November 2023 - GAZA, Palestine kini bermandi darah dengan pembunuhan kejam Rejim Zionis Israel. 

Rakyat Malaysia ialah rakyat yang prihatin kerana sejak kecil lagi, kita Rakyat malaysia dipupuk dengan perasaan kasih, sayang dan empati. Dengan jiwa empati yang sangat tinggi, kita sangat-sangat terkesan dengan apa yang berlaku pada Saudara SeIslam kita di Palestin nun. 

gaza palestine

Sumbangan dana dari Rakyat Malaysia sangat-sangat bermakna untuk mereka di sana, sekurang-kurangnya dapat juga membantu memudahkan kehidupan mereka ketika waktu yang getir begini. 

Banyak NGO (Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan) yang bertungkus-lumus untuk menyalurkan bantuan dari Rakyat malaysia untuk orang-orang Palestin, samaada bantuan dari segi kewangan , bantuan perubatan, makanan makanan, bantuan pakaian, bantuan bantuan untuk baik-pulih rumah-rumah mereka yang runtuh atau terbakar dek kerana tangan jahat Rejim Zionis. 

Antara NGO yang terlibat secara langsung, yang jujur dan ikhlas membantu Rakyat Palestin (dan ini yang aku percaya/trust) ialah MyCare Malaysia dan Cinta Gaza Malaysia. MyCare ialah NGO di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan mereka ada buat audit kewangan setiap tahun. Cinta GAZA Malaysia pula ialah NGO di bawah kelolaan Saudara Nadir Al-Nuri, iaitu Rakyat malaysia yang berkahwin dengan Wanita Palestin dan menetap di bumi Gaza, Palestin. 

Dan ini salah satu usaha NGO Cinta GAZA Malaysia, iaitu membina penempatan sementara untuk Rakyat Gaza yang terjejas, yang kehilangan rumah dan tempat tinggal yang berupa khemah sementara. 


Khemah Perlindungan Rakyat Malaysia Untuk Penduduk Gaza, Palestin  

gaza palestine

gaza palestine

gaza palestine

gaza palestine

gaza palestine

gaza palestine

gaza palestine

gaza palestine
Sumber gambar : NGO Cinta GAZA Malaysia

Alhamdulillah! Sumbangan yang sedikit ini cukup untuk membuatkan mereka di Gaza sana tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya dapat juga kita memberi sinar kegembiraan untuk mereka disebalik ujian berat yang mereka terpaksa tanggung sekarang ini.

Ini adalah status yang dimuat naik oleh NGO Cinta GAZA Malaysia di dalam Chanel Telegram mereka : 

"ALHAMDULILLAH! Team CGM Gaza sudah selamat memberi bantuan khemah sementara untuk penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal. 

Bantuan ini merupakan bantuan yang sangat penting ekoran musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi. Yang lebih merisaukan hujan sudah mula turun dengan lebat setiap hari sehingga menyebabkan banjir di beberapa tempat perlindungan.

Khemah sementara: kayu sebagai tiang, nylon sebagai dinding dan atap khemah.

Sebanyak 227 keluarga/ 1,135 orang penerima manfaat mendapat bantuan khemah sementara ini. Alhamdulillah disebabkan sumbangan tuan puan yang tak pernah putus-putus, banyak keluarga yang kita semua dapat bantu untuk memastikan mereka tidak kesejukan sewaktu perang ini ❤️

Terima kasih rakyat Malaysia! Teruskan menyumbang untuk mereka yang memerlukan 😊

Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Rujukan: EMERGENCY."

Jom kawan-kawan, kita baca Doa Qunut Nazilah banyak-banyak, agar kejayaan milik Umat Islam. Jom kita tingkatkan doa kita supaya Tentera Islam menang dengan gemilang di Bumi Palestin. Agar suatu hari nanti Palestin akan kembali menjadi milik Orang Islam.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Your blog serves as a testament to the impact of passion and dedication in content creation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for your nice feedback & thank you as well for reading my blog.

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE