Sabtu baru-baru ni aku join Konvensyen Suri Rumah 2023 atau nama ringkasnya KONSURI 2023 yang berlangsung di UTM Residensi Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) dengan disokong oleh Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat.

Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) telah ditubuhkan sebelum kedatangan virus Covid 19 lagi, iaitu sebelum PKP dan bukannya ditubuhkan ketika era Pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim ok. 

'RAHMAH' tu maksudnya :

"Menurut al-Mu’jam al-Arabiy al-Asasiy, rahmah adalah kata terbitan daripada kata akar ra-hi-ma / yar-ha-mu yang bermaksud lembut hati terhadap seseorang, memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati."

Fuhh! Best sangat dapat join KONSURI kali ni, acara yang sangat Meriah! 2 tahun lepas tak dapat dibuat secara fizikal macam ni disebabkan oleh Virus Wabak Covid-19 PKP, so terpaksalah dibuat secara atas talian a.k.a ONLINE. So,  masa tu aku join onlinelah. 

Ini website SURI RUMAH RAHMAH - https://www.surirumahrahmah.com/

Konvensyen Suri Rumah

Dan kali ni aku ada rezeki untuk join acara fizikal, fuhh! aura dia sangat luar biasa, jauh beza dengan online conference. KONSURI 2023 kali ni dibuat secara fizikal dan online jugak. Jadinya, sesiapa yang tak dapat hadir ke UTM KL, bolehlah join secara online dengan yuran peneyertaan serendah RM 30 jer. 

Ramai betul peserta yang join KONSURI 2023 kali ni, yang dihadiri dari segenap pelusuk Semenanjung Malaysia. Mungkin next time, suri rumah di Sabah Sarawak pula boleh join sekali. 

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Ini ialah speaker Hajah Noraini dari Khadijah Foundation, yang memberi ceramah berkaitan dengan pengurusan kewangan.


KENAPA KONVENSYEN SURI RUMAH DIADAKAN? 

Konvensyen Suri Rumah atau KONSURI diadakan untuk mengumpulkan semua suri rumah yang ada di majlis di dalam satu majlis. Acara ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Misi Konsuri ini ialah untuk memberi sokongan moral pada ahli Persatuan SRR dan mendedahkan suri dengan ilmu pengetahuan serta isu-isu terkini. 

Secara tak langsung KONSURI ini menjadi 1 platform untuk para suri rumah bersosial, berjumpa kenalan baru dan sebagai medium untuk para suri rumah mendapatkan sistem sokongan yang baik (moral support).


SIAPA PENCERAMAH YANG HADIR KE KONVENSYEN SURI RUMAH 2023?

- Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI - Exco Pembangunan Wanita Kerajaan Negeri Selangor

- Datuk Dr.Harlina Halizah Siraj

- Hajjah Rohani Datuk Mohd Shahir

- Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail

- Dr. Kamilin Jamilin

- Dr. Zilal Saari

KONSURI 2023 ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu.


Konvensyen Suri Rumah

Ini aku bersama Prof. Datuk Dr Harlina Siraj


KEPENTINGAN UNTUK SURI RUMAH PERLU BERSOSIAL

Para suri rumah tak boleh hanya duduk diam sahaja di rumah dan melakukan kerja-kerja harian seperti kebiasaanya. Suri rumah perlu juga sekali-sekala keluar 'bersosial' dengan kawan-kawan atau dengan kenalan, tinggalkan anak-anak sekejpa pada pasangan atau pada ahli keluarga yang boleh dipercayai, tak pun tinggalkan anak sekejap pada pengasuh (Mungkin boleh hired pengasuh part time , yang bekerja mengikut keperluan kita sahaja dan   lari sejenak dari rutin harian. 

Kenapa suri rumah perlu keluar bersosial? : 

- Untuk belajar berkomunikasi

- Untuk tahu dan peka dengan perkembangan isu semasa

- Untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan diri supaya menjadi isteri dan ibu yang bijak dan berpengetahuan luas

- Untuk meningkatkan tahap kenyakinan diri

- Untuk meningkat self-esteem

- Membolehkan suri rumah untuk berehat sekejap dari menjaga anak-anak.

- Membolehkan suri rumah 'lari' sekejap dari rutin harian & setreusnya dapat 'healing' / 'stress-relief'

- Mencari mencari rakan sokongan atau 'support systems'

- Untuk mencari 

- Untuk 'networking' 

Jom baca artikel aku  yang lain : 'BUAT PHD SEBAB NAK MENJADI PENSYARAH KE?'


Konvensyen Suri Rumah
Banyak booth jualan dibuka hari tu


Konvensyen Suri Rumah
Happy jer dia kena tinggal kat Nursei KONSURI

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah
Pintu masuk Nurseri. Kat KONSURI hari tu ada 2 murseri, 1 untuk kids umur 5 tahun ke atas & 1 lagi ialah untuk toddler umur 4 tahun ke bawah.Makan pun disediakan untuk kids ni semua, kecuali baby kena bawa sendiri.So, Leesa makan makanan dia sendiri yang Mummy tapau dari rumah 


Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Ini Kak Wani. Aku kenal Kak Wani ni masa buat PHD dulu. Kak Wani ni sama-sama buat PHD dengan aku dulu, tapi dia belajar kat USM, dan aku belajar kat UPM.

Untuk pengetahuan korang, ramai suri rumah yang ahdir di KONSURI ni ialah mereka yang ebrgelar 'Doktor', samaada DR PHD mahupun DR Perubatan.


Konvensyen Suri Rumah
Acara ni telah di adakan di Hotel UTM, di Jalan Semarak, KL

Konvensyen Suri Rumah



Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah


Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah
Ini OOTD aku di Hari KONSURI

Konvensyen Suri Rumah
Ini interface untuk para peserta ONLINE

Konvensyen Suri Rumah
Para peserta tengah kusyuk mendengar ceramah dari Ahli Panel


Konvensyen Suri Rumah
Kerja- kerja di belakang tabir. Semua wanita yang terlibat ni ialah suri rumah

Konvensyen Suri Rumah

Konvensyen Suri Rumah
Ini geng usrah aku - Usrah SRR

Konvensyen Suri Rumah


Korang boleh baca juga artikel ni : 

- 'Suri Rumah, Kerjaya Yang Sangat Mencabar'

'Suri Rumah: Maksud, Tanggungjawab dan Realiti Yang Anda Perlu Tahu'


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE