Sabtu minggu lepas (11 November 2023), anak-anak aku, Kakak FL dan Leeya masuk Pertandingan Mewarna Anjuran Toujours Advanced yang diadakan di MyTown Shopping Mall, Cheras, Kuala Lumpur. 

ALHAMDULILLAH! Leeya dah menang TOP 10 Pertandingan Mewarna tu dan Kakak FL dapat hadiah saguhati. Takpe kakak, boleh lagi cuba next time. 

Toujours Advanced ni, duta dia ialah Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Hari tu  Hanis dan Hairul pun datang, but sorry aku tak ambik gambar diaorang sebab aku macam biasa tak berminat nak ambil gambar artis. 

pertandingan mewarna

pertandingan mewarna

Kakak FL pun warna cantik, cuma bukan rezeki hari tu. Yang masuk pertandingan ni pun ramai.

pertandingan mewarna
Kakak FL dan sepupu dia tengah kusyuk mewarna, langsung tak pandang kiri kanan dah. hahaha.


pertandingan mewarna
Sempat lagi Leeya tajamkan pensil warna

pertandingan mewarna
Kusyuk Leeya mewarna. Kebiasaannya kalau Leeya masuk  pertandingan mewarna, dia akan memang. Bakat dia memang 'tang' sini. 


pertandingan mewarna
Ini suasana semasa pertandingan

pertandingan mewarna

pertandingan mewarna
Macam-macam gaya dah. Kerusi tak cukup, jadi pandai-pandailah diaorang buat kerusi sendiri


pertandingan mewarna
Ini aktiviti tmbahan untuk kanak-kanak yang disediakan oleh Pihak Penganjur - Toujours Advanced. Free je nak main ni.


pertandingan mewarna
Kuda pusing-pusing ni pun ada



Antara produk-produk Toujours Advanced :

Toujours
Yang ini untuk mak-mak - Minuman kolagen dalam bentuk sachet


Toujours
Yang ini untuk kanak-kanak

pertandingan mewarna
Ini pun untuk kanak-kanak

ikea

Lepas dah habis pertandingan, Leeya bermain kat dalam Playground IKEA pulak yang dikenali sebagai 'SMALAND". 

ikea
Kakak Leena tak dapat join sebab dah terlebih tinggi. Hanya kanak-kanak yang berketinggian kurang dari 130 cm sahaja yang dibenarkan untuk masuk dalam SMALAND ni. 

ikea


ikea
Sebabkan MyTown Shopping Mall ni kan kat sebelah IKEA, jadinya memang menjadi "kewajipan" la untuk kami masuk dalam IKEA ni. hihi. 

 

Well, hari minggu kami sangat berharga & ditulis disini untuk kenangan di masa akan datang. Waktu yang hilang tak kan kembali lagi. Dan suatu hari nanti, kakak FL dan Leeya akan membesar menjadi orang dewasa, dan childhood memory ni lah yang akan mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak mereka. 

Mumm loves you both & Leesa. 
SHARE 6 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE