tengok IG CTDK, dia pun consume ni. 

So, kalau korang tengah mencari kaedah nak tambahkan susu badan aku suggest korang makan la 'milk-up-candy' ni, betul-betul sangat berkesan.

Selain tu jugak, aku minum air banyak-banyak-banyak-banyak sangat! Orang kata kalau breastfeeding, memang kena minum banyak air. Kalau ambik Milk-Up Candy tu, lagi banyak air aku minum sebab aku rasa badn aku macam sikit dehydrated bila makan supplement tu. So, that's why water intake lagi banyak kena ambik compare dari tak makan apa-apa supplement.

So, itu je lah kot apa yang aku dapat share hari ni. Semoga hujung minggu korang sangat bermakna =)). Hari ni aku bawak Kakak FL berseronok mandi-manda kat Bangi Wonderland. hihi..

You May Also Like

5 comments

  1. waa. baru tahu. mek amzar dah setahun terus stop pump. bagi direct je sekarang. lame tak jenguk DP, dah berdomain and bercat baru dah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Lama jugak tak 'jumpa' Mek. btw, thank you sebab sudi singgah sini. Nanti kita datang ke 'rumah' mek lak k

      Delete
  2. zaman akak dulu2 mana ada all this supplement kan.. akak makan quaker oats je pekat2. memang banyak air susu.. alhamdulillah..u keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Orang dulu-dulu mana ada supplement ni semua. Skrang semua dah senang, tinggal makan je. selain oat, orang kata Horlicks pun banyak membantu jugak kan untuk tingkatkan pengeluaran susu

      Delete
  3. seriuslah badan rasa dehydrated sebab suplimen ni? :O

    ReplyDelete