Maksud Lagu Palestine Atuna Tufuli

in , by dorsett pink, November 07, 2023
 Maksud Lagu Palestine Atuna Tufuli ayau ejaan sebenarnya ialah Atouna El Toufoule.
Lagu Palestine Atuna Tufuli

Lagu Palestine yang sangat merdu dan sedap didengar sehingga boleh membuatkan hati ini terasa sebak dan terharu - ATUNA TUFULI  sangat-sangat menyentuh jiwa dan perasaan. 

Namun begitu, apakah maksud sebenar isi kandungan lagu ini? 

Lagu Atuna Tufuli (Atau ejaan sebenarnya ialah Atouna El Toufouli), telah dicipta pada tahun 1982 oleh Komposer dari Lubnan, Remi Bandali susulan dari Perang Lubnan 1982. 

Lagu ini dibuat bersandarkan pada Peperangan Lubnan 1982, di mana kanak-kanak Lubnan ketika itu hilang hak mereka sebagai seorang kanak-kanak. Mereka hilang tempat tinggal, mereka hilang ibu ayah, mereka hilang zaman kanak-kanak mereka yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan, mereka hilang kawan-kawan mereka, malah mereka juga hilang hak untuk belajar dan menuntut ilmu seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Lagu yang berasal dari Lubnan, akhirnya digunakan untuk Kanak-Kanak Palestine - untuk menggambarkan harapan dan luahan rasa seorang kanak-kanak yang membesar di Bumi Suci Gaza dan Palestine (Tebing Barat). 

Lagu Palestine Atuna Tufuli ialah sebuah lagu yang didedikasi untuk kanak-kanak. Untuk mereka meluahkan rasa yang terpendam di dalam jiwa mereka sebagai seorang kanak-kanak.  

Lagu Palestine Atuna Tufuli


Lagu ini menerangkan harapan kanak-kanak  yang terkesan akibat peperangan yang inginkan sebuah kehidupan normal seorang kanak-kanak seperti orang lain yang sebaya dengan mereka

Perang Lubnan 1982 tercetus antara Pihak Israel dan Pelarian Palestine yang menetap sementara di Lubnan. 

Lagu Palestine Atuna Tufuli ini bukan sahaja lagu HARAPAN seorang kanak-kanak, namun ia juga menceritakan gambaran tentang kekejaman dan kekacauan penjajah terhadap masyarakat Palestine. 

Lagu Palestine Atuna Tufuli



Lirik Lagu Atuna Tufuli 

جِيْنَا نَعِيْدْكُمْ
Jeena Na’aidkum
Kami datang dengan ucapan selamat berlibur

بِالْعِيْدِ مِنْسْأَلْكُمْ
Bil Eidi Minsaalkum
Dan selama liburan kami tanya kepadamu

لَيْسْ مَا فِيْ عِنَّا، لَا أَعْيَادْ وُلَا زِيْنِهْ
Lesh Ma Fee ‘Enna La ‘Ayyad Wula Zeineh
Mengapa di tempat kami tidak ada dekorasi hari raya

يَاعَالَمْ
Ya ‘Alam
Wahai Dunia

أَرْضِيْ مَحْرُوْقَةْ
Ardhi Mahroo’a
Tanahku habis terbakar

أَرْضِيْ حَرِّيِّةْ مَسْرُوْقَةْ
Ardhi Huriyyeh Masroo’a
Tanahku dicuri kebebasannya


سَمَائْنَا عَمْ تِحْلَمْ، عَمْ تَسْأَلِ الأَيَّامْ
Samana ‘Am Tehlam ‘Am Tes’al El-eiyam
Langit kami sedang bermimpi bertanya kepada hari

وَيْنَ الشَّمْسِ الحِلْوِةْ
Weina Esh-Shames El-Helwe
Dimana matahari yang indah

وَرْفُوْفِ الحَمَامْ
War foufil Hamam
Dimana kipasan sayap burung merpati

يَاعَالَمْ
Ya ‘Alam
Wahai Dunia

أَرْضِيْ مَحْرُوْقَةْ
Ardhi Mahroo’a
Tanahku habis terbakar

أَرْضِيْ حَرِّيِّةْ مَسْرُوْقَةْ
Ardhi Huriyyeh Masroo’a
Tanahku dicuri kebebasannya

أَرْضِيْ صَغِيْرِةْ، مِثْلِيْ صَغِيْرِةْ
Ardhi Zgheere Metli Zgheere
Tanahku Kecil, seperti aku, itu kecil

أَعْطُوْنَا السَّلَامْ
A’touna Es-salam
Berikan kedamaian

وَأَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
Waatouna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
A’touna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
A’touna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
A’touna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا، أَعْطُوْنَا، أَعْطُوْنَا السَّلَامْ
A’touna, A’touna, A’touna Es-Salam
Berikan, berikan, berikan kami kedamaian

أَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
A’touna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
A’touna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا الطُّفُوْلِةْ
A’touna Et-Tufoole
Berikan kami masa kecil

أَعْطُوْنَا، أَعْطُوْنَا، أَعْطُوْنَا السَّلَامْ
A’touna, A’touna, A’touna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kami kedamaian


Ini adalah Lagu Tufuli Tufuli dari Youtube :


Jom guys, kita sedekahkan Doa Qunut Nazilah untuk Kanak-Kanak dan Umat Islam di Palestine ketika ini. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE