Cantiknya 'Baby Room' di Melawati Mall

by - Monday, July 09, 2018

Cantiknya 'Baby Room' di Melawati Mall, Taman Melawati.

Sejak ada anak ni, benda yang paling concern nak bawak anak-anak pergi Mall ialah baby room.  Biasanya sebelum pergi ke mall tu, aku akan google dulu baby room kat situ terletak di aras mana.

Itu adalah info penting yang aku wajib tahu sebelum ke situ, selain ambik info-info lain macam surau kat aras berapa, tempat makan kat mana,  kedai yang aku nak pergi tu kat mana. So nanti bila dah sampai ke destinasi yang dituju, senang terus je menapak ke 'tempat-tempat' tu. 

Sebab aku tak nak menyusahkan diri aku sendiri nak gi tengok or cari 'Directory' bila dah sampai situ. Tambah pulak dengan ada 2 anak sekarang ni, lagilah mencabar sikit nak bawak 2 orang pergi mall.  Tapi itulah cabaran seorang ibu and i can do it alone.. Yyeeeaah (emoticon 'biceps'😁)..

Kalau baby room kat mall tu teruk , aku tak prefer pergi situ melainkan kalau dah terdesak sangat. Sebab memang ada sesetengah tempat,  baby room nya tak dijaga dengan sempurna. 

Contoh macam kat Aeon.  Ada branch yang babyroom nya OK & ada yang teruk giler, especially bab hygiene - bilik berbau & tiada sinki untuk 'bersuci, yang ada hanyalah sinki untuk basuh botol susu atau peralatan makanan dan tercatat disitu nota besar-besar - 'hanya untuk membasuh peralatan penyusuan'. 

Salah satu mall yang aku impress dengan baby room nya adalah Melawati Mall.  Cantik sangat dan bersih sangat. Kemudahan yang disediakan dalam baby room ni pun sangat puas hati.  Aku boleh bagi markah 90.99%. 



Wall pun cantik dan menarik


 Luas dan bersih

 Ini tempat buat susu and makanan anak. Ada air panas dan air sejuk. Cuma microwave tak ada disini. 

 Punyalah selesa baby room sini, sampai ada orang beradu lena

 Ada 4 'diapers change station', so tak ada lah parents berebut. And diapers change station tu pun padded, parents tak perlu guna pad sendiri

 Ini dalam bilik nursing. Ada sebijik sofa, ada meja dan ada plug in case kalau nak pam susu

Ini toilet ibu & anak. Besar toilet ni, boleh bawak masuk stroller sekali


Baby room nya besar dan bilik menyusu pun ada 3 bilik, plus kat luar pun boleh menyusu jugak (kalau pakai nursing cover), so tak adalah crowded dalam bilik ni.  

Kalau aku, aku suka datang Melawati Mall ni sebab baby room dia selesa sangat.  Kakak FL pun kata bilik ni cantik. hehe

You May Also Like

1 comments

  1. Oh my cantiknyaaa! Haritu baru FIRST TIME jumpa nama dia Mother's Room dekat Mahkota Parade Melaka. Jakum sungguh aih time tu >_<

    ReplyDelete