Terima Kasih 2023. Selamat Tahun Baru 2024

in , , , , by dorsett pink, January 02, 2024

Terima kasih 2023. Tahun yang sangat menggembirakan untuk aku. Tahun 2023 dah melabuhkan tirainya. Kita dah pun melangkah ke tahun baru 2024 . So, selamat Tahun Baru 2024 semua!. 

Semoga tahun baru 2024 ni lebih buatkan korang lebih gembira dan ceria. 

terima kasih 2023

Sepanjang 2023, apa yang kita dah laksanakan dan buat? Apa perasaan kita sepanjang 2023? Macam mana dengan life kita di tahun 2023 yang lalu?

OK? Lagi gembira? Atau lagi sedih? Lagi bersemangat atau lagi stress?

Alhamdulillah kalau semuanya OK. Dan aku doakan semoga tahun 2024 ni akan menjadi semakin OK untuk korang semua.

terima kasih 2023

Aku pulak sangat happy di tahun 2023. Boleh dikatakan 2023 adalah permulaan pada sebuah kehidupan yang lebih harmoni dan lebih produktif. 


Awal tahun 2023, aku dikurniakan dengan anak ke-3. Aku dan en.suami happy sangat-sangat sebab anak ini ialah penantian kami sejak dari tahun 2020.

Allah izinkan untuk kami dapat anak ke-3 di Tahun 2023 mungkin kerana Dia Tahu yang aku tak cukup kuat untuk masuk hospital sorang-sorang tanpa kehadiran suami di sisi , iaitu di saat negara kita ditengah ketakutan dengan Wabak Covid19. 

Kedatangan anak ke-3 ini, Aleesa menjadikan aku lebih gembira,  lebih produktif, lebih bahagia dan lebih bersemangat.

terima kasih 2023
Leesa lahir pada 2.2.23 di Hospital KPJ Ampang Puteri secara normal. 
Aku ada ceritakan tentang kehadiran Leesa di entri ini - 'ALHAMDULILLAH! DAH SELAMAT BERSALIN ANAK KETIGA'

ALHAMDULILLAH! Syukur kepada Allah atas segala rezeki ini. 


Semoga tahun 2024 ini akan melakarkan lebih banyak memori indah buat aku dan keluarga kecilku. 

Dan terima kasih untuk semua kerana support dan sudi baca segala coretan aku selama ini. 


RECAP 2023

1. Kelahiran Leesa pada Februari 2023. 

2. Celebrate Birthday Anak ke-2, Leeya pada Mac 2023 di Hotel Four Season, KLCC.

3. Dapat Laptop Baru, En.Suami belikan =)). Boleh baca entri tu kat sini - 'YEAYY! DAPAT LAPTOP BARU - LENOVO IDEAPAD SLIM 3'

4. Celebrate Birthday Anak Pertama, Kakak FL & Birthday aku sekali pada Jun 2023.

5. Dapat hadiah hari lahir yang sangat berharga pada Jun 2023, iaitu OGAWA Massage Chair & OGAWA Treadmill. Boleh baca entri tu kat sini 'MY BIRTHDAY PRESENT - OGAWA MASSAGE CHAIR & OGAWA TREADMILL'.


6. Bercuti kat Brunei Darussalam dan Melbourne, Australia pada Oktober 2023

Cerita tu boleh baca kat sini - 'TRAVELOGUE MELBOURNE : FROM KUALA LUMPUR TO VICTORIA, AUSTRALIA'

terima kasih 2023

7. Join Konvensyen Suri Rumah 2023 pada Oktober 2023. 

Boleh baca kat sini: 'KONVENSYEN SURI RUMAH (KONSURI) 2023 SANGAT MERIAH!'

Antara  10 . Sejak join KOnsuri 2023 hari tu, aku rasa macam aku makin ikhlas untuk menjadi suri rumah dan berbakti pada keluarga kecilku. Walaupun aku ada PhD dan sering kali dalam hidup aku ditanya dengan soalan yang sama - "tak nak kerja ker?", aku tetap nak menjaga anak-anak sendiri (EH! Sebenarnya kena jaga Leesa seorang jer sebab 2 lagi kakak Leesa pergi sekolah dah), sambil bekerja dari rumah. 

Menjadi suri rumah bukan bermakna kita tak ada pendapatan, tetapi menjadi suri rumah ketika zaman moden ni, ialah maksudnya "Work From Home" dan menjana pendapatan dari rumah sambil menjaga anak sendiri.

Dengan macam-macam cerita yang kita dengar pasal pengasuh dan taska ni, buatkan aku menjadi sangat takut dan risau untuk hantar anak aku untuk dijaga oleh orang lain. 

Sedangkan masa Leeya (anak ke-2) dulu masa kecil-kecil, aku sendiri boleh jaga dia sambil buat tesis PhD , inikan pulak bila aku dah tak buat PhD, apa lagi alasan aku untuk tak mengasuh anak kandungku sendiri. 

terima kasih 2023
Bersama Dr.Harlina Siraj, di Konsuri 2023.

8. Join Event Himpunan Penulis Swaterbit 2023 (HIPS) pada Disember 2023 di Shah Alam. 

Aku dah lama menjadi blogger dan aku menjana pendapatan hasil berkarya di blog. Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Dan aku sangat-sangat percaya industri penulisan ni boleh memberikan kita pendapatan yang lumayan, cuma kita kena banyak belajar dan belajar. 

Jadinya, hasil ajakan kawan aku iaitu geng usrah aku sendiri, Puan Nazuha yang juga merupakan Penganjur Event Penulis Swaterbit ni (BookHero Sdn.Bhd), aku pergi ke Event HIPS 2023 tu dan aku sangat-sangat teruja sebab kat istu aku berjumpa dengan ramai sangat penulis hebat-hebat yang dah "ada nama" dalam industri Penulisan di Malaysia ni dan dah tulis banyak buku, antaranya seperti Hafizul Faiz, Ahmad Isa (Penulis Buku Ustazah Basikal), Dato' Roslan, Paeh Brian, Cikgu Yatim, Tuan Zamri, Puan Seri Diah (Ex-KarangKraf), dan ramai lagi. 

Kalau kita nak menjadi orang yang berjaya, kita kena berkawan dan berinteraksi dengan ramai orang berjaya dan tanya mereka apa yang mereka buat sampai mereka berjaya. 

So, bila pergi ke HIPS berjumpa dengan ramai penulis yang dah berjaya, yang dah buat duit berjuta-juta ringgit hanya dengan MENULIS, aku menjadi sangat ter-inspirasi dengan mereka dan menjadikan mereka sebagai idola aku untuk aku sendiri menjadi PENULIS YANG BERJAYA macam diaorang. 

terima kasih 2023
Ini dia Tuan Ahmad Isa, penulis Buku Best Seller - Ustazah Basikal. 


terima kasih 2023
Ini dia Nazuha, Geng Usrah aku, yang merupakan Pemilik Book Hero Sdn.Bhd. 

Kalau sesiapa nak terbitkan buku sendiri, tak tahu macam mana nak terbitkan buku, korang contact jer dengan Nazuha ni dan beliau akan bantu korang. Ni website Book Hero Sdn.Bhd - https://www.bookhero.com.my/.

Dan aku jugak bersyukur sangat-sangat di izinkan oleh Allah untuk join Geng Usrah aku sekarang, yang aku dah join sejak dari tahun 2019. Melalui Usrah ni aku juga dapat berkenalan dengan ramai sangat orang-orang hebat yang kebanyakkannya ialah Usahawan Wanita.

Bila berjumpa dengan orang-orang hebat ni, aku bukan sekadar berjumpa dan bertegur-sapa, tapi aku ambil no.phone diaorang sekali, untuk aku networking dengan diaorang dan terus belajar lagi dengan diaorang di masa akan datang. 


9. Kami diuji dengan sakit pada Disember 2023.

Aku sekeluarga diuji dengan sakit masa awal Disember 2023 ni. Mula-mula Leesa dulu yang terkena jangkitan kuman kat dalam telinga, lepas tu Leeya pulak kena Influenza A, lepas tu gilir-gilir demam antara kitaorang dan 2 minggu lepas, aku terseliuh kaki kanan sebab terjatuh dari tangga kat dalam rumah aku ni. 

Aku ada cerita pasal Ujian Kesihatan ni kat entri ni - 'DISEMBER 2023 : KAMI DIUJI DENGAN WABAK INFLUENZA A'


11 HABIT POSITIF YANG DIBUAT SEPANJANG 2023 

Antara  11 perkara yang aku buat sepanjang 2023 dan menjadikan aku seorang yang produktif dan bersemangat, ialah : 


1. Menulis jurnal kesyukuran dan baca jurnal tu setiap hari. 

Jurnal kesyukuran ni simple jer. Just ambil jer mana-mana buku catatan kita atau aku suka tulis dalam 'planner' aku - tulis 'Apa Yang Kita Syukurkan Hari Ini, Semalam dan Selama Ini'. 

Contohnya aku tulis : 

"Alhamdulillah! Terima kasih Allah bagi aku punya mata yang sihat".

"Alhamdulillah! Terima kasih Allah bagi aku masa dan peluang hari ini untuk aku pergi berjogging". 

"Alhamdulillah! Terima kasih Allah bagi aku sihat walafiat hari ini".

"Alhamdulillah! Terima kasih Allah bagi aku suami yang baik".

Sebab aku percaya, lagi banyak kita bersyukur, Allah lagi suka pada kita, dan Allah akan berikan kita dengan rezeki yang lebih banyak.

terima kasih 2023
Ini contoh jurnal kesyukuran aku yang aku tulis pada 25 Mei 2023. 
Seeloknya jurnal kesyukuran ni tulis setiap hari, tapi kalau tak mampu, buatlah setiap minggu, kalau tak mampu juga, buat sebulan sekali, 
tapi kalau tak mampu, buatlah 6 bulan sekali (2 kali setahun).


2. Lebih banyak bersyukur dengan rezeki Allah dan selalu ucap 'ALHAMDULILLAH' setiap masa & setiap waktu, especially bila tengah drive. 

Alhamdulillah, aku tengok life aku makin getting better masa tahun 2023 ni, selepas 2 tahun aku stress sebab PKP, sejak aku amalkan baca zikir 'ALHAMDULILLAH' setiap masa. Paling busuk un, baca 10 kali sehari. 

Kita ucap  'ALHAMDULILLAH' tanda kita bersyukur dengan Allah sebab Allah bagi kita rezeki yang snagat banyak. Contohnya Dia bagi kita rezeki mata yang sihat, so kita boleh tengok wajah-wajah orang yang kita sayang, kita boleh tahu macam mana rupa pokok, macam mana rupa pelangi, macam mana rupa singa, harimau, kucing dan sebagainya. 

 'ALHAMDULILLAH' Allah bagi kita nyawa, yang maksudnya kita masih lagi hidup.

 'ALHAMDULILLAH' Allah bagi kita sihat, so kita tak perlu duduk di hospital hari ini. 

 'ALHAMDULILLAH' untuk semua rezeki-rezeki yang sangat banyak dan tak ternilai dengan wang ringgit.


3. Banyakkan berzikir Asma UL-Husna

Asma Ul-Husna ni ialah 99 Nama Allah. Baca atau dengar setiap hari. Aku biasanya buka Asma Ul-Husna jer kat Youtube waktu pagi. Dan sambil dengar lagu Asma Ul-Husna tu, aku ikut sekali lah baca zikir tu. 

Tapi untuk lebih spesifik, antara zikir Asma Ul-Husna yang aku selalu / wajib baca ialah :

 a. Ya Bariq ( Allah Yang Maha Menguruskan) - aku baca setiap pagi. Maksudnya , Allah yang akan bantu kita untuk uruskan kehidupan kita hari tu. Kita ni insan yang lemah tapi kita ada banyak sangat tugasan yang nak diselesaikan setiap hari, contohnya macam tugasan kena mandikan anak, kena hantar anak sekolah, kena jemur baju, kena masak, dan macam-macam lagilah. 

So, kita berdoa pada Allah supaya Allah bantu kita. Yang ajaibnya, selepas baca zikir tu, aku nampak kehidupan aku pada hari tersebut smooth jer dan tak tergopoh-gapah dan ajaibnya lagi, semua tugasan yang aku plan nak buat hari tu, semuanya terbuat dengan jayanya. Alhamdulillah!

b. Ya Rahman (Allah Yang Maha Pengasih)

Aku biasa baca zikir ni masa tengah masak, agar dengan air tangan aku yang memasak untuk suami dan anak-anak aku, akan mengalirlah sifat Pengasih dan Penyayang aku terhadap keluarga kecilku ini. Dan semoga bila mereka makan masakan aku tu, bertambah-tambah  sifat 'kasih-sayang'  antara ahli keluarga aku ni. 

 

c. Ya Hafiz ( Allah Yang Maha Menjaga), Ya Muhaimin (Yang Maha Melindungi) 

Yang ini aku selalu baca kat anak-anak aku sambil peluk diaorang sambil usap belakang badan (sebab anak aku anak perempuan, kalau anak lelaki, eloknya usap di ubun-ubun kepala). Aku baca zikir ni, dengan harapan agar Allah sentiasa menjaga dan melindungi anak-anak aku dalam jagaanNya, sebab aku tak tahu apa yang anak-anak aku buat atau akan buat dibelakang aku. So, serahkan anak-anak aku pada Allah supaya Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui melindungi anak-anak aku sentiasa dari sebarang hasutan syaitan dan pengaruh rakan-rakan dan dari sebarang kecelakaan. InshaAllah.

 

4. Solat Tahajud at least sebulan sekali. 

Yang ni aku susah jugak nak buat, sebab tu aku  letakkan syarat untuk diri aku buatlah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Seeloknya, buatlah setiap malam, tapi sebabkan aku tak mampu, jadi aku buat sebulan sekali. 

Dan aku nampak, setiap kali aku buat Solat Tahajud ni, ada rezeki aku masuk pada hari tersebut (rezeki duit). Alhamdulillah!


5. Buat Solat Taubat

Kita ada banyak sangat dosa kan. Samaada dosa kecil ataupun dosa besar, dan dosa yang kita sedar ataupun dosa yang kita tak sedar. Jadi, buatlah Solat Taubat tu selalu. Sebaiknya buat Solat Taubat setiap hari, dulu aku rajin buat setiap hari, tapi sejak ada anak ke-3 ni, aku penat sangat, jadinya aku dah tak buat setiap hari lah. 


6. Minum banyak air suam. 

Dulu setiap kali kalau makan, aku suka minum air manis. Tapi sejak bersalin anak ke-3, aku minum air suam jer bila makan dan hasilnya berat badan saya berjaya turun banyak 🥰😍. Dan jugak aku tengok perbelanjaan beli gula keluarga kami pun dah kurang sangat. Alhamdulillah!


7. Baca Surah Yassin at least sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Surah Yassin ialah Hati Al-Quran, bila kita baca Surah Yassin, doa kita senang Allah makbulkan. Tak percaya? Cubalah baca secara konsisten dan jadikan habit. 

Sebenarnya aku letakkan syarat untuk diri aku baca Surah Yassin ni setiap hari. Alhamdulillah! Aku berjaya buat setiap hari, tapi bila ada hari aku terlampau penat especially bila hari yang anak-anak aku tak sihat , jadinya aku skip baca Surah Yasin ni, sebab tumpuan aku lebih pada menjaga anak-anak yang sakit.


8. Konsisten jogging at least 1 kali seminggu. 

Yang ini memang betul-betul buat hidup aku berubah banyak. Sejak aku konsisten jogging selalu, selepas En.Suami aku belikan treadmill untuk aku sebagai hadiah hari lahir aku tahun 2023, aku menjadi 'addicted' untuk bersenam dan berlari atas treadmill tu. Siap En.Suami aku belikan aku jogging baru 2 pasang untuk aku. 

Sebenarnya dia belikan aku treadmill tu sebab dia tak nak aku bawak Baby Leesa ke taman sebab aku suka jogging kat taman. Bila Leesa pergi taman (dia duduk dalam stroller), dia sellau kena gigit nyamuk. Jadinya, dia pun belilah treadmill tu sebagai hadiah birthday aku tahun lepas. 

Dan hasilnya, aku menjadi sangat suka untuk bersenam dan kesannya aku nampak automatik aku menjadi orang yang makin bersemangat dan makin produktif. WOW! Ini adalah 1 pencapaian yang besar untuk aku. 

Dan yang lagi best, bila aku konsisten ber-jogging, berat badan aku dah makin kurang atau orang kata makin kurus. Sampai ada beberapa orang tegur aku cakap "kurusnya awak sekarang!". Alhamdulillah! Aku happy sangat.

terima kasih 2023
Inilah treadmil Ogawa aku tu. Anak-anak yang rasmikan dulu. Basikal tu ialah Free Gift dari Pihak OGAWA.


9. Baca Surah Al-Waqiah setiap hari.

Yang ini aku WAJIBKAN diri aku untuk buat. Penat macam mana pun tetap kena buat!. Alhamdulillah! Sejak amalkan baca Surah Al-Waqiah ni, rezeki datang kat aku tanpa putus-putus dan aku selalu dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Dapat berjumpa secara in person dengan penulis buku terkenal pun ialah rezeki yang tak disangka-sangka buat aku. Alhamdulillah!.


10. Baca Buku tentang Self Development 

Saya tetapkan untuk baca buku 1 buku sebulan. Tapi malangnya saya hanya dapat habiskan 1 buku dalam masa 3 bulan 😥. Tapi  Bulan Disember ni saya banyak membaca buku dan sebelum masuk tahin 2024 , saya berjaya membaca sebanyak 12 buah buku di sepanjang tahun 2023. 

Buku pertama yang aku baca pada tahun 2023 ialah Buku Bertajuk '5 am Club, tulisan Robin Sharma'.

terima kasih 2023
Ni gambar buku yang aku ambil dari Google Image


11. Dengar positive speech di Youtube setiap pagi. 

Dan ini memang aku buat tanpa miss sampailah ke hari ini. Alhamdulillah! Aku nampak life aku berubah 360 darjah menjadi orang yang positif, produktif dan bersemangat sejak dengar podcast-podcast tu.


12. Bagi manfaat kepada orang lain.

Dan tahun 2023 ni akudah berjaya ajar student sekolah rendah membaca dalam english & ajar math . Alhamdulillah hasilnya nampak anak2 tersebut lebih pandai membaca Bahasa Inggeris, pandai membaca buku cerita, pandai speaking dan pandai math. Syukur. Alhamdulillah!.

Selain tu aku banyak share pasal positive vibes / positive reminder kat Tik-Tok aku. Dan di tahun 2024 ni, aku aku buat 1 Telegram Chanel aku sendiri dengan nama 'Dr.Intan Eyleen', untuk share pasal positive vibes. 

Kalau korang nak join Telegram Chanel aku, korang boleh scan QR code kat bawah ni :  

terima kasih 2023

So, inilah apa yang aku buat sepanjang 2023. Dan aku akan teruskan buat di tahun 2024 ini dan akan cuba untuk buat yang lagi baik & nak bagi lagi banyak manfaat kepada orang-orang lain termasuklah readers aku kat blog dorsettpink.com ni. Terima kaish korang kerana sudi baca kisah-kisah aku dan terima kasih juga baca entri ni sampai habis.

 InshaAllah. 

Selamat Tahun Baru 2024 semua. 

planner 2024

By the way, inilah Planner aku untuk tahun 2024, aku beli kat kedai TYPO. Saiz A5, dan ia adalah weekly planner.


By the way jugak, jom baca artikel dari blogger-blogger hebat ni : 

- Ben Ashaari

- Nina Mirza

- Huda Halid


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Tahniah
    Selamat tahun baharu 2024

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun 2024 juga untuk WP. Semoga WP sentiasa gembira dan dimurahkan rezeki selalu

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE