Bestnya Perpustakaan Bandar Baru Bangi.

perpustakaan bangi


Warga Bangi memang tak sabar sangat-sangat tunggu Perpustakaan Bangi dibuka. 

Library ni ditutup sementara masa PKP hari tu sebab buat renovation. 

Sebelum PKP dulu, aku selalu jugak datang ke library ni, sebab aku sambung belajar buat PhD kat UPM. Bangi - UPM kan dekat jer. Tapi masa tu bagi aku Library Bangi tu suram dan tak best. 

"Harap-harap diaorang tukar lah library ni jadi macam library Shah Alam, baru best sikit nak bawak anak-anak datang sini", aku bermonolog sendirian dalam hati. 

Tup-tup, wabak covid-19 melanda negara, semua tersekat di rumah akibat perintah Kawalan Pergerakan, dan Perbadanan Perpustakaan awam Selangor pun buat pengumuman untuk penutupan sementara Library Bangi ni, sehingga tahun 2022. 

Tapi selepas tahun 2022, tahun 2023 ambil alih, last-last tahun 2024 baru library ni siap. 

Dan inilah rupa terbaru Perpustakaan Awam Bangi - Perpustakaan Awam Hulu Langat.

perpustakaan awam bangi
Library ni dah berubah wajah 360 darjah. Best! Cantik sangat!

perpustakaan awam bangi
Sekarang dah jadi kids-friendly library

perpustakaan awam bangi
Ini ruang bacaan untuk kanak-kanak


perpustakaan awam bangi
Ada tempat charging

perpustakaan awam bangi

Nak buat kerja / homework / study / assingment pun selesa sangat dah. Library ni tak boleh pakai kasut/selipar, kena berkaki ayam jer.


perpustakaan awam bangi
Ruang solat ada di setiap aras. Sangat-sangat selesa dan cantik dan agak besar.


perpustakaan awam bangi
Siap ada baby room dan nursing room lagi


perpustakaan awam bangi
Ini play room untuk kanak-kanak bermain

perpustakaan awam bangi
Leesa pun enjoy datang library ni


perpustakaan awam bangi
Tips nak bagi anak-anak suka belajar ialah - dengan bagi diaorang bermaind engan buku-buku (walaupun diaorang tak pandai baca buku lagi) sejak dari usia diaorang masih kecik lagi. 

perpustakaan awam bangi

perpustakaan awam bangi

Kitaorang pernah pergi ke Library Melbourne, di Australia tahun lepas. Fuhh! best giler dan teramat sangat kids friendly. Even siap ada ruang khas untuk aktiviti art & crafts untuk budak-budak dan siap boleh bawak masuk stroller. 

Dan aku harap suatu hari nanti, di malaysia pun akan ada Library Awam yang serupa dengan library Melbourne tu. InshaAllah. 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Okey, nanti bolehlah saya boleh pergi

    ReplyDelete
  2. Kak Nina antara parents yang suka bawa anak-anak ke library. Next time boleh laa singgah sini

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE