Bestnya Perpustakaan Bandar Baru Bangi.
Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor.
Cuti hujung tahun Disember 2023 hari tu, kitaorang bercuti dalam Selangor jer. Sebab En.Suami tak nak drive ke luar dari Negeri Selangor, sebab tak nak hadap jem. Almaklumlah, hujung tahun semua pakat berjalan-jalan pusing-pusing Cuti-Cuti Malaysia, jadi jalanraya semuanya jem especially highway.
Hujung tahun lepas, kitaorang dah hadap jem pergi ke Penang. Jadinya, tahun ni (2023) kita nak tenang-tenang saja. Tahun 2024 la pulak nak 'join the crowd' tempuh jem. hihi.
15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
Korang ada terbang pergi mana-mana? Nak menginap dekat-dekat jer dengan KLIA? Jangan risau, ada banyak hotel near KLIA. Dan ini dia 10 senarai hotel-hotel yang berdekatan dengan KLIA Sepang, Selangor (Kuala Lumpur International Airport).
Korang tahu tak yang sebenarnya kat Malaysia ni ada Muzium Coklat?
Haaaaa.... Kalau korang tak tahu lagi, aku nak bagitau yang kat Tanahair Malaysia Bumi Tercinta ni ada Muzium Coklat a.k.a Chocolate Museum dalam Bahasa Inggeris - Muzium Coklat Pertama di Malaysia, malah di Asia Tenggara, yang terletak di Kota Damansara. Hebat kan.
Weekend last week, aku sekeluarga Staycation at i-City Shah Alam , macam yang aku cerita kat entri-enti sebelum ni. 2 hari 1 malam jer. Check-in Hari Sabtu, balik Hari Ahad.
Nama apartment tu ialah - i-Soho, i-City. i-Soho ni iCity Properties yang punya. Tapi apartment tu kepunyaan individu persendirian. So, diaorang beli kondo tu dan buat jadi homestay / airbnb. Hari tu aku book apartment ni kat booking.com .Korang search jer - 'i-Soho i-City'. Nanti banyak pilihan yang keluar.
Kitaorang sewa 2 apartment dalam i-City tu sebab ramai - 16 orang semuanya. 1 apartment ada 2 bilik tidur, 2 bathrooms, 1 kitchenette, beserta peti ais, dapur dan mesin basuh.
Ada swimming pool, tapi pool tak boleh guna, sebab PKPB.
View dari apartment - menghadap iCity Theme Park.
Lepas check-in, kitaorang terus pergi i-City, main snow kat Snow Walk. Jalan kaki jer. Boleh baca kat entri sebelum ni - 'BESTNYA MAIN SALJI DI SNOW WALK ICITY'.
Kelaur jer dari Snow Walk, kitaorang main-main kat dalam i-City tu sampai malam. i-City tutup jam 11 malam. Makan dan Solat kat dalam iCity tu, bawak telekung siap-siap.
Esokkannya, pagi-pagi, kitaorang keluar beriadah kat Taman Tasik Shah Alam. Dah lama giler tak datang Taman Tasik Shah Alam ni. Last pergi masa belajar kat UiTM dulu-dulu. Lepad grad, langsung tak pernah jejak kaki lagi ke Taman Tasik Shah Alam. Kiranya, trip Shah Alam ni mengenang balik zaman belajar dulu-dulu lah.
Harga Tiket :
Harga tiket masuk sini RM 55 seorang (kids), untuk dewasa RM 65 seorang - hanya untuk masuk Snow Walk jer.
So, better korang beli 'All - Day Pass' - hanya RM 65 seorang (dewasa dan kids sama harga).
Kalau beli 'All-Day Pass' boleh main semua game / tempat boleh masuk termasuklah Waterpark (kecuali Red Carpet).
Kat sini ala-ala petting zoo lah, semua binatang peliharaan. Ada jugak ular dan iguana, tapi tak boleh pegang la.
Kat sini ada tempat makan juga. Ada surau jugak.












































